CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Angkara Dendam Sosej Dimakan Tanpa Izin, Lelaki Meringkuk 4 Tahun

12-7-2021 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2055| Komen: 8

Seorang lelaki kini menghabiskan empat tahun usianya di balik tirai besi akibat dendam lama kerana sosej.

Matthew Evans , 36, menyerang rakan sekerja yang dikatakan memakan sosejnya tanpa izin, lima tahun lalu.



Kredit foto: Hertfordshire Constabulary

Dia menikam mangsa kerana masih berdendam dengan tindakan rakan sekerjanya itu.

Evans menikam perut dan mengelar wajah mangsa dengan sebilah pisau sebelum melarikan diri dalam kejadian 5 Januari lalu.

Mahkamah Luton Crown mendengar hujah tertuduh mendakwa mangsa mencuri makanannya pada 2016.

Namun serangan itu bukan kali pertama dilakukan Evans, lapor HertsLive.

Selepas kejadian itu mereka tidak lagi bertemu namun pada hujung 2020 mereka terserempak.

Pendakwa Raya, James Onalaja memaklumkan mahkamah Evans ada menceritakan pergaduhan tercetus akibat sosej gulung yang dimakan mangsa.


Pergaduhan kemudian berlaku sehingga tertuduh mengambil tukul dan menghayunkan kepada suspek.

Namun hayunan itu terkena teman wanitanya, kata Onalaja.

Mangsa kemudian mengambil tukul berkenaan dan menghayunkan semula kepada tertuduh untuk mempertahankan diri.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 12-7-2021 01:25 PM
Sedap sgt ke sosej tu smpi 5 tahun simpan dendam
Quote nakkomenjugak 12-7-2021 01:26 PM
erkkkk... dah kenapaaaa.. sosej dari sorga ke tu? ke ada benda lain trigger..?
Quote Orix 12-7-2021 03:50 PM
Kawan dia pun perangai cm setan adoii la.
Quote dekmieDandy 12-7-2021 05:08 PM
ouuu aku dok travel jauh bayang sosej lain
Quote AyaqMeloSuam 12-7-2021 07:01 PM
Sosej tu mesti pemberian tersayang pastu mesti lps makan sosej smbil ejek2.. membuli la sama.. tu yg dendam kemain...
Quote imanda 12-7-2021 08:50 PM
AyaqMeloSuam replied at 12-7-2021 07:01 PM
Sosej tu mesti pemberian tersayang pastu mesti lps makan sosej smbil ejek2.. membuli la sama.. tu yg ...

tu laa mesti ada sebab smp bdendam kesumat gitu. mgkin itu satu2 mknn yg dia ada ms tu. mgkin la. atau obses mcm bts meal tu hihi
Quote sekngucing 12-7-2021 09:27 PM
aku pun dendam nak attack colleague pompuan opis. lama

nak. tuang asid ke. muka dia
Quote I.K.A888990 13-7-2021 12:24 AM
ni masuk penjara nnt kau hadap la byk2 sosej dlm tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.065474 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top