CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buruh Di Kelantan Rogol Anak Kandung Umur 8 Tahun

12-7-2021 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5430| Komen: 57

KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap dua pertuduhan merogol anak kandungnya yang berusia lapan tahun, awal tahun ini.


Tertuduh yang berusia 47 tahun mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut dua pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya apabila perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengan mangsa.

Foto: Berita Harian

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di dalam bilik tidur rumah di Pasir Puteh, dekat sini pada Januari dan Februari lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara lapan hingga 30 tahun dan 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan bagi kedua-dua pertuduhan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 5 September depan, untuk tarikh sebutan semula kes. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vinblastine 12-7-2021 04:21 PM
Lahanat sangat perangai!!!
Quote Skuau 12-7-2021 04:22 PM
my oh my....
Quote lurve82 12-7-2021 04:23 PM
Yg ni layak dipotong anunya…setanirojim..
Quote dani-rox 12-7-2021 04:27 PM
Mengikut dua pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya apabila perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengan mangsa.


kalau perhubungan itu dibenarkan berkahwin, bukan dikira rogol? Ayat nih berbelit2 atau akak yg tingtong di petang hari
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 04:41 PM
Aaahhh tok mudim, sini saya sertakan seorang lelaki untuk dikasi dan dijadikan sida.
Quote prizadane 12-7-2021 04:44 PM
Bangsatnya perangai. Anak sendiri kot. 8 tahun lak tu. kau dah kenapa hah?
Quote alieyrina 12-7-2021 04:45 PM
Awat babi sgtttttt. Letak dlm kandang babi plsss. Depress aku baca tajuk pun
Quote nazzse 12-7-2021 04:46 PM
dani-rox replied at 12-7-2021 08:27 AM
kalau perhubungan itu dibenarkan berkahwin, bukan dikira rogol? Ayat nih berbelit2 atau akak yg  ...

Tak faham jgk ni. Apa maksudnya
Quote dani-rox 12-7-2021 04:47 PM
nazzse replied at 12-7-2021 04:46 PM
Tak faham jgk ni. Apa maksudnya

tu la pasal, berkali2 jugak ai baca nak memahaminya
Quote lavendernovella 12-7-2021 04:49 PM
Gen Namrud mmg cam ni.
Quote Thunderclouds 12-7-2021 04:49 PM
Mohon meninggal!! Syaiton mcm ni wajib sula depan org ramai. Buat siaran lgsung kt tv. Biar meraung melolong br yg lain2 xberani nk buat.
Quote nazzse 12-7-2021 04:50 PM
dani-rox replied at 12-7-2021 08:47 AM
tu la pasal, berkali2 jugak ai baca nak memahaminya

Klu rephrase jadi "di bawah pertuduhan perhubungan yang tidak dibenarkan hukum agama, adat dan kebiasaan utk berkahwin". Ini kot maksudnya
Quote akuchenta 12-7-2021 04:50 PM
Kalau tak dadah, mesti rogol!


2 benda ni yg menghancurkan keluarga!
Quote white_musk 12-7-2021 04:54 PM
Salah anaknya kerana tidak manutup aurat
Quote igetso 12-7-2021 04:55 PM
dani-rox replied at 12-7-2021 04:27 PM
kalau perhubungan itu dibenarkan berkahwin, bukan dikira rogol? Ayat nih berbelit2 atau akak yg  ...

Orang bodoh je tulis camtu.  Nak kawin jugak boleh pegi Afrika.  
Quote sarahmirza 12-7-2021 04:59 PM
sepatutnya kes sumbang mahram ni dah kena pinda akta dijatuhkan hukum mati aje...
menjadi2 kes ye sekarang...  mmg betul2 runtuh dah institusi keluarga bila mana kanak2 tak selamat di rumah ibu bapa dia sendiri...

Quote Skuau 12-7-2021 04:59 PM
dani-rox replied at 12-7-2021 04:47 PM
tu la pasal, berkali2 jugak ai baca nak memahaminya


pemahaman aku...dia cuba menjelaskan konteks rogol tu(ikut pemahaman dia la@penulis...)
Quote Fortiori02 12-7-2021 05:10 PM
Edited by Fortiori02 at 12-7-2021 05:13 PM

Bapak durjana. Kesian anak dia tu, kecik lagi 8 tahun, mst trauma.

Pernah berdepan kes mcm ni bbrp tahun lepas. Mangsa tu budak lembam. Ada 1 hari dlm kelas (x sure kelas apa tp yg melibatkan melukis2), cikgu bagi kertas tok melukis, mangsa tetiba lukis gambar org lelaki baring atas orang pompuan. Bila cikgu tanya mangsa siapa org laki tu, mangsa gitau ayah dia. Dia ckp ayh dia selalu 'baring' atas dia time dia tidur sorang2 dlm bilik. Cikgu hubungi jkm & jkm nasihatkan bawa ke hospital utk buat pemeriksaan. Hosp dapati mmg ada multiple old tear kat hymen mangsa tu.

Aku kesian tgk mangsa sbb mak dia pernah je nampak suaminya hanya pakai tuala keluar dr bilik mangsa & mangsa tgh baring atas katil x de pakaian.  Mak dia boleh ckp x tepikir apa2 bnd buruk time tu sbb x tersangka laki dia boleh rogol anak dorang. Husnozan sgt maknya
Quote pxlbb 12-7-2021 05:17 PM
Sesungguhnya aku risau dgn kanak2 yg terkurung dgn babi mcm ni.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.140587 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top