CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Dera Adik Bella-Berlaku Dalam Rumah Kawan Sendiri, Syed Azmi Akhirnya Bersuara

13-7-2021 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21387| Komen: 140

Laporan mengenai Adik Bella, seorang anak istimewa yang dipercayai menjadi mangsa dera ternyata meruntun hati rakyat Malaysia.

Pada Isnin malam, aktivis Syed Azmi Alhabshi tampil bersuara dan memberikan penjelasannya berhubung kes melibatkan remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun itu.


Menurut Syed Azmi, dia ada alasan tersendiri apabila memilih untuk senyap terlebih dahulu ketika kes itu mula menjadi perhatian umum.


Kredit foto: mStar


"Ramai sebenarnya nak tanya atau nak saya jawab pelbagai bentuk soalan mengenai kes penderaan Bella. Bella dijumpai dalam keadaan yang disyaki berlakunya penderaan ke atasnya dalam rumah kawan saya.

"Dia dijumpai oleh pelapor yang memaklumkan saya melalui video dan panggilan telefon dan yang saya bagitau ialah untuk bawa ke hospital. SCAN team di hospital diaktifkan dan rawatan, pemulihan dan perlindungan Bella dijalankan. Bella selamat.

"Now, apa sebenarnya berlaku pada Bella? Ini yang saya faham #justiceforbella dan saya pun nak tahu. Kemudian saya senyap. Adakah pemilihan saya untuk senyap ini yang paling tepat. Bergantung pada siapa yang saya tanya. Ada yang setuju dan ada yang tidak, " ujarnya.

Menurut Syed Azmi, ada beberapa perkara yang bermain di fikirannya ketika itu termasuklah isu keselamatan penghuni kanak-kanak lain serta keadaan semasa melibatkan jangkitan Covid-19.


Kredit foto: mStar


"Waktu Bella disahkan sebagai kes yang memerlukan perlindungan, ada beberapa perkara yang saya perlu lihat iaitu keselamatan kanak-kanak lain. Sama ada di kediaman peribadi mahupun di Rumah Bonda.

"Kedua dua kediaman ini terkena wabak Covid-19 pada waktu ini. Ada yang negatif dan ada yang masuk hospital. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berusaha menyaring dan merawat kesemua penghuni, sukarelawan dan kanak-kanak.

"Kawan saya yang merupakan penjaga utama penghuni dan anak-anak jagaannya juga berada di hospital dan dia adalah orang utama penghubung antara penghuni dan juga ibu bapa mereka.

"Waktu ini laporan polis dah dibuat dan yang saya utamakan rawatan bagi semua penghuni yang terjebak dengan Covid-19. Mana yang boleh balik, kita mintak balik. Apa-apa yang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlukan kita berikan," ujarnya lagi.

Menurut Syed Azmi, dia memang rakan kepada penjaga Bella dan mengakui ada bertanya mengenai hal itu.


Kredit foto: mStar


Luahnya lagi, dia turut sedih akan apa yang berlaku dan terpinga-pinga apabila dimaklumkan kejadian itu berlaku dalam kediaman rakannya.

"Saya memberitahu penjaga Bella apabila keadaan kesihatannya tidak lagi kritikal dan beberapa hari sebelum dia boleh discaj dari hospital mengenai laporan polis dan tuduhan terhadapnya.

"Ya saya memang kawan beliau tapi saya juga tahu apa yang berlaku apabila ada kes berkaitan penderaan secara amnya. Adakah saya bertanya? Yes. Dia bagitau jawapan dan saya minta dia tenang dan beri semua keterangan pada polis.

"Apa perasaan saya waktu itu? Penderaan yang berlaku pada Bella memang sedih. Saya diberitahu melalui seorang doktor mengenai keadannya sahaja tanpa gambar pun saya dah faham.

"Berlaku dalam rumah kawan saya sendiri, membuatkan lagi saya rasa terpinga-pinga apa yang berlaku sebenarnya. Soalan-soalan macam siapa, bila, kenapa, kat mana, semua tu dalam kepala dari awal lagi tapi saya senyap sahaja sebab semua tengah Covid-19," jelasnya.

Kata Syed Azmi, dia langsung tidak mempunyai sebarang syak wasangka dan akhirnya menyalahkan diri sendiri kerana beranggapan tidak cukup prihatin dengan keadaan sekeliling.

Jelasnya, dia mengambil pendekatan untuk senyap bagi membantu siasatan dan mahu segala proses berkaitan berjalan lancar.

"Kenapa lepas berlaku, tak ada cerita pada sesiapa, tak minta tolong sesiapa, dan semua tu la. Ini bermain main di kepala sebab kerja kami kebajikan dan kanak-kanak. Tak pernah perasan apa apa yang lainnya selama ini. Tak ada apa apa syak wasangka pun. Tak ada langsung.

