Pakar bedah tersohor mendakwa isterinya yang juga bekas Ratu Cantik Amerika Syarikat menjadi pelacur kelas atasan sepanjang perkahwinan mereka.
Dr.Han Jo Kim, 41 yang berkahwin dengan Regina Turner, 32 sejak tahun 2015 lagi menegaskan yang dia baru mendapat tahu isterinya mendapat imbuhan sebanyak £500,000 iaitu kira-kira RM2.9 juta dalam tempoh tersebut.
Foto : FB
Pakar bedah tulang belakang itu telah memfailkan penceraian dengan dakwaan Regina telah melakukan pekerjaan tersebut sebelum dan ketika perkahwinan mereka berlangsung seperti yang dilaporkan New York Daily News.
Dokumen tersebut menyebut yang Regina telah menipu Dr.Han dengan menyatakan ianya hasil dari perniagaan syarikat teknologi barunya.
Walaupun Dr.Han meragui lalu mempersoalkan bagaimana mampu mendapat duit sebanyak itu, Regina menyatakan ianya adalah hasil pemberian neneknya sebagai modal permulaan.
Foto : IG
Selain itu, Regina juga telah menipunya dengan berkata perlu ke luar negara untuk menyelesaikan urusan bisnes.
Penipuan terbongkar apabila Dr.Han menemui mesej daripada seorang lelaki di komputer bimbit isterinya yang menunjukkan aliran wang tunai antara tahun 2015 hingga 2020 berjumlah lebih RM2 juta.
Ianya turut membongkar rahsia Regina yang mendakwa belajar di Universiti Connecticut sedangkan hakikatnya dia menamatkan sekolah menengah sahaja. - CARI
|