CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minta Cerai Kerana Makanan, Lelaki Maut Dilanggar Isteri

25-7-2021 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1988| Komen: 2

Description: Seorang wanita Amerika Syarikat ditahan atas dakwaan membunuh suaminya dengan melanggar lelaki itu menggunakan kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) selepas mangsa meminta cerai, lapor akhba ...
Seorang wanita Amerika Syarikat ditahan atas dakwaan membunuh suaminya dengan melanggar lelaki itu menggunakan kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) selepas mangsa meminta cerai, lapor akhbar New York Post.


Konfrontasi antara Chanelle Lewis, 35, dan mendiang suaminya, Christopher Lewis berlaku di sebuah tapak kem di Wanette selepas satu pertengkaran kecil tentang makanan.


Chanelle yang bertengkar dengan suaminya kemudian membunuh lelaki itu selepas mangsa meminta cerai. - Syerif Daerah Pottawomie

Syerif Daerah Pottawatomie, J.T Palmer memaklumkan kepada stesen televisyen KFOR-TV, Christopher kemudian berkata, dia mahu bercerai dan dibalas Chanelle yang berkata dia akan melanggar serta membunuh lelaki itu.

“Ini merupakan pertama kali kami mendengar seseorang melanggar individu lain dengan niat,” kata Palmer yang menambah alkohol juga menjadi punca kepada kejadian itu.


Anak lelaki mangsa, Christian Cornett dan adik perempuannya menyaksikan kejadian mengerikan itu dan Chanelle turut mengugut untuk melanggar mereka selepas membunuh suaminya.

Cornett kemudian menumbuk muka Chanelle selepas wanita itu mendekati mereka.

“Mendiang merupakan bapa yang baik dan sering membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.

“Saya mempunyai 1,000 adik beradik lain kerana bapa merupakan contoh bapa yang baik kepada semua,” kata Cornett.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 25-7-2021 06:34 PM
so haggard looking. meringkuk la ekau
Quote Lolalala 26-7-2021 10:42 AM
Anak sendiri yg tumbuk emaknya kan? {:good
Berapa la umur anak dia. Mesti trauma dan terbayang je mcm mana mak dia langgar bapaknya. Kesian diorg

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.041664 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top