CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

TV Korea Selatan Mohon Maaf Gambarkan Pizza Untuk Itali

26-7-2021 06:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5373| Komen: 45

Description: Pizza untuk Itali, Drakula untuk Romania dan Chernobyl bagi Ukraine.
Pizza untuk Itali, Drakula untuk Romania dan Chernobyl bagi Ukraine.

Itu antara gambar dan keterangan yang digunakan oleh syarikat penyiaran Korea Selatan ketika memperkenalkan wakil bagi setiap negara semasa acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo.




MBC membuat permohonan maaf kerana menyinggung perasaan penonton selepas aduan terhadap paparan visual yang ‘menyinggung’ dan ‘tidak masuk akal’, lapor BBC.

Saluran televisyen itu memaklumkan pihaknya mahu memudahkan penonton memahami setiap negara yang masuk dengan cepat, namun, ia adalah kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.

Menerusi kenyataan dalam Twitter, MBC menjelaskan keputusan itu menunjukkan sikap kurang peka terhadap sesebuah negara.

Katanya, pihaknya akan menyiasat bagaimana gambar dan keterangan itu diputuskan untuk dipilih. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 26-7-2021 06:13 PM
Pizza untuk Itali, Drakula untuk Romania dan Chernobyl bagi Ukraine.




>>>> hahahahah  boleh buat lagu tu....
memang tak patutlah tapi drakula ??? ya ALLAH ....
Chernobyl tu a bit too much  walaupun dia bagi peluang pada  generasi muda untuk tahu insiden chenrnobyl in 1986.
Quote nakkomenjugak 26-7-2021 06:48 PM
malaya gambar dia letak apa? kedegilan rakyat merentas negeri?
Quote white_musk 26-7-2021 07:06 PM
nakkomenjugak replied at 26-7-2021 06:48 PM
malaya gambar dia letak apa? kedegilan rakyat merentas negeri?

Gambar bawang
Quote MoneyMatters 26-7-2021 07:10 PM
Hahaha tu la sape ada gmbr Malaysia dia letak apa? Bawang ke atau bendera putih ke atau dewasayu
Quote nakkomenjugak 26-7-2021 07:12 PM
white_musk replied at 26-7-2021 07:06 PM
Gambar bawang

on point sangat kalau yang tu hahaha
Quote sunnylicious 26-7-2021 07:28 PM
hahahhahaaha alasan bg org senang paham
Quote fatinandreanna 26-7-2021 08:23 PM
Ok je klu letak pizza. Semua org tau pizza sinonim ngan Italy. Cepat tangkap.  Ke diorg prefer Venice, Gucci, Giorgio Armani atau spaghetti?
Quote Aikiko 26-7-2021 08:43 PM
Hmmm...ini yg dihightlightkan??
Patutnyer performance atlet2 msia yg didiskusi

farah takde dah lepas ni kan
Quote Aikiko 26-7-2021 08:46 PM
Bawang??

#teamaonion
Quote anony-mous 26-7-2021 08:52 PM
X hina pon. Kalau iols dia letak gmbar nasi lemak, i suka jah
Quote ayra.e 26-7-2021 09:15 PM
Ok je.bukan bende buruk pon
Quote KucingBisu 26-7-2021 09:44 PM
nakkomenjugak replied at 26-7-2021 06:48 PM
malaya gambar dia letak apa? kedegilan rakyat merentas negeri?

Tak silap dia letak gambar GDP rendah kot. Ke tu kt indonesia. Tk pasti ler
Quote dua_chzy 26-7-2021 10:03 PM
Imagine, Korea letak gambo 1MDB untuk Malaysia.
Quote inilastakucakap 26-7-2021 10:18 PM
nakkomenjugak: malaya gambar dia letak apa? kedegilan rakyat merentas negeri?

Aku nak kumpul kacangg hahahaha
Quote komkom_2 26-7-2021 10:47 PM
Negara die pndi pulak boh gmbr bts
Quote sekngucing 26-7-2021 10:54 PM
Malaysia tak.silap.dia letak kes covid berkadaran dgn ekonomi...
Quote Carcosa 26-7-2021 11:07 PM
Italy - gambar Pizza
Quote Nenolen 26-7-2021 11:07 PM
Teruk betui MBC...tunjuk jer lah peta negara dan census utk info tambahan...baru lah ilmiah...
Apa2pun kaka enjoy tengok sukan ragbi 7 sebelah Olympic sebb info player lengkap dgn umur, ketinggian dan berat badan
Quote Carcosa 26-7-2021 11:08 PM
Norway - gambar Salmon

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.072474 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top