CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syarat Baru Makan Di Kedai Buat Rakyat Risau Mati Tercekik

26-7-2021 06:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6995| Komen: 44

Description: Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengumumkan lanjutan Perintah Pembatasan Kegiatan masyarakat (PPKM) darurat negara itu sehingga 2 Ogos akan datang, lapor Suara.com, semalam.
Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengumumkan lanjutan Perintah Pembatasan Kegiatan masyarakat (PPKM) darurat negara itu sehingga 2 Ogos akan datang, lapor Suara.com, semalam.

PPKM Tahap 4 yang sepatutnya berakhir pada kelmarin akan disambung bermula hari ini dengan beberapa kelonggaran diberikan.


Antara aktiviti yang diberi pelepasan pada Tahap 4 adalah mengizinkan aktiviti makan di kedai dengan syarat ketat.


Kredit foto: Suara.com

“Pengunjung boleh menikmati hidangan di kedai namun dalam tempoh masa terhad iaitu selama 20 minit sahaja.

“Pasar barangan harian pula dibenarkan beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 3 petang,” kata Jokowi dalam kenyataan medianya.

Selain itu, bengkel dan tempat cuci kereta, kedai gunting rambut dan dobi layan diri juga diberi kelonggaran beroperasi sehingga pukul 9 malam.

Dalam pada itu, rata-rata rakyat mempersoalkan had masa makan di kedai dalam tempoh 20 minit yang dianggap terlalu singkat.


“Kalau makan tergesa-gesa kerana mahu menepati masa 20 minit, nanti ada yang mati tercekik pula.

“Tuan Presiden diharap boleh pertimbangkan had masa yang lebih panjang dengan protokol kesihatan lebih ketat,” komen seorang pengguna media sosial. 


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 26-7-2021 06:17 PM
Klu 20min baiklah tapau bawak balik je.. huhuhu
Quote ellZack 26-7-2021 06:32 PM
Subtle way untuk suruh tapau je makanan tu.
Quote Skuau 26-7-2021 06:34 PM
fadz84 replied at 26-7-2021 06:17 PM
Klu 20min baiklah tapau bawak balik je.. huhuhu

ok jer..canni kalo orng kampung pi bandar ada urusan... nunggu lama@karenah birokrasi...mesti lapor...kena make jugok.
Quote kyozsamurai 26-7-2021 06:38 PM
ada yang tolong kira masa ke disitu?
amek order saje dah 2-3 minit + masak lagi
Quote Skuau 26-7-2021 06:40 PM
kyozsamurai replied at 26-7-2021 06:38 PM
ada yang tolong kira masa ke disitu?
amek order saje dah 2-3 minit + masak lagi

kiraan kena bermula apabila makanan & minuman dh siap letak letak atas meja...
Quote mrsamz 26-7-2021 06:42 PM
Dia taknak bagi rakyat dia mengopi membawang di kedai makan la tu..makan minum habis setel blah la tunggu apa lagi
Quote mbhcsf 26-7-2021 06:44 PM
bawa balik je lah ....senang, makan lah berapa lama pun. Kalau boleh. dari kena rush rush.
Quote nakkomenjugak 26-7-2021 06:47 PM
kalau jenis makanan da sedia hidang boleh la kot tapau.

Quote margo20 26-7-2021 06:49 PM
Car wash buka ok la jgk kt sini hampeh camne nak basuh kete pun taktau
Quote white_musk 26-7-2021 07:05 PM
Pembuka thread ini lucu lah. Aku katawa sampai mengangis membayangkannya
Quote Annaquinn009 26-7-2021 07:21 PM
margo20 replied at 26-7-2021 06:49 PM
Car wash buka ok la jgk kt sini hampeh camne nak basuh kete pun taktau

x yah basuh kereta...bukan gerak pun kereta
Quote sunnylicious 26-7-2021 07:24 PM
sape yg makan lambat ko tapau je la. yang peel kuis2 nasik makan 3 4 butir sekali suap
Quote Fortiori02 26-7-2021 07:29 PM
Mcmla akan patuh 20 menet tu kan
Quote KucingBisu 26-7-2021 07:59 PM
20 minit tu mcm le semua org blh ikut. Bukan semua nya kepala betul sgt pun
Quote fatinandreanna 26-7-2021 08:15 PM
mrsamz replied at 26-7-2021 06:42 PM
Dia taknak bagi rakyat dia mengopi membawang di kedai makan la tu..makan minum habis setel blah la t ...

Ya betul.  Klu x nanti adalah yg duk 3,4 jam situ.
Quote kelapaparut 26-7-2021 08:18 PM
bakal abahcow indonesia
Quote margo20 26-7-2021 08:34 PM
Annaquinn009 replied at 26-7-2021 07:21 PM
x yah basuh kereta...bukan gerak pun kereta

Den kojo mcm biase takde wfh ni
Quote me12345 26-7-2021 08:36 PM
Dasar rakyat tak reti bersyukur.....dine in 20 min tu ok lahhh
Quote Persada 26-7-2021 09:02 PM
me12345 replied at 26-7-2021 08:36 PM
Dasar rakyat tak reti bersyukur.....dine in 20 min tu ok lahhh

Btl cukup dh masa tu.tpi kiraan dikira lps mknan terhidang lh. Byk kdi oder mkn je tgu dh 1/2jam

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.098717 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top