View: 7434|Reply: 37
|
Syed Ali Disihir- “Ada Orang ‘Tabur Barang’ Dekat Kedai Saya”
[Copy link]
|
|
Pelakon dan usahawan Syed Ali mendedahkan bahawa terdapat cubaan sihir telah dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap dirinya dan rakan dipercayai akibat rasa cemburu dengan perniagaan yang dijalankan.
Menerusi laman Instagram nya pada Rabu, rata-rata peminat dan pengikutnya terkejut dengan perbuatan individu tersebut selepas Syed berkata ada pihak yang sering kali datang di hadapan kedainya dalam keadaan mencurigakan.
Kredit foto: IG
"Inilah akibatnya bila baik sangat dengan orang. Dipermainkan, dipijak kepala dan kena sihir pula kesudahannya. Masalahnya lagi kau sihir, lagi maju bisnes aku. Aku angin betullah. Tidak apalah abang cuba sabar lagi.
"Dulu abang tidak percaya fasal sihir ini. Tapi sekarang bila sudah terkena kena pekalah. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pun kau ganggu tabur-tabur barang.
"Orang macam ini tidak takut dosa barangkali. Patutlah kau muncul depan kedai aku banyak kali rupanya tabur barang syirik kau itu. Abang malas nak berdiam diri dah, makin menjadi pula," tulisnya.
Syed berkata dia mula menyedari akan perkara aneh tersebut sekitar April apabila rakan perniagaannya mengalami penyakit misteri. Malah dirinya sendiri turut mengalami perubahan yang ketara apabila menjadi seorang yang panas baran serta turut berasa sakit di beberapa bahagian anggota badannya.
Namun, kerana sejak kebelakangan ini pelbagai kejadian aneh terus berlaku, pelakon Mat Rukun ini nekad menjalani rawatan perubatan secara Islam.
"Sebenarnya dah kena masa April lagi sewaktu saya menjalani penggambaran di Kota Kinabalu Sabah. Bila saya pulang ke Semenanjung berikutan pelaksanaan PKP berlakunya perkara pelik."
"Minggu ini baru saya sedar sebab rakan bisnes saya asyik muntah-muntah, ulang-alik ke hospital tak jadi apa. Habis duit beribu pun masih tiada kesan.Jadi saya minta tolong pengamal perubatan secara Islam dan beritahu perkara yang terjadi."
"Sebenarnya saya dah jangka perkara seumpama ini pasti akan berlaku. Saya mula-mula ikhtiar secara moden dahulu kerana enggan berprasangka buruk namun apabila saya pun terkesan apabila sering kali marah dan berasa serba tak kena saya dapatkan rawatan susulan secara Islam."
"Ustaz itu kata mungkin ada yang berdengki melihat perniagaan saya semakin berkembang dan dia sendiri cakap ‘benda’ ini ada di kedai saya bukan di rumah.Jadi bila dah ‘terkena’ di kedai ia berlarutan sampai ke rumah. Sakit tulang, bengkak sana sini dan rasa terhuyung-hayang, yang peliknya bila dah keluar seperti duduk di hospital tiada pula simptom seperti itu," katanya kepada Murai.my
Dalam perkembangan lain, Syed bersyukur kerana perniagaan produk berasaskan sabun pewangi fabrik miliknya, Be Fresh bertambah baik. Jelas Syed, ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19, syarikatnya tidak terlalu terkesan berikutan mempunyai wang simpanan yang mencukupi selama ini.
Berpesan kepada orang ramai serta rakan-rakan selebriti yang lain agar sediakan payung sebelum hujan, Syed mengharapkan agar perniagaannya ini mampu memberi inspirasi serta peluang kepada orang ramai untuk mencari sumber pendapatan sampingan.
"Tidak naik dan tidak turun. Saya bersyukur kerana hasil promosi dan kerjasama pasukan saya mampu menjadikan produk kami relevan ketika PKP."
“Pada saya simpanan itu sangat penting. Sebagai seorang selebriti apa yang saya buat, saya simpan duit saya itu dan kawalan kewangan memang kena jaga dan berhati-hati” katanya.
Mengenai karier seni nya, ujar Syed dia bukanlah berundur secara total di dalam industri sebaliknya hanya menerima tawaran tertentu mengikut kesesuaian watak yang diperolehi selain memfokuskan perniagaan tersebut.
Kongsinya lagi, dia masih terikat dalam penggambaran sebuah filem namun terpaksa dihentikan buat sementara waktu bagi mematuhi pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sekadar info, Syed merupakan pelakon asal yang dicadangkan membintangi drama Ayahanda terbitan Zeel Productions yang kini hangat ditayangkan di TV3. Namun, kerana terikat dengan penggambaran lain dia terpaksa menolak tawaran tersebut. -CARI
Sumber: Murai.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm.. Semoga Allah lorongkan jalan penyelesaian dan kemudahan buat kau bro |
|
|
|
|
|
|
|
Kdg kdg bkn sihir.. mgkin ain |
|
|
|
|
|
|
|
Bagitau la siapa yang sihir itu. Orang malayu sememangnya begini suka assume |
|
|
|
|
|
|
|
sheols ni yang bff ngan kak senduk kan. lama tak dgr citer kak senduk |
|
|
|
|
|
|
|
Gws …org plg laknat sekali adalah org yg guna sihir nak jatuhkan org lain |
|
|
|
|
|
|
|
kannn... sikit2 nak buruk sangka dan mula nak salahkan orang lain....
|
|
|
|
|
|
|
|
kawan lagi tak dengan kak sendukzz? |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa heols ni noks? Adakah aku pun terkena bahana sihir? |
|
|
|
|
|
|
|
Bisnes apa dia ni smpi org nk sihir? Sikit2 sihir, sikit2 sihir. |
|
|
|
|
|
|
|
dah 3x jumaat i jumpa beberapa jarum dalam pencil box iols. jarum warna silver, kepala dia warna gold. i amik simpan dalam quran je. kalau jumaat depan ada lagi, iols nak bakaq ja
btw rumah i xde anak kecik..me and husband duduk berdua je. tak taulah kot husb nak ajak melawak |
|
|
|
|
|
|
|
siapakah beliau? mamat ni yg kurus selalu belakon jd pendadih tu ka dulu ni ke salah org |
|
|
|
|
|
|
|
Blh x sapa2 bgtaw onty siapa dia ni..dtg dr mana {:dot |
|
|
|
|
|
|
|
sapa pulak ni??? adik bdik ali puteh ke apa?? |
|
|
|
|
|
|
|
Maintain hensem syed Ali ni
Last time jumpa 2010 ke 11
|
|
|
|
|
|
|
|
automatik meols teringat kat kak senduk talk to my hand katanya nak tanya, azam pitt tu geng theyols jugak kan? heshe gegayah jugak ke? sebab ada tengok heshe jadi hos rancangan kat tv1 pasal Sabah, nampak tasty lah. Tau je heshe dah kawen. |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 31-7-2021 01:01 AM
automatik meols teringat kat kak senduk talk to my hand katanya nak tanya, azam pitt tu geng t ...
Dngar2 dia ni pun sesuatu kan |
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa pulak syed ni tak percaya sihir...ish tu macam tak beriman pada al-quran pulak dan menidakkan ayat2 Allah ayat 102 al-baqarah dan banyak lagi ayat dalam surah lain cakap mengenai sihir. nampak sangat syed tak baca quran dan tak faham quran |
|
|
|
|
|
|
|
Siapalaaaah dia ni, nak sihir pun tak kenal |
|
|
|
|
|
|
| |
|