CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Berang Petugas Perubatan Ralit Berkaraoke Enggan Layan Pesakit C19

12-7-2021 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4048| Komen: 20

Satu video menunjukkan seorang petugas ‘terlalu leka berkaraoke’ sehingga tidak melayani pesakit Covid-19 yang datang untuk dirawat di sebuah pusat kesihatan awam menjadi tular dalam media sosial.


Berdasarkan maklumat diperoleh Tribunnews, kejadian itu berlaku di pusat kesihatan awam Bogor, Jawa Barat.


Ketua daerah Bogor, Ade Yasin (tengah). - AGENSI

Beberapa petugas di pusat kesihatan tersebut didakwa enggan melayan pesakit yang disahkan positif Covid-19 menyebabkan berlaku ketegangan antara petugas dengan keluarga pesakit itu.

Ketua pusat kesihatan itu, Situ Udik mengesahkan insiden itu dan memaklumkan pihaknya sudah memberi amaran keras kepada petugas terlibat.

Katanya, kesemua pertugas itu masig melayani pesakit dan mereka hanya berkaraoke menggunakan YouTube.

“Tiada set karaoke di pusat kasihatan kami, mereka hanya buka YouTube dan menyanyi menggunakan mikrofon yang digunakan untuk panggil nama pesakit.


“Saya sudah pun beri amaran keras kepada mereka supaya tidak ulangi kesilapan itu dan kami mohon maaf,” katanya.

Sementara itu, Ketua Daerah Bogor, Ade Yasin menegaskan setiap petugas perubatan perlu cepat dan efisien dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit Covid-19 memandangkan situasi sudah semakin teruk di negara ini.

“Kita kena bertindak pantas supaya pandemik ini cepat berakhir. Tanggungjawab petugas perubatan amat besar, maka, perlulah digalas dengan penuh kesabaran serta keikhlasan,” ujarnya.


Sumber: Utusan

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 12-7-2021 01:27 PM
teringat video jomi jola marah staf hospital sebab tido kat bilik belakang time kerja.
Quote Xim 12-7-2021 02:24 PM
nakkomenjugak replied at 12-7-2021 01:27 PM
teringat video jomi jola marah staf hospital sebab tido kat bilik belakang time kerja.

Dah ke penjara dia skrg kan...dgn mata pun dah x brp nk nmpk sbb diabetis....
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 02:30 PM
Xim replied at 12-7-2021 02:24 PM
Dah ke penjara dia skrg kan...dgn mata pun dah x brp nk nmpk sbb diabetis....

Haah. Dah bercerai, binik mintak nafkah. Mesti bersorak gumbira staf yang pernah kena marah dengan heols tu.
Quote Babai 12-7-2021 02:33 PM
nakkomenjugak replied at 12-7-2021 01:27 PM
teringat video jomi jola marah staf hospital sebab tido kat bilik belakang time kerja.

Sispa jomi jola? Kejadian kat mana?
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 03:09 PM
Babai replied at 12-7-2021 02:33 PM
Sispa jomi jola? Kejadian kat mana?

Bekas pelakon kat yendon sana. Jadik gabernor tapi ditangkap sebab rasuah. Jap aku pun tak reti camne nak link video dia marah staf hospital sebab tido time keje tu. Sat [youtube]BVTCvMN1-4M[/youtube]
Quote Babai 12-7-2021 03:45 PM
nakkomenjugak replied at 12-7-2021 03:09 PM
Bekas pelakon kat yendon sana. Jadik gabernor tapi ditangkap sebab rasuah. Jap aku pun tak reti ca ...

Yang lelaki tu ke?
Quote Babai 12-7-2021 03:47 PM
nakkomenjugak replied at 12-7-2021 03:09 PM
Bekas pelakon kat yendon sana. Jadik gabernor tapi ditangkap sebab rasuah. Jap aku pun tak reti ca ...

Apa nama betul si jomi jola tu?
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 03:48 PM
Babai replied at 12-7-2021 03:45 PM
Yang lelaki tu ke?

Yupppp. Yang pakai baju kelabu tu
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 03:50 PM
Babai replied at 12-7-2021 03:47 PM
Apa nama betul si jomi jola tu?

entahhh. idok lerrr teman tahu nama pelakon2 yendonn sana
Quote Babai 12-7-2021 04:17 PM
nakkomenjugak replied at 12-7-2021 03:50 PM
entahhh. idok lerrr teman tahu nama pelakon2 yendonn sana

Dia dulu gabenor kat mana?
Quote None68 12-7-2021 06:16 PM
Masuk politik x corrupt x sah..
Quote Xim 12-7-2021 06:29 PM
Babai replied at 12-7-2021 03:47 PM
Apa nama betul si jomi jola tu?

Tu dkt tajuk video utube tu nama betul dia....
Quote Xim 12-7-2021 06:30 PM
nakkomenjugak replied at 12-7-2021 02:30 PM
Haah. Dah bercerai, binik mintak nafkah. Mesti bersorak gumbira staf yang pernah kena marah dengan ...

Pernah try cari kat forum mcm xde plak org bukak cite psl dia....
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 07:13 PM
Xim replied at 12-7-2021 06:30 PM
Pernah try cari kat forum mcm xde plak org bukak cite psl dia....

tak relevan kot kihkihkih
Quote supernaturalee 12-7-2021 08:54 PM
nakkomenjugak replied at 12-7-2021 03:09 PM
Bekas pelakon kat yendon sana. Jadik gabernor tapi ditangkap sebab rasuah. Jap aku pun tak reti ca ...

Body sedap
Herlok plk tu

Quote orglama 12-7-2021 10:12 PM
Zumi zola...pernah berlakon sinetron yg populer di tanahair suatu ketika dulu dgn agnes monica dgn irwansyah
Quote brego 13-7-2021 03:04 AM
kat sumatera aman2 saja, especially dari tengah sampai ke barat.
life macam biasa saja, takde lagi yang terbaring tepi jalan raya,
mereka buat kobid ni macam takde benda. kesian virus kubid
Quote Cik_jantung 13-7-2021 07:43 AM
Tula kena beringatt ... Tegur sket2 dah la.. biar berpada
Quote noor2 13-7-2021 07:53 AM
nakkomenjugak replied at 12-7-2021 03:09 PM
Bekas pelakon kat yendon sana. Jadik gabernor tapi ditangkap sebab rasuah. Jap aku pun tak reti ca ...

Patutlah mundur. ..datang Malaysia juga kuat menipu. ..pemalas

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.304806 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top