Pelakon Mawar Rashid, 26, bersyukur dan terharu apabila berjaya mengutip sumbangan lebih RM75,000 bagi tujuan sumbangan peralatan untuk Hospital Ampang dan Hospital Selayang.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata, dia tidak sangka kutipan itu berjaya diraih dan tersentuh dengan kemurahan hati rakyat Malaysia untuk menderma selepas dia menghebahkan inisiatif itu menerusi Instagram Live, baru-baru ini. Dia turut berbesar-hati apabila ramai rakan artis termasuk Eyra hazali, Zoey Rahman, Nurin Afiqah, Sha Hassan, Aleeya Zailan dan Zarina Anjoulie turut menyumbang sama demi inisiatif murni itu. "Saya memulakan inisiatif itu tiga hari lalu bagi memenuhi permintaan seorang doktor yang memberitahu peralatan tidak cukup di hospital untuk mengendalikan pesakit Covid-19. Saya sendiri turut membuat sumbangan peribadi sebanyak RM20,000.
"Bagaimanapun, jumlah itu tidak cukup kerana dua unit troli pengangkat yang diperlukan bernilai RM70,000. Awalnya, saya dapat kumpul RM3,500 saja sebelum memutuskan untuk buat lagi Instagram Live bagi terus meraih derma. "Dari situlah juga rakan-rakan artis lain itu turut serta dan mengajak pengikut mereka turut serta menyumbang. Jujur, saya sangat terharu apabila melihat kesungguhan rakyat Malaysia mahu menyumbang sehingga mengumpul jumlah itu," katanya. Mawar berkata, niat itu tercetus selepas seluruh keluarganya disahkan positif Covid-19 awal bulan ini termasuk ibunya.
|
kakakgarang replied at 28-7-2021 11:01 AM
beb sebelum nk sumbang katil ke kusi je... tunaikan tanggungjawab dulu.. laki hang tu bila nk settle ...
dudaberhias replied at 28-7-2021 11:13 AM
Khennn. Btw gigih dia kutip derma dari team2 dia yach. Sedangkan pekerja sendiri nampaknya macam m ...
kakakgarang replied at 28-7-2021 11:01 AM
beb sebelum nk sumbang katil ke kusi je... tunaikan tanggungjawab dulu.. laki hang tu bila nk settle ...
Shayang replied at 1-8-2021 09:40 AM
Betul ke laki dia? Tak silap aku orang salah teka. Bukan laki dia tapi laki org lain kan. Ke ada u ...
ADVERTISEMENT