CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Akibat Covid-19 Lepas Kutuk Fungsi Vaksin

25-7-2021 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2478| Komen: 3

Seorang lelaki yang tidak percaya dan mengutuk fungsi vaksin Covid-19 dalam media sosial dilaporkan meninggal dunia akibat virus tersebut.

Stephen Harmon lantang bersuara menentang vaksin dan menegaskan bahawa dia sesekali tidak akan mengambil vaksin untuk mengawal jangkitan Covid-19.



Lelaki Maut Akibat Covid-19 Lepas Kutuk Fungsi Vaksin

Stephen Harmon ketika saat akhirnya berjuang melawan Covid-19. - CBS

“Saya mungkin ada 99 masalah, namun sesekali tidak akan mengambil vaksin,” kata lelaki berusia 34 tahun itu kepada 7,000 pengikutnya dalam media sosial pada Jun lalu.

Harmon menerima rawatan akibat pneumonia dan Covid-19 di sebuah hospital di sini sejak lebih sebulan lalu sebelum meninggal dunia, baru-baru ini.

Beberapa hari sebelum kematiannya, Harmon dilihat merakam perjuangannya dengan gambar menunjukkan dia terbaring atas katil hospital.


“Tolong doakan saya, mereka (hospital) mahu intubasi dan pasangkan alat pernafasan untuk saya,” ujarnya.

Dalam ciapan terakhirnya pada Rabu lalu, Harmon memberitahu dia memilih untuk intubasi dan memaklumkan dia ‘tidak tahu bila akan sedar semula’.

Biarpun mempunyai komplikasi yang teruk akibat Covid-19, lelaki itu tetap tidak mahu divaksin.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 25-7-2021 06:36 PM
RIP.
Dah tak perlu dah risau pasal vaxx.
Dan jugak 99 problem lain tu.
Quote Mulotkoyak 25-7-2021 07:02 PM
nakkomenjugak: RIP.Dah tak perlu dah risau pasal vaxx. Dan jugak 99 problem lain tu.

Kannn.. Bgus statement uols
Quote awenda507 26-7-2021 12:28 AM
Mcm ni pulakk..degil mkn diri la ye{:question

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.028647 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top