CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Best Giler Version Ni, Berkali-Kali Ulang", Netizen Tergamam Dengar Ara Johari "Cover" Lagu Fauziah Latiff

21-7-2021 11:03 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5906| Komen: 28



Penyanyi lagu Bunga, Ara Johari, 24, yang terkenal dengan suara lantang sememangnya tidak pernah mengecewakan peminat-peminatnya setiap kali keluarkan lagu baru yang berentak balada rock.

Seperti penyanyi-penyanyi lain juga, Ara  atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari juga gemar membuat "cover" lagu dan kali ini Ara memilih untuk menyanyikan semula lagu legenda penyanyi pop tanah air, Fauziah Latiff.

Nyanyian semula lagu berjudul Gubahan Rindu Puisi Syahdu yang dimuat naik menerusi Instagram Ara sungguh menggamit kalbu hingga menerima ribuan tontonan.  


Memang "padu teruk" suara Ara Johari buat "cover" lagu Fauziah Latiff ini dengan versinya yang tersendiri. Rata-rata netizen tergamam dan tak puas mendengarnya


versi penuh

Untuk info, lagu Gubahan Rindu Puisi Syahdu nyanyian asal Fauziah Latiff ini sememangnya sedia popular sejak diterbitkan pada 1992.

Terdahulu, Naib Juara AJL Ke-32 yang mengalami masalah paranoid akibat Covid-19 sejak tahun lalu sebelum ini mengakui dia sangat berhati-hati pada setiap kegiatan harian yang ingin dilakukan dan lebih gemar duduk di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti kerja seni secara atas talian (online) meskipun sudah divaksin.
padu!
Bagus lah kan kalau tak ada perkara mustahak baik duduk je dirumah musim-musim pandemik ini. Boleh juga lakukan perkara berfaedah atau buat lebih banyak "cover" lagu
Lagu apa lagi korang teringin nak dengar Ara "cover"? Bincangkan! - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mayaBB 21-7-2021 11:15 AM
macam suara dayang  pulak dengar.. coverkan lagu teratai layu ditasik madu pulak ya. mesti best
Quote wnwa05 21-7-2021 11:37 AM
dia ni kadang macam si fifi azmi tu.. sejenis lasak ke?
Quote fara_lily 21-7-2021 11:43 AM
Puas hati dgr.. sbb dlu i rasa suara tarik dia ni mcm ada sikit2..suara fauziah latif zaman muda.. tp dia versi rockleleh.. jee versi ayu
Quote BungaTepiMeja 21-7-2021 12:14 PM
fara_lily: Puas hati dgr.. sbb dlu i rasa suara tarik dia ni mcm ada sikit2..suara fauziah latif zaman muda.. tp dia versi rockleleh.. jee versi ayu


Nape jee nyepi tak macam ratu2 seclassnya macam mekjena.. Shiela majid.. Erra. Ke dia buat apa sekarang
Quote hashashes 21-7-2021 12:36 PM
Lagu ni high note kot
Quote ashilalat 21-7-2021 12:40 PM
BungaTepiMeja replied at 21-7-2021 12:14 PM
Nape jee nyepi tak macam ratu2 seclassnya macam mekjena.. Shiela majid.. Erra. Ke dia buat apa s ...

Jee menyepi berbanding Nek Jena ke?

Dari segi lagu, Jee ada single baru yg duet tu kan? Nek Jena dah 20 tahun x de single baru.

Tp punca sebenar sbb Jee dah x boleh nyanyi mcm dlu kot. Suara dah rosak. Sayang sungguh, suara masa muda dan lagu dia sentiasa evergreen
Quote ashilalat 21-7-2021 12:51 PM
Edited by ashilalat at 21-7-2021 12:56 PM

Komen utk nyanyian  Ara : Not tinggi mmg tiada masalah untuk Ara, boleh je sampai. tp bila dia jerit tu, kemerduan nya hilang. Jeritan dia kadang2 jd out of control. Tak sedap dan x merdu didengar.

As compared to Jee punya versi asal (versi rakaman je lah sbb x pernah tgk pon Jee bawak live lagu ni), Jee punya not tinggi tu merdu dan meruntun hati mcm tu.

Jerit2 untuk sampai not yang tinggi, mmg ramai penyanyi yg boleh mcm ziana, shima, jaclyn, ara ni. Tp kemerduan ketika not tinggi ni x banyak penyanyi yg ada. Yg aku perasan penyanyi lama mcm Sharifah Aini ada kelebihan ni. Kalo yg baru Jee, Siti dan Liza Hanim ada kemerduan ketika not tinggi2 tu.

