CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Suami Tak Guna,"- Ambil Bunga Majlis Kematian, Beri Kejutan Romantis Untuk Isteri

21-7-2021 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3986| Komen: 22

LONDON – Seorang wanita tidak menyangka kejutan romantis yang dilakukan oleh suaminya dengan cara meletakkan kelopak-kelopak bunga pada tab mandi sebenarnya merupakan bunga yang diambil daripada majlis pengebumian, lapor akhbar The Sun semalam.


Dalam satu hantaran yang dimuat naik di TikTok, seorang pengguna, Betty Beard berkongsi video yang memaparkan terdapat banyak kelopak bunga diletakkan oleh suaminya di dalam dan sekitar tab mandi.

“Saya berasa amat gembira kerana suami saya bersikap romantik, namun…” tulisnya pada bahagian awal video itu.


Foto: Tiktok

Beard kemudiannya memuat naik sekeping gambar jambangan bunga beserta dengan kapsyen, “Lelaki tak guna ini menggunakan bunga yang diambil daripada majlis pengebumian.


“Saya tidak akan mandi menggunakan bunga-bunga itu,” tulis wanita itu.

Video tersebut menerima lebih 250,000 tanda suka dengan ramai netizen meluahkan rasa terhibur menonton video itu.

“Bunga percuma. Saya berpendapat lebih baik ada daripada tiada,” komen seorang pengguna.

“’A’ untuk usaha. ‘P’ untuk aktiviti paranormal,” tulis seorang lagi. – CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 21-7-2021 10:59 AM
Bagus laki dia tu. Frugal orangnya.
Quote MissVixen 21-7-2021 11:11 AM
Bagus lah tu. Orang dah meninggal bukan boleh cium harum bunga. Tak membazir.
Quote violetungu 21-7-2021 11:18 AM
Hidup jangan membazir dong
Quote merrissa 21-7-2021 12:13 PM
mcm mn dia tahu bunag org mati?
Quote nakkomenjugak 21-7-2021 01:09 PM
hahahaha sedehhhhh
Quote Decaffeinated 21-7-2021 01:15 PM
'A' untuk usaha.
Quote mbhcsf 21-7-2021 11:25 PM
he is being pragmatic actually. yups...

hmm...
Quote xpdckelate 22-7-2021 12:59 AM
bijak tu..recyle balik tak elok membazir..membazir itu amalan saitong nimrojim
Quote dani-rox 22-7-2021 01:20 AM
isu semasa sangat
Quote doubleharmonic 22-7-2021 02:15 AM
seharum bunga yang menggoda...
Quote chinta89 22-7-2021 10:07 AM
ahahahahaha yg ptg ada usaha dari si suami
Quote eyansss 22-7-2021 10:10 AM
merrissa replied at 21-7-2021 12:13 PM
mcm mn dia tahu bunag org mati?

persoalan utama, betul ke suami yang letak buat surprise?  ke saje je nak buat content?  hahaha...
Quote ira_229 22-7-2021 11:36 AM
elakkan pembaziran...
Quote Artemesiaa 22-7-2021 12:48 PM
Cheapskate orangnya pura2 menghargai realitinya
Quote lattehazelnut 22-7-2021 12:58 PM
Funeral diorg bg bunga rose merah?
Biar betul..
Quote ellejo 22-7-2021 01:04 PM
teringat darling forem yg beli bunga supermarket dan belon tiup sendiri pastu claim boyfriend mat saleh dia bagi

Quote ellejo 22-7-2021 01:07 PM
lattehazelnut replied at 22-7-2021 04:58 AM
Funeral diorg bg bunga rose merah?
Biar betul..

ada tapi shade deep crimson.
kalo yg dalam gambar ni agak terang for funeral.

Quote None68 22-7-2021 01:08 PM
Ok la tu buat apa membazir.
Quote pasa 22-7-2021 01:09 PM
Edited by pasa at 22-7-2021 01:16 PM

tak sangka kokesen juga istilah suwey dalam kamus hidup mereka,

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.128429 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top