"Akhirnya saya sendiri salahkan diri sendiri sebab adakah saya tak cukup bertanya khabar atau tak ada masa untuk kawan-kawan saya dan sebagainya. Itu yang saya mula-mula rasa.

"Akhirnya saya ambil tindakan untuk senyap dan bantu siasatan dan pada masa yang sama sebab saya rapat dengan yang dituduh, saya juga rasa saya bertanggungjawab untuk memastikan keadaan tenang agar semua jawapan dan soal siasat dapat jalan lancar. Itu yang saya pilih.

"Anak-anak jagaan JKM lain di atas nama penjaga yang sama juga di selamatkan dan ditempatkan di tempat yang selamat. Selesai satu lagi. Ingat ye, waktu ni keadaan mereka masih lagi dalam jangkitan Covid-19 dan JKM dengan bantuan KKM pantas selamatkan sejurus selepas mereka selamat untuk dipindahkan, " jelasnya.

Menurut Syed Azmi lagi, tiada apa yang boleh dilakukannya memandangkan Bella juga sudah diselamatkan dan diberi rawatan.

Tambah Syed Azmi, dia juga risau emosi suspek terganggu sehingga berlaku perkara tak diingini.


Kredit foto: mStar


"Again, Bella sudah diselamatkan. Takde apa yang saya boleh buat untuk Bella. Rawatan perubatan, psikososial dan kaunseling, adaptasi semula ke tempat lama beliau dan perlindungan serta perkembangan intelektual semua diberikan. OK Alhamdulillah dan moga dia dapat atasi pengalaman yang beliau lalui dan mulakan hidup baru.

"Waktu ni, dah viral mengenai kes Bella. Nama saya dah naik. Netizen mahukan jawapan. Saya masih senyap. Kenapa? Sebab penjaga dah balik dan polis baru hari pertama siasatan. Kerja saya pastikan dia tenang dan beri kerjasama. Hari kedua pun. Hari ketiga pun sama. Hari keempat pun sama. Netizen push push push. Saya masih nak lihat apa nak kena buat. Beri kerjasama polis.

"Kalau push kuat lagi saya risau emosi suspek terganggu dan kalau dia breakdown, macam mana nak bagi keterangan? Kalau dia tetiba murung dan kelar tangan bunuh diri macam mana kita nak dapat tahu apa maklumat sebenar?

"Kalau dia tiba-tiba jadi gila macam mana dia nak berdiri dalam mahkamah? Selepas soal siasat pun saya kena dapatkan kerjasama dia untuk penghuni dan kanak-kanak lain. Kawan atau tidak, jelas kita ada proses undang-undang. Dia atau semua suspek penting untuk dalam keadaan tenang dan waras dalam bantu siasatan polis, " jelasnya lagi.

Di akhir nukilannya di Facebook, Syed Azmi turut memohon maaf dan mengakui sudah mencuba yang terbaik sebagaimana harapan semua pihak ke atasnya.

"Saya dah cuba tapi tak berkemampuan sebagaimana harapan semua. Saya bersuara hari ini sebab semua yang saya boleh buat saya dah buat.

"Terpulanglah pada kalian nak terima atau tidak. Maafkan saya," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • husie91


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissYouSayang 13-7-2021 11:55 AM
Aku ingat lagi ramai acik2 forum puji si SA ni sebab selalu tapis dulu sebelum bagi bantuan compare to dewabit
Quote Kurex 13-7-2021 11:57 AM
Mcm repot cari la, kalau asyik persoalkan hasil kerja yg lambat, double post & cerita dari ig artis, macam mana nak buat kerja kalau tertekan. Kata supamod yg dah kedut, jizklongklong
Quote husie91 13-7-2021 11:58 AM
Betul tindakan dia berdiam diri dulu & siasat apa yang berlaku.. cuma still nampak bias kat situ sebab si perlaku adalah kawan sendiri. Semoga ada keadialan buat si bella huhu
Quote laradelara 13-7-2021 12:04 PM
Kan dah ada thread yg sama psl adik bella ni
Quote Skuau 13-7-2021 12:06 PM
'berkarangan','bersob story'.....la.....pulok.
Quote Minami2013 13-7-2021 12:13 PM
laradelara replied at 13-7-2021 04:04 AM
Kan dah ada thread yg sama psl adik bella ni

