CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Ketagih Main Telefon Buat Laporan Polis Kerana Disuruh Buat Kerja Rumah

25-7-2021 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6859| Komen: 27

Description: Remaja lelaki berusia 14 tahun ketagih bermain telefon pintar sehingga malas membuat kerja rumah dan kerja sekolah membuat laporan polis mendakwa dipaksa bapanya menjadi buruh paksa.
Remaja lelaki berusia 14 tahun ketagih bermain telefon pintar sehingga malas membuat kerja rumah dan kerja sekolah membuat laporan polis mendakwa dipaksa bapanya menjadi buruh paksa.


Kredit foto: Oddity Central

Utusan melaporkan, dalam kejadian berlaku di Ma’anshan di wilayah Anhui itu, bapa remaja berkenaan mengambil telefon pintar anaknya dan memaksa dia melakukan kerja rumah.

Berang dipaksa melakukan kerja rumah, remaja itu nekad membuat laporan polis terhadap bapanya.

Polis yang terkejut dengan laporan remaja berkenaan membawa dia pulang ke rumah.

Kes itu dikatakan selesai selepas polis mengambil keterangan ibu bapa remaja terbabit. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 25-7-2021 01:42 PM
Yeap. Inilah generasi sekarang.
Quote ilacantik 25-7-2021 01:42 PM
Budak2 sekarang ni memang banyak cekadak. Dah pandai cakap pasal human rights bagai. Anak meols yg remaja pun sama lah. Dah tak relevan nak didik anak sama macam zaman kita dididk dulu. Apa yg meols buat, cukupkan keperluan aje, apa kemahuan dia nak, usaha sendiri please.
Quote Artemesiaa 25-7-2021 01:44 PM
Bakal lawyer ke bakal ngo ke macam mana ni
Quote jiwasemangat 25-7-2021 01:48 PM
..pelek pelek nya..kes dia org nii..
Quote naina 25-7-2021 01:48 PM
ilacantik replied at 25-7-2021 01:42 PM
Budak2 sekarang ni memang banyak cekadak. Dah pandai cakap pasal human rights bagai. Anak meols yg r ...

Kan. Aku selalu la bebel kat anak ko nak jadi apa kalau semua mami papa yg sediakan ko takda usaha nak majukan diri. Baca buku buat kerja rumah pon ngelat. Adehhh. Selalu terkenang2 zaman kanak dulu. No gajet. Esok nanti mami papa takda sapa nak tanggung korang lagi bagi makan. Orang lain tak hingin layan la kalau bukan anak sendiri.
Quote kaedahnya 25-7-2021 02:04 PM
kat china banyak budak degil ke? haritu parents damparkan budak ke pulau sebab tak dengar cakap. harini budak report polis pulak sebab kena buat kerja kerja rumah.
Quote R2D2 25-7-2021 02:09 PM
besar nanti boleh jadi netizen
kecam sana kecam sini
diri sendiri shj yg betul
Quote dua_chzy 25-7-2021 02:12 PM
ilacantik replied at 25-7-2021 01:42 PM
Budak2 sekarang ni memang banyak cekadak. Dah pandai cakap pasal human rights bagai. Anak meols yg r ...

Betul sis. Bertabah la kita jaga anak2 cerdik tapi annoying ni.
Quote Tinot7 25-7-2021 02:41 PM
[youtube]YoTIaRyGzac[/youtube]

Different generation
Quote nakkomenjugak 25-7-2021 03:00 PM
hahaha my roof, my rules yach
tak nak buat kerja rumah, get out
kang jadik cam abang iols.
pemalas ya amat!!
Quote mbhcsf 25-7-2021 05:50 PM
tanda akhir zaman - Ibu Melahirkan tuannya...ambik...
Quote cashewnut 25-7-2021 10:56 PM
Aku cakap kat anak- anak aku, kalau tak nak buat kerja rumah mcm cuci toilet, basuh pinggan sendiri, kemas tilam, buat kerja sekolah, sila la pindah ke hutan, nak makan boleh cabut daun kayu, nak ikan tangkap kat sungai, kalau malas belajar tak nak buat homework, biar mama belikan kambing lembu sepasang sorang, boleh biak jadi ladang buat kedai makan, kaya. Baru le depa buat
Quote gideoncross 25-7-2021 11:59 PM

Iol suka yg ni haha, kat YT pun ada knak2 yg call police btul2 sbb dia nk smbut birthday dgn tema polis.
Quote ophillea 26-7-2021 12:00 AM
Patut tak i share article nie dekat my mom?
Quote TOPwind 26-7-2021 07:23 AM
ada kawan pernah sound kat anak dia jika tak mau dengar dan malas boleh keluar dari rumah ini.

ada ustad sound kat dia pulak tak masuk sorga-dia sound kat ustad tu balik - asik minta bayaran je bila beri tazkira guna agama buat duit dan tamak


Quote Tinot7 26-7-2021 08:58 AM
gideoncross replied at 25-7-2021 11:59 PM
Iol suka yg ni haha, kat YT pun ada knak2 yg call police btul2 sbb dia nk smbut birthday dgn tema  ...

Yang tuh iols tak tgk la.. polis mesti rasa geli hati dpt call drp budak2.
Quote nononcrux 26-7-2021 09:12 AM
overnye.. kau makan pakai pon mak bapak tanggung, lagi nak buat report?? ank tak kenang jasa ni
Quote Missrarara 26-7-2021 10:13 AM
Haha. Adoi la nak
Quote inilastakucakap 27-7-2021 12:12 AM
dua_chzy: Yeap. Inilah generasi sekarang.

Anak tak kenang budi

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.052529 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top