CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kubur Digali Semula Keluarga Tak Tenang Lupa Buka Tali Ikatan

26-7-2021 05:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3422| Komen: 19

Description: Kubur seorang wanita terpaksa digali semula apabila keluarganya lupa membuka tali mengikat jenazah.
Kubur seorang wanita terpaksa digali semula apabila keluarganya lupa membuka tali mengikat jenazah.

Kejadian berlaku di Kampung Bulusan, Karangdowo, Klaten, Jawa Tengah apabila keluarga mahu menggali semula kubur wanita berusia 50 tahun itu.


Detik melaporkan keluarga si mati tidak tenang dengan kejadian itu memutuskan untuk menggali semula kubur arwah.



"Betul, ada kubur digali semula untuk buka tali jenazah," kata penghulu kampung Bulusan, Heri Purwoko.

Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung dan perkara itu diketahui ketua kampung selepas menerima laporan dibuat keluarga.

Ketika kubur itu digali semula, ternyata dakwaan tali jenazah belum dibuka itu benar.

Akhirnya selepas selesai membuka tali jenazah, jenazah dikebumikan sekali lagi.

Heri berkata, perkara itu dibongkar selepas menerima permintaan keluarga yang merasakan tidak tenang menyebabkan semua pihak bekerjasama menggali semula kubur itu.


Heri berkata, mereka menyangka tali jenazah lupa dibuka kerana dibawa terus dari hospital dalam peti mayat.

Setiba di rumah duka, jenazah terus dikebumikan.

"Jenazah dikirim dari peti hospital dan tiba di lokasi dan terus dikebumi," katanya.

Jurucakap polis Karangdowo, Aleg Ipanudin mengesahkan mengenai kejadian itu.

Penggalian semula kubur dilakukan bersama beberapa sukarelawan lain.

Aleg juga mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital dan dikebumikan pada 12 Julai lalu.

"Meninggal dunia pada 12 Julai dan dikebumikan seperti biasa.

"Punca kematian akibat sakit jantung, bukan Covid-19," katanya.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • zzahay

  • husie91


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Persada 26-7-2021 08:51 PM
Alhmdlh kuasa Allah. Petunjuk dtg pd fmly.
Quote inilastakucakap 26-7-2021 11:23 PM
Persada: Alhmdlh kuasa Allah. Petunjuk dtg pd fmly.

Memang kena buka ke ikatan
Quote Carcosa 26-7-2021 11:28 PM
Adoi seramnya
Cemana family dia boleh tetiba teringat
Quote supernaturalee 27-7-2021 02:04 AM
12 julai kebumi
Ni dh 26
2 mgu
Klu x silap nk msk thp 3 pereputan

Quote dalliha6781 27-7-2021 02:10 AM
Memang wajib buka ke?
Quote Daftpunk_shine 27-7-2021 02:35 AM
Dik..boleh tolong bukakkan tali akak..akak kat tepi tingkap ni..
Quote jalfa 27-7-2021 02:58 AM
Daftpunk_shine replied at 27-7-2021 02:35 AM
Dik..boleh tolong bukakkan tali akak..akak kat tepi tingkap ni..

Seram bahhhjj....kol 3 pagi nih....huhuuhjuuuu
Quote bictoria 27-7-2021 03:06 AM
Daftpunk_shine replied at 27-7-2021 02:35 AM
Dik..boleh tolong bukakkan tali akak..akak kat tepi tingkap ni..

Hoiii !! cancel gi dapur ambik air
Quote ellejo 27-7-2021 03:09 AM
aku blur2 sikit bab funeral. aku mandi mayat penahla join. gi kubur kurang sikit.

mmg kene bukak ya? kalo x buka knp? tak boleh bernafas ke nanti?
Quote Cleocatra 27-7-2021 06:04 AM
Aku pun tak berapa tahu jugak
Tapi aku ada dengar
7 langkah orang terakhir
Allah tiupkan roh sekejap kat si mati
Masa tu la simati tahu yang dia dah mati

Kalau salah tolong betulkan

Tali ikatan perlu dibuka untuk apa
Aku pun tak pasti
Share la ilmu mana yang tahu
Quote diknaz 27-7-2021 07:24 AM
Memang tali kena bukak tapi tak tahu utk ape
Quote TOPwind 27-7-2021 07:25 AM
HUKUM TIDAK MEMBUKA IKATAN MAYAT
.
SOALAN :
Selalunya apabila diletakan mayat di dalam kubur orang akan buka tali ikatan pada kain kafannya.
.
Soalan saya apakah hukumnya jika tali itu dibiarkan terikat tidak dibuka?
.
JAWAPAN :
.
Hukum membuka ikatan kain kafan mayat setelah dibaringkan di dalam kubur adalah sunat dan makruh hukumnya membiarkan terikat tanpa dibuka talinya.
.
Berkata Syeikh Qalyubi :
يكره أن يكون معه في القبر شيء معقود
Artinya : “Dimakruhkan membiarkan mayat di dalam kubur dalam keadaan terikat.” (Hasyiah Qalyubi)
.
Dan kata Syeikh Ibnu Hajar :
.
فَإِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ نُزِعَ الشَّدَّادُ ) لِزَوَالِ مُقْتَضِيهِ وَلِكَرَاهَةِ بَقَاءِ شَيْءٍ مَعْقُودٍ مَعَهُ فِيهِ
Artinya : “Maka apabila telah diletakkan di dalam kuburnya hendaklah ditanggalkan ikatan kerana sudah tiada faedahnya dan kerana makruh mengekalkan suatu dalam keadaan terikat serta mayat di dalamnya. “(Tuhfatul Muhtaj)
.
Tujuan diikat ialah supaya kemas tidak terlerai ia ketika diusung orang. Maka apabila sudah diletakkan di dalam kubur maka tiada lagi faedah bagi ikatnya.
Quote Wawawiwin 27-7-2021 07:46 AM
Ayoyoyo. Ni mesti die dtg menghantui keluarganya mintak bukakkan tali {:yameteh
Quote TuntungReturn 27-7-2021 08:20 AM
aku biasa ikot jenazah. waris mintak tali jgn dibukak. elok je. xde apapun berlaku..
Quote pikah89 27-7-2021 11:21 AM
Betul ke eh mmg bole bangkit mcm gitu skali{:question
Quote bictoria 27-7-2021 11:47 AM
mengarut je. tahyul . dah mati tinggal amalan dosa pahala masa hidup je. tali itu tidak bersalah
Quote hashashes 27-7-2021 11:55 AM
Tali yang ikat kat ats kepala tu ke
Quote kucingitam 27-7-2021 12:13 PM
hashashes replied at 27-7-2021 11:55 AM
Tali yang ikat kat ats kepala tu ke

atas kepala la..kalau buka kat kaki nanti dia jalan, tak melompat2.. lagi takut kalau kena kejar...haaa
Quote RatuDunia94 28-7-2021 08:45 PM
Silap2 jatuh bidaah.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.052886 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top