CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bukan Buka Aib, Wanita Kongsi Perit Jadi Penghuni Henry Gurney Sebagai Pedoman

19-7-2021 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8878| Komen: 25

Description: Tiga tahun menjadi penghuni Sekolah Henry Gurney sudah cukup untuk menyedarkan wanita ini akan pengajaran daripada kesilapan pernah dilakukannya.
Tiga tahun menjadi penghuni Sekolah Henry Gurney sudah cukup untuk menyedarkan wanita ini akan pengajaran daripada kesilapan pernah dilakukannya.

Bercerita serba sedikit kisah sebagai penghuni di sekolah pemulihan akhlak yang terletak di Telok Mas, Melaka menerusi aplikasi TikTok, ternyata ramai netizen yang teruja dengan perkongsian wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Rieyna ini.



Kredit foto: IG Rieyna

"Saya dijatuhkan hukuman selama tiga tahun. Saya masuk di bawah Seksyen 46 iaitu Kanak-kanak Tak Terkawal. Sebelum ini saya di sekolah Tunas Bakti, saya dan kawan-kawan seramai lima orang lari dari sekolah itu. Kemudian kami ditahan semula dalam tempoh tiga bulan dan dijatuhkan hukuman ke Sekolah Henry Gurney," ceritanya.

Menurut Rieyna, dia dimasukkan ke Henry Gurney sewaktu berusia 15 tahun.



Berkongsi lebih lanjut mengenai kisahnya, Rieyna berkata kesalahan yang dilakukannya itu adalah terdorong oleh jiwa remaja yang ingin bebas lantaran merasakan agak terkongkong ketika ditempatkan di sekolah Tunas Bakti.

"Tiga bulan kemudian, polis dapat mengesan dan kami ditangkap seterusnya dibawa ke mahkamah. Di mahkamah, kami mengaku kesalahan dan dijatuhkan hukuman selama tiga tahun.

"Pada awalnya, memang sangat sukar... asyik berfikir macam mana hidup dekat sini. Boleh dikatakan hampir setahun juga nak biasa dan terima suasana baru.

"Keluarga dibenarkan melawat pada hari raya, tapi hari raya kedua dan waktu cuti umum. Namun keluarga saya jauh di Kedah... ibu melawat dalam dua atau tiga bulan sekali. Hanya surat saya hantar untuk meluahkan perasaan," ceritanya kepada mStar.




Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini, sebagai bekas penghuni Henry Gurney, dia tidak terkecuali berdepan dengan segelintir individu yang mempunyai stigma tertentu terhadap golongan sepertinya.

Ujarnya, perkara tersebut sedikit sebanyak mewujudkan rasa malu, rendah diri ketika berdepan dengan khalayak serta takut kepada bayang-bayang sendiri.

"Masa saya sambung belajar di kolej, ada juga pensyarah yang mempunyai pandangan tertentu selepas melihat sijil-sijil saya. Kita dapat rasakan perkara itu dan kadang kala berfikir adakah seseorang tiada peluang kedua?

"Begitu juga dengan segelintir masyarakat yang bersifat 'judgemental'. Tanpa tahu cerita sebenar, terus saja label perempuan yang buat salah ni kononnya ada isu moral, mengandung luar nikah. Selalu buat spekulasi sendiri.

"Bila sikap seperti ini ada dalam masyarakat, ia sedikit sebanyak timbulkan tekanan. Kami akan fikir, ada ke orang nak kawan, ada ke lelaki nak terima dan sebagainya. Alhamdulillah, pasangan saya boleh terima ketika saya cerita tentang diri saya," ujarnya yang kini menetap di kampung halamannya.



Bukan mahu mendedahkan aib sendiri di media sosial, Rieyna berkata perkongsiannya adalah untuk dijadikan iktibar dan pedoman khususnya buat generasi muda.

"Saya hanya kongsi pengalaman dan pasal sekolah Henry Gurney sebab mungkin ada adik-adik yang tak tahu. Ia sebagai pengajaran agar kesilapan yang pernah saya lakukan takkan diulangi lagi budak-budak yang sedang meningkat usia.

"Bayangkan, tempoh tiga tahun macam-macam boleh buat... kalau masuk 'dalam', dah terbuang masa. Tapi apa yang dah terjadi mendatangkan hikmah kepada saya. Saya tak salahkan mana-mana pihak. Alhamdulillah, ia banyak mengajar saya.

"Bohonglah jika tak terbit rasa menyesal... lebih-lebih lagi bila dah ada anak. Teringat apa yang keluarga dah lalui disebabkan saya. Manusia tak lepas dari buat silap namun layak diberi peluang kedua.


