CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berani Muat Naik 12 Video Hina TMJ, Pembantu Gerai Ditahan

12-7-2021 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8099| Komen: 65

Seorang pembantu gerai buah ditahan polis semalam kerana memuat naik 12 video mengandungi komen jelik serta menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di rumahnya dekat Ayer Hitam, Batu Pahat, kira-kira jam 9.30 malam tadi.


Katanya, lelaki berkenaan dikesan memuat naik video dengan komen jelik dan menghina TMJ itu menerusi akaun Instagram, 'amirul_naito'.



"Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kangkar Pulai, di sini, berhubung video dimuat naik suspek, kira-kira jam 9 pagi, semalam.

"Sebanyak sembilan lagi laporan polis turut dibuat semalam, susulan video berkenaan yang turut tular sejak semalam.

"Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berjaya mengesan dan menahan suspek di rumahnya di Ayer Hitam, Batu Pahat, malam tadi.


"Permohonan reman dibuat hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas suspek," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di IPK Johor, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes ugutan jenayah dan khianat.

"Siasatan akan dibuat terhadap motif suspek memuat naik video dengan kata amat jelik serta menghina TMJ.

"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Ayob Khan turut menasihatkan masyarakat agar tidak menyalah guna media sosial dengan memuat naik video dengan kata-kata jelik, apatah lagi bersifat menghina.

"Polis Johor akan ambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menyalah guna media sosial," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adm7 12-7-2021 04:14 PM
Apa cerita peyno agaknya?
Quote primarikey 12-7-2021 04:19 PM
Xde penyakit cari penyakit
Quote me12345 12-7-2021 04:24 PM
Buat benda tak berfaedah...cari pasal
Quote Skuau 12-7-2021 04:26 PM
rakyat Johor sendiri ke???
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 04:44 PM
hihihihiih play stupid games win stupid prizes.
Quote Minami2013 12-7-2021 04:47 PM
Boboi
Quote nesloice 12-7-2021 04:55 PM
harimau kentut apa cerita
Quote doubleharmonic 12-7-2021 06:12 PM
Quote None68 12-7-2021 06:13 PM
Attention seeker nak cari peluang jumpa TMJ ker?
Quote doubleharmonic 12-7-2021 06:15 PM
Quote doubleharmonic 12-7-2021 06:16 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/CPFkSp8pYiJ/[/ig]
Quote doubleharmonic 12-7-2021 06:17 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/CO-hotBJRAj/[/ig]
Quote doubleharmonic 12-7-2021 06:18 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/COfDRjUJ5nL/[/ig]
Quote dua_chzy 12-7-2021 06:20 PM
Celaka la kerabat diraja dan penjilat kerabat tak guna semua ini.
Quote doubleharmonic 12-7-2021 06:20 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/B75Padolw-3/[/ig]
Quote haruslah 12-7-2021 06:20 PM
Ape hal nye tu
Cm x puas ati je

Ape2 kita pipit kena sedar diri
Quote doubleharmonic 12-7-2021 06:23 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/COo0HUTpmUr/[/ig]
Quote MissVixen 12-7-2021 06:43 PM
Pahang lagi teruk kena... Tapi jarang dengar kena tangkap.
Quote c===8 12-7-2021 06:44 PM
Bekas budak kelas corot kot ni

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.141502 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top