Sebelum ini kecoh bila Caprice kata nak bongkar satu rahsia yang besar! Namun baru-baru ini, penyanyi rap itu mengambil tindakan mebuang gambar poster pembongkaran tersebut di Instagramnya.
Disebabkan tindakannya itu, ia telah mengundang komen nakal dari netizen.
Bukan itu sahaja ada yang sempat menyakat Caprice. "Pada aku, Caprice ini kena kahwin, dia rasa dia sahaja betul, dah kahwin nanti senyaplah dia baru tahu makhluk apa selalu betul," tulis seorang netizen.
Kelakar sungguh sebab kata orang memang golongan isteri sentiasa merasakan diri mereka bertul dan lelaki selalunya akan kalah. Di samping itu ada juga yang kata sebenarnya 21 Julai adalah tarikh Caprice nak kahwin. Sementara itu disebabkan kekecohan yang ditimbulkannya, ada pula yang bertekad akan terus mengecam untuk membuatkan Caprie tertekan sampai rasa nak bunuh diri. Di Instagram, Caprice sendiri yang mendedahkan perkara tersebut.
"Aku akan pastikan netizen hentam kau sampai kau rasa nak bunuh diri. Lagi bagus mati lagi baik. "Kaya tak semestinya kau boleh buat semua benda bro. Ingat, ramai yang memerhati. Takut tak sempat mengucap balik Malaysia nanti. Jaga-jaga.??? Tidak berdiam diri, Caprice balas balik. "Tak perlu ugut-ugut atau jaga-jaga @ejang94. Pilih satu cara @pdrmsia_official atau kasar? Dua-dua kita boleh uruskan walaupun kita tak sampai Kuala Lumpur lagi. Insya-Allah," tulis Caprice. Aduhai, bila nak habis drama ni ya? Tapi yelah, memang ramai yang suka layan kontroversi macam ni. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|