CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dilamar Nabil Dalam Tandas, Naqiu Tak Sangka Jadi Hero Filem Pertama

19-7-2021 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3499| Komen: 10

Description: Juara Gegar Vaganza 2019 Naqiu tidak menyangka lamaran Nabil Ahmad ketika di dalam tandas untuk membintangi filem arahannya benar-benar menjadi realiti.
Juara Gegar Vaganza 2019 Naqiu tidak menyangka lamaran Nabil Ahmad ketika di dalam tandas untuk membintangi filem arahannya benar-benar menjadi realiti.

Kata Wan Naqiuddin Mohd Najib, 35, lebih mengharukan apabila dia turut diangkat sebagai hero filem Mat Bond Malaya.


"Seingat saya, ketika itu kami masih dalam program Gegar Vaganza beberap atahun lalu, kemudian Nabil menawarkan saya untuk berlakon filem arahannya.


Kredit foto:  IG Nabil/Naqiu

"Kata dia, Tok Ram (Datuk Ramli MS) pun ada berlakon. Nak dijadikan cerita, ketika itu pun Tok Ram ada sekali, dia offer depan tok guru saya. Katanya, Tok Ram yang serius itu pun boleh berlakon jadi kelakar.

"Saya tak pernah terfikir pun nak berlakon filem apatah lagi menjadi hero. Jadi, saya sahut cabaran itu dan saya bersyukur dibimbing Nabil dengan baik. Sekurang-kurangnya saya dapat belajar sesuatu," katanya pada sesi virtual sidang media Mat Bond Malaya baru-baru ini.


Sebagai orang baru dalam bidang lakonan, Naqiu enggan mengambil peluang yang diberi sambil lewa.

"Saya nak belajar dan nak melakonkan watak yang memberi impak. Saya sendiri sebenarnya mengagumi Nabil, semua benda dia boleh buat, apa saja yang dia tak boleh?

"Cabaran ini sesuatu yang baru bagi saya. Di sini, saya baru mengenal apa itu watak dan karakter. Lucu, tapi ketika dalam set, Nabil seorang yang serius bekerja dan memang kami tahu apa yang dia mahukan," ujarnya.



Filem aksi komedi ala penyiasatan itu merupakan filem pertama lakonan Naqiu dan filem sulung arahan Nabil.

Mat Bond Malaya yang turut menampilkan penyanyi dan pelakon cantik Elizabeth Tan mengisahkan seorang lelaki biasa bernama Mat berangan menjadi seorang ejen perisik di tempatnya bekerja iaitu di bangunan M6, tetapi selalu saja tidak kesampaian.



Suatu hari dunia digemparkan dengan serangan virus zombie dan menjangkiti ramai orang termasuk ejen-ejen di bangunan tersebut serta wanita pujaan hati Mat, Bondi.

Mat tiada pilihan lain melainkan dia perlu mencari penawar bagi menyelamatkan semua orang sebelum virus itu merebak ke seluruh dunia.

Mat Bond Malaya akan ditayangkan di Astro First bermula 20 Julai ini.


Sumber: Gempak
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakigojes 19-7-2021 05:24 PM
Bukan nama sebenar -

Amad: Wans, i ada projek for you, lead actor, nak? Citer mcm James Bond tapi versi lawak.

Wans: Uurrghh errrgghhhh.

Amad: Ala, ok punya, tokramz pun join. Ni geng2 kita, jom la. I trust you, you ada talent.

Wans: Ahhhhhh, sikit lagi (dalam hati).

Amad: Kira onz la ni eh? Cause I mmg rasa u boleh buat ni. U naturally lawak kot.

Wans: (dalam hati) eh, tadi aku cakap sikit lagi tu dia dengar ke….

Amad: Ah, apa? Tak clear Wans.

Wans: Ah, ah yes yes yes yes yes! Ahhhhhhh

Amad: Thank you Wans. So kira gaodim la ni kan? Thanks! Nanti I hanta skrip kat you. Weh, excited ni. Thanks bro.

Telefon Amad diberhentikan.

Wans: plup plup (bunyi belakang). Lega betul dapat melabur.. eh pasal Amad call aku tadi ni.

Tamat
Quote pooh~key 19-7-2021 05:34 PM
Find originality la dekkkk! Geli akak cerita malaysia sikit2 nak tiru konsep orang lain dek…
Quote doubleharmonic 19-7-2021 05:49 PM
taknak specific lagi ke? masa bila kat dalam tandas tu? time tengah membuang dapat offer? tengah nak flush dapat tawaran berlakon?
Quote doubleharmonic 19-7-2021 05:51 PM
mohtip dalam tandas? ko masuk tandas sama2 ke? ko guna cubicle kencing berdiri tu sebelah2 ke? ko bawak talipon masuk toilet ke? tangan tu basuh ke tak?
Quote nakkomenjugak 19-7-2021 06:22 PM
ha bagussss. humban jugak filem ni ke tandas, flush bersih2, jangan tinggal sebarang bau warna rasa gitu
Quote lavendernovella 19-7-2021 06:41 PM
Buat audition tak?
Quote sharlenetexas 19-7-2021 06:48 PM
Lagi suka tengok Pak Mat Sentol jadi Mat Bond

[youtube]V-4VPTmCzgs[/youtube]

Quote shernazz 19-7-2021 07:18 PM
Sejarah mungkin berulang...

Eh..

Episod cinta.iniiiii...
Quote kivio 19-7-2021 08:52 PM
Aaaaaaaaaaaaaaaa geli weyyyyy
Quote RatuDunia94 20-7-2021 04:10 PM
X payah tgok trailer pon dh tau citenya mcm mana.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.061604 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top