CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kembar 3 Hamil Serentak

13-7-2021 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2087| Komen: 8

Description: Los Angeles: Mereka bukan saja dilahirkan kembar, malah berkongsi detik indah apabila mengandung dalam tempoh masa yang sama.
Los Angeles: Mereka bukan saja dilahirkan kembar, malah berkongsi detik indah apabila mengandung dalam tempoh masa yang sama.

Gina Purcell, Nina Rawlings dan Victoria Brown adalah kembar tiga yang masing-masing dilahirkan selang empat minit dan kini berusia 35 tahun.


Mereka yang berasal dari selatan California sudah dan bakal melahirkan anak pada tahun sama namun dalam bulan yang berbeza.

"Ketika remaja, kami sering berangan-angan untuk melahirkan anak bersama-sama.

"Apabila saya berkahwin dan melahirkan anak, kami sebenarnya tidak menjangka (perkara) ini akan berlaku," kata Gina kepada New York Post.

Foto: Agensi

Beliau berkata, mereka bertiga sebenarnya tiada sebarang perancangan untuk mengandung pada masa yang sama, namun impian itu kini realiti.


Mereka kini menjalani fasa indah dalam hidup dan berkongsi detik berbadan dua bersama.

Victoria melahirkan anak kedua pada 9 Julai lalu manakala Nina pula akan melahirkan anak pertama pada 28 Ogos ini.

Gina pula akan melahirkan anak perempuan ketiganya pada November depan.

"Pengumuman kembar itu turut mengandung dibuat ketika majlis kesyukuran dan sambutan Hari Krismas yang diadakan bersama ahli keluarga," kata Gina.

Menurutnya, dia dan suami tidak merancang untuk mendapat anak dalam tempoh terdekat selepas mengalami keguguran beberapa tahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 13-7-2021 10:45 AM
Tahniah.. nnt ssmua skolah sama..
Quote Decaffeinated 13-7-2021 10:47 AM
Kalau mengangkang pun serentak nak heran jugak ka?
Quote nakkomenjugak 13-7-2021 10:55 AM
letak reminder dekat fon untuk ngongkek pada tarikh waktu hari yang sama ke?
Quote Suchi 13-7-2021 11:19 AM
Untungla masing2 takda masalah utk mengandung bayangkan kalau cuma 2 orang je yg cepat ngandung yg satu lagi masih menanti mesti sedih je dia rasa.

Quote Suchi 13-7-2021 11:22 AM
nakkomenjugak replied at 13-7-2021 10:55 AM
letak reminder dekat fon untuk ngongkek pada tarikh waktu hari yang sama ke?

Takde la  hari sama kan ade yg ngandung dulu n kendian juga.
Iols penah ngandung serentak tahun yg sama ngn kakak n adik. So anak2 pun sebaya berbeza bulan jela.
Rasa semak gak sbb ngandung serentak plak ngan adik badik.
Tak syok nnt anak akan asik kena compare je la sesama sepupu dia.

Quote rosmahisham 13-7-2021 11:29 AM
Seronoknye..tup2 ank yg keluar pon kembar jgk..
Quote ellejo 13-7-2021 11:55 AM
maap. twin banyak psiko ye. semua nak serentak semua nak sama.
Quote cikdumbo_92 15-7-2021 12:39 AM
Woww syok naa.. semoga ada rezeki iolls juga {:love

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.044006 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top