CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaduh Dengan Isteri, Kereta Mentua Dengan Kakak Ipar Pula Dibakar!

13-7-2021 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2333| Komen: 19

Jempol : Lelaki nekad membakar dua kereta milik ahli keluarga isterinya selepas dipercayai mempunyai masalah rumah tangga dalam kejadian di Kampung Indah, Bahau, 6.45 pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 26 tahun dari Bahau membakar sebuah Perodua Kancil, milik mentuanya dan sebuah Proton Satria, milik kakak iparnya.

Bagaimanapun, kebakaran berkenaan sempat dipadam oleh ahli keluarga selepas disedari mentua suspek.


Foto: Harian Metro

"Mangsa menyedari kejadian ketika keluar rumah dan melihat suspek sedang mencurah minyak ke atas kain sebelum dibakar.

"Suspek kemudian membaling kain berkenaan ke arah kereta Perodua Kancil menyebabkan ia terbakar pada bahagian luar tangki minyak," katanya, hari ini.


Chang Hook berkata, suspek yang menyedari kejadian itu dilihat mentuanya dari pintu rumah kemudian melarikan diri.

Katanya, mangsa kemudian mendapati Proton Satria yang berada di garaj, turut terbakar.

"Mangsa memanggil anaknya yang tinggal berhampiran bagi memadamkan api kereta berkenaan.

"Siasatan turut mendapati pada Ahad lalu suspek bergaduh dengan isterinya dan isteri suspek turut membuat laporan polis.

Chang Hook berkata, suspek berjaya ditangkap polis di Bahau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2012 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 13-7-2021 10:37 AM
Dah bakar, panggil pula anak suruh padamkan
Quote Cece1234 13-7-2021 10:39 AM
Bodohnya lah..
Quote monreyes 13-7-2021 10:43 AM
bini lari p umah mak dia ke..
Quote naina 13-7-2021 10:44 AM
white_musk replied at 13-7-2021 10:37 AM
Dah bakar, panggil pula anak suruh padamkan

Mangsa la yang panggil anaknya
Quote white_musk 13-7-2021 10:50 AM
naina replied at 13-7-2021 10:44 AM
Mangsa la yang panggil anaknya

Oh mangsa yang panggil... Akak tersalah faham la ni.. Akak mintamaaf
Quote nakkomenjugak 13-7-2021 10:57 AM
kenapa tak bakar diri sendiri je?
Quote None68 13-7-2021 11:07 AM
Macam2 la pulak..
Quote misc 13-7-2021 11:24 AM
nakkomenjugak replied at 13-7-2021 10:57 AM
kenapa tak bakar diri sendiri je?

Kerana diri sendiri begitu berharga
Quote rospinki 13-7-2021 11:49 AM
Gado2 manja je tu..atleast kau ada laki.
Quote imanda 13-7-2021 12:34 PM
misc replied at 13-7-2021 11:24 AM
Kerana diri sendiri begitu berharga

hahahahaha

mcm2 berita skg ni, gaduh sn sini,benda kan blh bincang knp nak gaduh2?
Quote haruslah 13-7-2021 12:36 PM
Ni semua salah kerajaan
Kata samdol di komen fb
Quote Meiizu 13-7-2021 12:37 PM
Bini jangan balik kat laki sudah lah ye
Quote rosmahisham 13-7-2021 03:38 PM
Edited by rosmahisham at 13-7-2021 05:01 PM

Subuh2 pon gaduh..mesti bini larik rmh mak dia,kakak tolong ambik ke..tu yg siap nk bako keta kakak ipo.Bln2 baik mcm zulhijah ni byk2 la bersabo..tau pulak dia lari bila npk mertua! Kalau bini g balik kat laki x tau la nk ckp apa..gaduh pon nk bakar keta..zmn2 ssh ni dia nk rosakkn reta org pulak!
Quote Artemesiaa 13-7-2021 03:53 PM
Baran tak kena tempat bukan selesaikan masaalah tambah masaalah lagi ada ler
Quote kasibiman 13-7-2021 04:20 PM
kau semekin pastu makin buat benda bodoh yg hanya merugikan dari segi kewangan.


dasar bangang abadi
Quote Belibis 13-7-2021 08:17 PM
white_musk: Oh mangsa yang panggil... Akak tersalah faham la ni.. Akak mintamaaf

Takpe sis.musim pkp ni ramai otak jamm.{:smile
Quote supernaturalee 13-7-2021 09:18 PM
rosmahisham replied at 13-7-2021 03:38 PM
Subuh2 pon gaduh..mesti bini larik rmh mak dia,kakak tolong ambik ke..tu yg siap nk bako keta kakak  ...

Mlm x dpt kot
Ke laki gns sgt
I need a break kata bini nya


Quote Suchi 13-7-2021 09:48 PM
Iols igtkan dia bakar isteri dia terkejut tgk gambar tu rupanya kereta yg dia bakar.
Quote budaktua 13-7-2021 09:50 PM
pg bergaduh tu ok lg kot...blh lepas..tp dh main bakar2 ni..mendpt la ko...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.400298 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top