CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Selalu Mimpi Berlaku Tsunami Dan Gempa Bumi,"-Ippo Hafiz Berubah Jadi Beriman

28-7-2021 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5093| Komen: 29

 "Selama ini saya mengaku diri seorang pendosa kerana banyak lebihkan urusan dunia berbanding menjaga hubungan dengan Allah," kata penyanyi Ippo Hafiz yang meluahkan rasa syukur apabila dirinya mendapat petunjuk dan hidayah untuk mendekati ajaran Islam sejak awal tahun lalu.


Ippo yang kini tampil dengan imej berbeza di media sosial turut berharap dirinya terus istiqamah dan diberi petunjuk yang lebih baik.


Foto: IG

"Dulu saya sedar tak ikut perintah Allah sebab selalu tunggu hidayah daripada-Nya, tapi sebenarnya kita yang perlu minta daripada Allah. Kalau ikutkan sehari Allah hanya minta kita luangkan waktu sekejap saja untuk bersamanya dalam solat.

"Lama-kelamaan saya jadi malu dengan diri sendiri. Jadi, setiap kali tidur saya selalu berdoa agar pergi dalam iman. Saya juga selalu minta ibu bapa serta orang yang tidak dikenali beri hadiah untuk doakan saya," katanya.


Ippo berkata, mungkin doa mereka membuka pintu hatinya untuk mendekatkan diri dengan Allah.



Melihat kematian demi kematian yang berlaku dalam kalangan saudara-maranya juga membuatkan Ippo takut dan hilang kata-kata.

"Saya anggap hidayah yang Allah berikan ini adalah peluang terakhir kerana saya kena bersedia untuk menghadapi kematian pada bila-bila masa," katanya.

Menurut Ippo, dia juga selalu mendapat mimpi buruk seperti berhadapan dengan bencana besar membuatkan dia berasa takut dan mahu dirinya berubah ke arah yang lebih baik.



"Saya selalu dapat mimpi berlaku tsunami dan gempa bumi. Memanglah orang cakap Malaysia ini bertuah sebab tiada bencana yang dahsyat, tapi kita kena faham yang Allah akan hadirkan musibah tanpa kita sedar dan ia kekal menjadi rahsia Allah.

"Kalau kita lihat wabak Covid-19 ini juga satu musibah yang Allah beri untuk melihat sejauh mana keyakinan hamba terhadap kekuasaan-Nya atau membiarkan dunia mengawal kita.




"Saya tak malu untuk katakan yang dulu saya sering rasa diri berkuasa dan bangga dengan nikmat yang saya dapat, tapi sebenarnya saya lupa yang Allah melihat segala perbuatan kita.

"Jadi apabila saya tahu saya rasa malu dengan diri sendiri dan kini saya cuba berubah menjadi hamba yang lebih baik dan sentiasa mendekat dirinya dengan-Nya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metrol

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KucingBisu 28-7-2021 12:05 PM
Hahahahahaha tajuk pun. Ok la berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah
Quote JohnyEnglish 28-7-2021 12:06 PM
muka mcm EL jew
Quote Lydiawie 28-7-2021 12:14 PM
Alhamdulillah..
Quote Kurex 28-7-2021 12:14 PM
Ohhh ni la ippo hafiz..
Quote mdhelmi 28-7-2021 12:22 PM
karkun ni
sikit sebanyak musibah covid bagi hidayah kepada mereka yg berfikir
Quote bakingsoda 28-7-2021 12:28 PM
bengong tajuk sepol tapi kalau semakin beriman bukan wajib pon jadi lobai berserban ketayap koci cara lapis bagai. pastu bila goyah pon mula drastik balik luaran. bersepah contoh extreme hijrah jadi setajah handsocks 24 jam last2 tinggal jala ikan
Quote pikah89 28-7-2021 12:49 PM
Alhamdulillah hidayah milik Allah
Quote slyfynx 28-7-2021 12:58 PM
Adui, x tau nk salahkan wartawan cari, or tuan badan sendiri.
Tp bile kisah mimpi2 camni, orang akan pandang mende ni enteng, mcm retis yang mimpi sejadah lekat di kepala.
Aangkah indah kalau just cerita yang sy rasa saya perlukan perubahan untuk ke arah yang lebih baik untuk keluarga saya.
InsyaAllah, kita sama2 perbaiki diri. Merangkak kalau x mampu berlari.
And no darling, beriman tu maksudnya sangat luas.
X semestinye yang buat jahat tu x beriman, tp maybe belum sempurna imannya.
Yang baik ke surau hari2 pun belum tentu sempurna iman.
So bile buat artikel, dan tajuk, jgn disebabkan kita, orang pandang serong pada artis2 ni.
Tp aku in a way faham je, sbb kalau tulis mcm aku tulis, sape nk baca kan.
Xde isu hot, xde kisah mastika menarik.

Just my 2 cents.
Quote ilhamazalea 28-7-2021 01:51 PM
bakingsoda replied at 28-7-2021 12:28 PM
bengong tajuk sepol  tapi kalau semakin beriman bukan wajib pon jadi lobai berserban ketayap ko ...

Jala ikan tu xmnahan
Quote salmon-suki 28-7-2021 02:03 PM
Sapa ipo hafiz ni?

Baidewei, aiolzs sgt skeptical dgn org y tiba2 berubah gara2 "mimpi ngeri" etc..n dia berubah 180° dgn tiba2..maybe betul dia insaf,tp tgk kan skrg,ramai y "insaf" beserta pakej tunggang agama,aiolzs rasa doubt sgt lah..

Well,kalau betul2 berubah, Alhamdulillah..kalau sekadar nak fame (yelaa,skrg kalau jd ostad,ostajah,ramai tololwers support),menjawab laa nanti
Quote Abangspek 28-7-2021 02:31 PM
alamak. Ustaz baru ke ni? Kena taksub gak ke? Aduss banyak sangat ustaz nak taksub, giler bizi jadual pentaksub-pentaksub kalau camni
Quote OyenLemas 28-7-2021 02:57 PM
alhamdulillah. semoga istiqomah & dijauhi penyondol2 handalan. kihkih.
Quote nakkomenjugak 28-7-2021 03:23 PM
memang serban ni pakaian kealiman ke?
baguslah nak berubah
Quote Zirara99 28-7-2021 03:44 PM
Alhamdulillah. I pun selalu mimpi kiamat & pernah mimpi I disoal dalam kubur. Wallahi takut yakmat. Tapi bangun2 tkde la rasa nk pakai purdah terus. Huhu. I tk kenal la ippo hafiz ni.
Quote blueberry12 28-7-2021 04:57 PM
nk berubah senang, tp istiqamah tu yg susah. nampak lately bnyak artis yg nampak berubah ke arah kebaikan. Semoga istiqamah.
Quote a4_paper 28-7-2021 04:59 PM
slyfynx replied at 28-7-2021 12:58 PM
Adui, x tau nk salahkan wartawan cari, or tuan badan sendiri.
Tp bile kisah mimpi2 camni, orang aka ...

betul..  nanti jadi alasan taknak berubah sbb tak dapat mimpi pelik2

Quote temah8 28-7-2021 05:22 PM
Alhamdullilah.. dapat petunjuk dariNya
Quote dudaberhias 28-7-2021 07:46 PM
alhamdulilah, semoga istiqomah yach, jangan ada vid menumbuk sambal belacan dan ikan pekasam sudah lah yer
Quote ainashiqa 29-7-2021 12:03 AM
Alhamdulillah.. Semoga istiqamah la hendaknya.. Aamin

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.091343 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top