Seekor beruang yang sedang beraksi di hadapan penonton tiba-tiba menyerang pelatih haiwan itu di sebuah sarkas di Berezovsky, Rusia pada Sabtu lalu. Kejadian itu dirakamkan seorang penonton di sarkas tersebut.
Turut sama menyaksikan insiden itu ialah orang ramai termasuk kanak-kanak dan ibu bapa. Beruang yang sedang berdiri dan berjalan itu tiba-tiba bertindak di luar kawalan apabila menyerang pelatih haiwan wanita berkenaan. Haiwan itu turut memegang pergelangan kaki wanita berkenaan yang mengakibatkannya jatuh di hadapan penonton. Namun, dua lelaki yang merupakan anggota persembahan sarkas itu berjaya menarik leher beruang itu dan menjauhkan haiwan tersebut dari pelatih wanita berkenaan. Rakaman video daripada penonton itu menunjukkan satu lagi serangan beruang ke atas pelatih haiwan wanita tersebut. Dalam kejadian itu, beruang tersebut menyerang pelatih haiwan berkenaan ketika ia sedang berdiri. Namun, seorang lelaki yang juga merupakan anggota persembahan sarkas itu tangkas menghalang haiwan tersebut daripada terus melakukan serangan. Dalam kedua-dua kejadian itu, pelatih haiwan tersebut tidak mengalami kecederaan parah. Jawatankuasa Penyiasatan Rusia dilaporkan sedang mengkaji insiden itu bagi mengetahui sama ada terdapat pelanggaran prosedur keselamatan semasa melakukan persembahan. Dalam pada itu, pemilik sarkas terbabit menafikan berlakunya kejadian itu walaupun terdapat rakaman video menunjukkan seekor beruang melakukan serangan. Sumber: Sinar Harian
|
MissyMolly replied at 19-7-2021 06:53 PM
Aik.. ada lagi sarkas zaman now?
pooh~key replied at 19-7-2021 07:11 PM
Akak teringin nak tengok zoo khas manusia yang dikurung, binatang jadi pelawat, dekkkkk!
Decaffeinated replied at 19-7-2021 11:05 PM
kat Malaysia pun ada cuma skrg tutup sebab darurat. dalam tu macam2 ada monyet, katak, bewak
...
pooh~key replied at 19-7-2021 07:11 PM
Akak teringin nak tengok zoo khas manusia yang dikurung, binatang jadi pelawat, dekkkkk!
ADVERTISEMENT