Kredit foto: IG Rieyna

"Bagi saya, anggota masyarakat sepatutnya beri ruang dan bukan makin menjauh. Mereka perlu terbuka minda dan usah bersikap menghukum. Pendek kata, berfikir sebelum berkata-kata kerana kita tak tahu 'struggle' setiap orang," ujarnya mengakhiri bicara.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakigojes 19-7-2021 11:35 AM
Errr.. tanpa membuka tiktok, article ni tak cerita langsung kenapa dia masuk Henry Gurney, apa pengalaman sedikit kat sana…

Kalau nak tengok video, baik aku layan tiktok terus
Quote AyaqMeloSuam 19-7-2021 11:40 AM
Kwn kami ada mngajaq SHG ni.. ada ja murid2 brubah kearah much better person.. dan ada jgk xmau nk brubah....
Quote shernazz 19-7-2021 12:01 PM
Apakah sebab dia masuk tunas bakti?
Quote airmineral 19-7-2021 12:03 PM
bukan ke henry gurney utk laki je dn tunas bakti utk pompuan je
Quote awanysss 19-7-2021 12:10 PM
kenapa dia masuk situ..
i thod HG utk laki je..
Quote makneng 19-7-2021 12:45 PM
Haiyo masuk benang ni terus pening..
Quote ellejo 19-7-2021 12:51 PM
airmineral replied at 19-7-2021 04:03 AM
bukan ke henry gurney utk laki je dn tunas bakti utk pompuan je

agaknya macam victoria institution kot. form 1-form 5 all boys, form 6 ada pempuan.
Quote doubleharmonic 19-7-2021 01:00 PM
kakigojes replied at 19-7-2021 03:35 AM
Errr.. tanpa membuka tiktok, article ni tak cerita langsung kenapa dia masuk Henry Gurney, apa penga ...

kat video tu pon nan hado jah dia nak citer. takat sebut kes 46 tak terkawal? apa ke benda nya kes 46 tak terkawal tu? bila try google keluar kes covid 19 tak terkawal lah 46 pakar merayu lah apoooo?

Quote kakigojes 19-7-2021 01:15 PM
doubleharmonic replied at 19-7-2021 01:00 PM
kat video tu pon nan hado jah dia nak citer. takat sebut kes 46 tak terkawal? apa ke benda nya kes ...

Kan… I tak la tengok video, tapi based on your response, mujur tak tengok… rugi masa je..

Tapi betulla, kalau u kata kes 46, I pun akan ingat covid kes tahun 2020 hahaha..

But pada I, kalau betul2 nak share, share je la, takdenye nak aib, after all skrng dah jadi insan berguna.. but article ni mcm clickbait, tertipu pulak rasanya lol
Quote bakingsoda 19-7-2021 02:31 PM
tak cite pon kesalahan, sekadar menarik crowd utk pemesss!
Quote nakkomenjugak 19-7-2021 03:06 PM
sooo apa sebabnya dia masuk sana? da alang2 mau stori
Quote bluebutter 19-7-2021 03:29 PM
ellejo: agaknya macam victoria institution kot. form 1-form 5 all boys, form 6 ada pempuan.

Haha. Kelakarlah. Adalak ikut form 6 bagai. Saya ni mudah terhibur.
Quote kakigojes 19-7-2021 04:01 PM
nakkomenjugak replied at 19-7-2021 03:06 PM
sooo apa sebabnya dia masuk sana? da alang2 mau stori

Itula kan….Ibarat, if you want to know more, please subscribe, leave a comment and hit the bell icon! Gitu…. Haha kidding saja
Quote kakigojes 19-7-2021 04:02 PM
Anyway, tiber tadi I terfikir Henry Golding masa baca article ni, then I mcm, bila Henry Golding tu ada sekolah
Quote nakkomenjugak 19-7-2021 06:21 PM
kakigojes replied at 19-7-2021 04:01 PM
Itula kan….Ibarat, if you want to know more, please subscribe, leave a comment and hit the bell i ...

hahaha dengar je tu memang skip terus
Quote susukambingbest 19-7-2021 06:34 PM
doubleharmonic replied at 19-7-2021 01:00 PM
kat video tu pon nan hado jah dia nak citer. takat sebut kes 46 tak terkawal? apa ke benda nya kes ...

iol xsure la les 46 tu mcmna. Tp ada sorng anak ustzah kt kg iol dulu masuk sek tunas bakti. Ustzah tu ibu tunggal. Ank bongsu ustzah tu, zmn tu org kata bohsia la, degil xtrkawal. Kuar ikut jantan sska hati. Xdgr ckp, melawan, lari dr umah. Smpai ustzah tu xleh nk buat apa dah. Hbis ikhtiar la katanya. Last2 msuk tunas bakti. iol rasa sheol ni pun cam tu la. Jnis budk2 liar mgkin
Quote CaqJora 20-7-2021 08:39 AM
Apa jenayah yg ko buat dik? Kalu bgtau tu baru blh dikatalan pengajaran. Ni mcm sengaja nk femes je. Tgk ko elok je move on budak2 tgk pun x de impact apa2. Akta kanak2 tak terkawal tu camne, selak kain baju blkg surau sekolah bg bohjan raba ke?
Quote pearl.silver 20-7-2021 10:47 AM
Dia ni mesti mcm eyka farhana dlm drama tv3 tu
Budak baik bijak terjebak dgn bdk nakal
Kne masuk shg
Quote Artemesiaa 20-7-2021 03:28 PM
Kat Malaysia ni berapa ramai sangat yang nak ambil iktibar atau pedoman dari pengalaman orang lain.  Selagi tak kena tak batang hidung sendiri mana nak sedar.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.056923 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top