CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Bedah Dakwa Isterinya Ratu Cantik AS Jadi 'Elite Call Girl' Sepanjang Perkahwinan

28-7-2021 10:31 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 15377| Komen: 107|Original author: Oleh: Cari-Azza




Pakar bedah tersohor mendakwa isterinya yang juga bekas Ratu Cantik Amerika Syarikat menjadi pelacur kelas atasan sepanjang perkahwinan mereka.

Dr.Han Jo Kim, 41 yang berkahwin dengan Regina Turner, 32 sejak tahun 2015 lagi menegaskan yang dia baru mendapat tahu isterinya mendapat imbuhan sebanyak  £500,000 iaitu kira-kira RM2.9 juta dalam tempoh tersebut.

Foto : FB

Pakar bedah tulang belakang itu telah memfailkan penceraian dengan dakwaan Regina telah melakukan pekerjaan tersebut sebelum dan ketika perkahwinan mereka berlangsung seperti yang dilaporkan New York Daily News.


Dokumen tersebut menyebut yang Regina telah menipu Dr.Han dengan menyatakan ianya hasil dari perniagaan syarikat teknologi barunya.

Walaupun Dr.Han meragui lalu mempersoalkan bagaimana mampu mendapat duit sebanyak itu, Regina menyatakan ianya adalah hasil pemberian neneknya sebagai modal permulaan.

Foto : IG

Selain itu, Regina juga telah menipunya dengan berkata perlu ke luar negara untuk menyelesaikan urusan bisnes.

Penipuan terbongkar apabila Dr.Han menemui mesej daripada seorang lelaki di komputer bimbit isterinya yang menunjukkan aliran wang tunai antara tahun 2015 hingga 2020 berjumlah lebih RM2 juta.

Ianya turut membongkar rahsia Regina yang mendakwa belajar di Universiti Connecticut sedangkan hakikatnya dia menamatkan sekolah menengah sahaja. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnyEnglish 28-7-2021 10:32 AM
2b kah?                  
Quote tuttt 28-7-2021 10:38 AM
Bininya lawo
Quote jahcomel 28-7-2021 10:40 AM
Sian kna tipu idup2
Quote bakingsoda 28-7-2021 10:44 AM
JohnyEnglish replied at 28-7-2021 10:32 AM
2b kah?

mungkin betul. sbb ciknek kpop dikatakan terkecil didunia siap kalau perempuan buat gesture tertentu  dituduhnya menghina ciknek dorang
Quote matchstick 28-7-2021 10:46 AM
Laki nye leluhur Korea ke..akak syak 2b la kot
Quote matchstick 28-7-2021 10:46 AM
Laki nye leluhur Korea ke..akak syak 2b la kot
Quote syamzana 28-7-2021 10:46 AM
kesian doc.
bini dia meletop jugak dgn body gitu meleleh2 jantan miang tgk, tabur plak duit apa lg. bab edu taknak kalah, dan lg tipu masuk uni
Quote insulin 28-7-2021 10:46 AM
bakingsoda replied at 28-7-2021 10:44 AM
mungkin betul. sbb ciknek kpop dikatakan terkecil didunia siap kalau perempuan buat gesture terten ...

Tak mungkin. "Dikatakan" tidaklah mewakili semua rakyat lelaki korea.
Quote 3480 28-7-2021 10:49 AM
Cantik.. ni baru nma ratu cantik
Quote exclusive_vvip 28-7-2021 10:58 AM
tringat citer Desperate Housewives..ada jiran diorg, masa laki gi keje, buat bisnes jual badan
Quote ellejo 28-7-2021 11:03 AM
Edited by ellejo at 28-7-2021 03:06 AM

lima tahun 500K je? so setahun dapat 100k, sebulan 8.3k sajork.

edit
ai baca news laki doktor ni kaya yah. ada apartment 6.5 juta, rumah 2.5 juta. apa lagi nak takat 500k for 5 years.

Quote matamata 28-7-2021 11:04 AM
Kalau sabit dakwaan,  tak dapatla split harta
Quote diknaz 28-7-2021 11:05 AM
Cantik bini dia
Quote nubook 28-7-2021 11:22 AM
Laki dia hot doc sungguh!
Quote wikedsaikel 28-7-2021 11:29 AM
Teruk sangat ke 2b korean ni
Quote mamajawie 28-7-2021 11:34 AM

boleh jadi..

Quote mbhcsf 28-7-2021 11:37 AM
Ianya turut membongkar rahsia Regina yang mendakwa belajar di Universiti Connecticut sedangkan hakikatnya dia menamatkan sekolah menengah sahaja. -



macam mane Pakar orthopaedic US grad ni boleh terpedaya dengan  hamba ALLAH yg  mengucapkan 'Wold peace 'gitu  wow. hebat....sebab he's not so smart is he? hmm...

Quote slavehunter 28-7-2021 11:45 AM
Ada pepatah kata....you cannot make a hoe as a housewife.

Sama juga kalau perempuan kawin player, dah kawin dia laki player tetap cari luar.
Quote naina 28-7-2021 11:47 AM
So shantikkkk. Tapi tak bersyukur
Laki dia pon badan kekar jugakk

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.434495 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top