Setakat ni versi Gubahan Rindu Puisi Syahdu yg aku leh terima ialah versi Liza Hanim je. Sorry Ara.

[youtube]dBMHEkv14BU[/youtube]

[youtube]xq2Dkq4B-qY[/youtube]
Quote nakkomenjugak 21-7-2021 01:06 PM
lebiu ara!! ara ara
Quote nicolebaby 21-7-2021 02:26 PM
Edited by nicolebaby at 21-7-2021 02:28 PM

Try to cover this one...antara lagu Jee yang high note memanjang

[youtube]6w7f6PyMwL0[/youtube]
Quote AshkieLa 21-7-2021 02:47 PM
sebagai peminat jee masa muda suara masih power..
ara punya tak sedap.. takde jiwa.
just tarik2 kosong tak merdu. dia ni serupa mcm si linda nanuwil...
jerit2.. sampai tu sampai tapi gitu jela... nak rasa sedap tu ilekkk...
sorry...
Quote yoppoy 21-7-2021 04:08 PM
Setuju Ara tak merdu. I dah la kipas susah mati ahkak Jee. TV2 baru ulang collection ahkak Jee Sabtu lepas. Cantik nala rekek masa dia pakai baju hitam merah tu. Sheols is my first girl crush and penyanyi. Zaman tu ada telefon line you can call bila nak dengar lagu. Nombor 600 cenggitu la kalau tak silap. Punya minat dia dulu walau budak hingusan sek ren beranikan diri curi guna phone rumah. Rasanya diaorang charge dalam 3 hengget kot seminit so habis je intro lagu tu terus cepat2 hang up. Tu pun sempat mak iols bebel ni call ke mana mahal sangat ni lepas bill sampai. Sekali tu je la call amek feel lagu ahkak Jee
Quote FY08 21-7-2021 05:20 PM
artis bbnu kalau dpt nyanyi lgu lama...tarik high note dgn jayanya blh tahap sujud syukur la dorg....tp dorg xtau pdengar dpt rs lgu tu xsmpi sbb xda jiwa.... fuuhhh ayat aku, bdk2 phm ke x ye....
Quote doubleharmonic 21-7-2021 06:34 PM
ashilalat replied at 21-7-2021 04:51 AM
Komen utk nyanyian  Ara : Not tinggi mmg tiada masalah untuk Ara, boleh je sampai. tp bila dia jerit ...

dah rupa macam acik zz mak azal azil jah

Quote ashilalat 21-7-2021 07:33 PM
nicolebaby replied at 21-7-2021 02:26 PM
Try to cover this one...antara lagu Jee yang high note memanjang


One of my feberet song...Lagu ni termuat dalam album Tiada Noktah Cinta dan Koleksi Emas Vol 2.

ada satu HMI tu Jee nyanyi lagu ni.
Tp aku rasa dia miming. Susah nak mampos lagu ni. Kalau ada bbnu boleh bawak dgn merdu lagu ni, aku akan automatik suka bbnu tu. Hahaha.
Quote ashilalat 21-7-2021 07:34 PM
doubleharmonic replied at 21-7-2021 06:34 PM
dah rupa macam acik zz mak azal azil jah

Sapo? Ara ke Liza?
Quote nurul_akmar 21-7-2021 07:39 PM
Bestnya ara cover lagu ni
Quote miracle_forever 21-7-2021 07:39 PM
ashilalat replied at 21-7-2021 12:51 PM
Komen utk nyanyian  Ara : Not tinggi mmg tiada masalah untuk Ara, boleh je sampai. tp bila dia jerit ...

ara nyanyi xde feel.. cuma jerit je. LH punya version lbh feel yet powerful
Quote doubleharmonic 21-7-2021 07:41 PM

liza. yang video nyanyi duduk pakai tudung tu. bila dia toleh sikit lepas tu senyum2 tu ada lah iols nampak macam acik zarina tu

Quote ashilalat 21-7-2021 08:07 PM
doubleharmonic replied at 21-7-2021 07:41 PM
liza. yang video nyanyi duduk pakai tudung tu. bila dia toleh sikit lepas tu senyum2 tu ada lah io ...

Ooo..aah. ada la sikit. Ingatkan ara. Kalau ara, jauh punggung dari azmin ali. Hahaha.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.067914 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top