Polis Aceh menyiasat satu video mengandungi unsur hasutan dan kebencian terhadap Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang tular dalam media sosial, baru-baru ini. Jurucakap polis Aceh, Winard berkata, suspek yang menghasilkan video tersebut didakwa berada di Malaysia.
“Kami sudah melakukan siasatan dan mendapatkan data keluarga suspek. Dia kini berada di Malaysia. “Berdasarkan maklumat yang diperoleh, suspek sudah merantau ke Malaysia sejak 2015,” katanya kepada CNN Indonesia. Jelas Winard, suspek yang dikenali sebagai M tidak pernah pulang ke Aceh sejak itu dan kali terakhir dia menghubungi keluarganya adalah pada awal Jun lalu. “Keluarganya juga tidak tahu suspek melakukan kerja apa di Malaysia dan mereka jarang berhubung. “Kami akan meneruskan siasatan terperinci,” ujarnya.
Terdahulu, video yang tular itu menunjukkan seorang lelaki mengkritik situasi Covid-19 di Indonesia. Lelaki itu juga menuduh Jokowi menyebabkan Covid-19 di negara ini semakin parah, termasuk di wilayah Aceh. Suspek juga memberi amaran kepada Jokowi agar tidak memperlekehkan umat Islam di Aceh. Sumber: Utusan
|
kelapaparut: amboii duk msia dkt 6 thn xbalik2, bukak kedai gunting rambut kaa, harap pdrm imegresen cari mamat acheh ni hantar balik ke acheh
matbad: aceh ditipu oleh indon. jarang la nk jmpa org aceh yg bangga depa negara indon. sampai skrg Gerakkan Anak Muda Aceh masih tuntut nak keluar dri indon. ...
Itzy: nak bangga apanya, yindon sana dh macam negara kafir murtad ikut suka hati macam makan megi segara, kahwin campur agama tak kenal halal haram makan ba ...
Itzy replied at 27-7-2021 12:55 AM
yindon tak balik negara asal kena tangkap pulang, tapi cina dan yindia dua negara sebelah menyebelah ...
ADVERTISEMENT