Wartawan cari dan buka thread yg dah ada diibaratkan isi dan kuku.. sbb tu berlaku lambakan thread2 baru tp content sampah. Org dah ulas berjela kat thread yg sedia ada.
Quote Kurex 13-7-2021 12:36 PM
Sebak dgn kejadian ni..memang celaka saspek tu..
Quote Kurex 13-7-2021 12:37 PM
Sebab kawan kau, kau diam kan cibai syed azmi?
Quote hollahop 13-7-2021 01:35 PM
Gebu betul si benon tu ek. Badan kemahin besau. Mkn makanan sedap free la tu. Moga dpt cash segala perilaku si benon ni.
Quote Khadeeja07 13-7-2021 01:45 PM
bangsat sangat. jenis nak menghalalkan cara..nmpk sangat semua wayang dengan kerja kebajikan, padahal nak kaut untung hasil donation...geramm eh ngan binatang cam bunda bundi nie!
Quote mclaren 13-7-2021 01:45 PM
"Ramai sebenarnya nak tanya atau nak saya jawab pelbagai bentuk soalan mengenai kes penderaan Bella. Bella dijumpai dalam keadaan yang disyaki berlakunya penderaan ke atasnya dalam rumah kawan saya."

DISYAKI????

Disyaki apanya lagi, dah memang sah didera. Takkan Bella sendiri buat semua tu (self harm)?
Dan rasanya budak DS takde nya tahu nak membohong. Dah dia kata bonda dan mama yang buat.

Disyaki? Prrrrffftt.
Quote Paiya 13-7-2021 01:47 PM
SA akhirnya sahkan kejahatan penjaga Bella
Quote rainbowrainz 13-7-2021 01:49 PM
Kalau dah bongok tak.kemana...
Quote laradelara 13-7-2021 01:50 PM
Minami2013 replied at 13-7-2021 12:13 PM
Wartawan cari dan buka thread yg dah ada diibaratkan isi dan kuku.. sbb tu berlaku lambakan thread ...

Mod takleh buat apa2 ye? Maaf soalan noob. Rengsa tgk thread yg sama
Quote Minami2013 13-7-2021 01:55 PM
laradelara replied at 13-7-2021 05:50 AM
Mod takleh buat apa2 ye? Maaf soalan noob. Rengsa tgk thread yg sama

Kata nya tak boleh. Tak best kan byk2 thread padahal satu isu yg sama. Kalau update kat satu thread je senang baca chronology dari awal dan update info kat situ je.
Quote mclaren 13-7-2021 02:04 PM
Minami2013 replied at 13-7-2021 01:55 PM
Kata nya tak boleh. Tak best kan byk2 thread padahal satu isu yg sama. Kalau update kat satu threa ...

Agree, duplicates ni memang sakit mata tengok. Kenapa ye mod tka boleh buat apa2?

Zaman dulu2 boleh je merged threads? Now dah tak boleh ye?
Quote glump 13-7-2021 02:12 PM
Tak lah menyebelahi SA sbb aku pun Tak pernah ambik tau pasal family matter kawan2 aku. Tak lah hari2 aku nk bertanya pasal family2 kawan2..hendak Masa PKP aku cerita hal am je. Mana nk jumpa family depa ..dulu adalah outing together.
So dlam kes Bella nie aku pun Tak harap SA yg nak justify pasal kawan dia ( kalu justify pun bias..bff kan) .yg jelas dlam kes ini, yes penderaan berlaku n pengambil kesempatan nak dapat viral the most pun ada. Apa motif  yg viral tu? Justice? Dia nak ambik alih rumah perlindungan tu ke ?
Quote awanysss 13-7-2021 02:17 PM
mcm makin byk terlondeh pulak pasal heols ni..
dgn beg2 mahal dia.. terus meols berhati hitam kat dia..
dgn press statement dia yg tiberr tak kenal bella..
account rumah bonda tak pernah audit..
kau org court kot, takkan tak tahu basic2 ni..
pastu nak pentingkan suspek punya mental state dah kenapa..
kalau bella tu tak kantoi, ada kau fikir mental state bella yg sah sah DS tu? trauma dia?
penjaga dia yg dianggap mcm mak dia buat dia camtu..
siel betul.. badak tu punya perasaan kau nak jaga..

walaupun badak tu tak dera bella, the fact that dia yg volunteer nak jaga bella, pastu bawak keluar utk stay kat kondo tu, budak tu tanggungjawab dia.. kau bayangkan semua kena covid pergi check, bella diabaikan camtu je.. fishy sgt la si lamb ni nak backup badak..
konon neutral tp fake..
Quote pasa 13-7-2021 02:18 PM
Edited by pasa at 13-7-2021 02:27 PM

bila kene tang muka dia senyap..


masa ustaz kazim dulu bukan main melantun.


geng baju kuning mcm sotong acah2 teruja nak pegang anjing sembang kari.

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.159618 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top