CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Terapi Saraf Maut, Sengaja Sedut Nafas Pesakit Covid-19

17-7-2021 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3986| Komen: 13

JAKARTA – Seorang ahli  terapi saraf yang melakukan  rawatan dengan cara menyedut nafas pesakit Covid-19 dilaporkan telah meninggal dunia, demikian menurut  laman berita Suara.com.


Lelaki bernama Masudin itu sebelum ini tular di media sosial ekoran  perkongsian video yang menunjukkan aksinya menyedut nafas yang dihembuskan oleh seorang pesakit Covid-19 yang sedang terbaring.

“Sudah sembuh, minum dulu, esok boleh pergi bersiar-siar,” kata Masudin kepada pesakit tersebut.

Kredit foto: Agensi

Seorang pesohor media sosial yang juga doktor di Makassar, Bambang Budiono yang memuat naik video tersebut di Twitter meninggalkan komen menggelar Masudin sebagai sombong.

“Sifat takabur dan sombong akan membawa malapetaka. Covid-19 tidak memilih pesakit, sama ada rakyat jelata hinggalah orang ternama.


“Perkara sebegini yang menyebabkan kes di Indonesia paling tinggi di dunia. Menyedihkan,” tulis Bambang.

Masudin meninggal dunia Selasa lalu pada usia 47 tahun selepas mengadu demam dan sakit perut.

Salah seorang rakannya, Rony berkata, kali terakhir dia berjumpa Masudin adalah seminggu lalu dan ketika itu Masudin sudah terlantar sakit di rumahnya di Desa Banyuarang, Ngoro, Jawa Timur.

Rony menyifatkan Masudin sebagai seorang yang sangat baik dan suka membantu. 

Semasa hayatnya, Masudin dikenali sebagai ahli terapi yang mempunyai kepakaran dalam merawat pesakit pekak dan namanya meningkat naik pada 2012. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 17-7-2021 02:44 PM
yang pt disedut kobid tu still ada kobid ke dah sembuh?
Quote Xim 17-7-2021 03:27 PM
Mereka yg x caya kat covid bila nak buat cmni? Kot2 blh brtmbh kuat dan hebat....
Quote edayildiz 17-7-2021 03:36 PM
sapa suruh cari pasal..tp takde tulis pun dia mati sbb covid..tp dia demam & skt perut kn..mayb covid
Quote Punat_button 17-7-2021 03:44 PM
thread semalam

https://mforum1.cari.com.my/foru ... &extra=page%3D2

Quote Raline 17-7-2021 06:22 PM
dah ada la sayanggg

https://mforum1.cari.com.my/foru ... &extra=page%3D2
Quote R2D2 17-7-2021 06:28 PM
Wartawan CARI baru masuk bertugas ka?
Quote sejahtera 17-7-2021 11:09 PM
bunuh diri semacam

Quote azurro 18-7-2021 08:08 AM
Yelah.. Pesakit tu sembuh lah.. Yg kau sedut covid masuk dlm badan kau tu pehal...
Quote ultra78 18-7-2021 08:11 AM
"Rony menyifatkan Masudin sebagai seorang yang sangat baik dan suka membantu."

Arwah ni baik orangnya
Quote darkness 18-7-2021 08:48 AM
Ni namanya bodoh itu pree
Quote ReginaGeorge 18-7-2021 11:20 AM
Nak buat eksperimen punya pasal
Quote Kitty_catz 18-7-2021 02:59 PM
boleh la suruh golongan antivax buat ni

deme2 kat tak caya.. kita tengok siapa yg kena...
Quote RaraLavenda 29-7-2021 08:42 PM
Sengaja cari maut. Orang lain nak hidup dia pulak macam ni.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.182543 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top