Seorang lelaki yang tidak percaya dan mengutuk fungsi vaksin Covid-19 dalam media sosial dilaporkan meninggal dunia akibat virus tersebut.
Stephen Harmon lantang bersuara menentang vaksin dan menegaskan bahawa dia sesekali tidak akan mengambil vaksin untuk mengawal jangkitan Covid-19.
Lelaki Maut Akibat Covid-19 Lepas Kutuk Fungsi Vaksin
Stephen Harmon ketika saat akhirnya berjuang melawan Covid-19. - CBS
“Saya mungkin ada 99 masalah, namun sesekali tidak akan mengambil vaksin,” kata lelaki berusia 34 tahun itu kepada 7,000 pengikutnya dalam media sosial pada Jun lalu.
Harmon menerima rawatan akibat pneumonia dan Covid-19 di sebuah hospital di sini sejak lebih sebulan lalu sebelum meninggal dunia, baru-baru ini.
Beberapa hari sebelum kematiannya, Harmon dilihat merakam perjuangannya dengan gambar menunjukkan dia terbaring atas katil hospital.
“Tolong doakan saya, mereka (hospital) mahu intubasi dan pasangkan alat pernafasan untuk saya,” ujarnya.
Dalam ciapan terakhirnya pada Rabu lalu, Harmon memberitahu dia memilih untuk intubasi dan memaklumkan dia ‘tidak tahu bila akan sedar semula’.
Biarpun mempunyai komplikasi yang teruk akibat Covid-19, lelaki itu tetap tidak mahu divaksin.
Sumber: Utusan |