New York: Seorang isteri sanggup meminta bayaran tambahan jika suaminya makan berlebihan. Itu sikap kedekut melampau seorang wanita demi memastikan wang simpanan mereka tidak terjejas.
Malah, Becky Guiles, 41, tidak kisah menggunakan salji untuk menggosok gigi. "Saya sentiasa hidup dan berjimat," katanya yang tinggal bersama suami Jay, 39, serta dua anak lelaki George dan Colden. Dia berkata, sebaik melahirkan George, dia meninggalkan perniagaan yang dijalankan kerana mahu membesarkan anak. Jadi dia mempunyai falsafah iaitu menyimpan wang adalah sama penting seperti mencari wang.
Becky menggelarkan dirinya sebagai 'ibu paling jimat di Amerika Syarikat' dan pernah menjana pendapatan AS$35,000 (RM166,677) setahun sebelum ini dengan menawarkan khidmat melatih anjing. Pada tahun pertama, dia mengurangkan banyak perbelanjaan untuk menampung pengurangan pendapatan. Dia juga turut membaiki sendiri peralatan rumah seperti lampu, meja dan menggunakan surat khabar terpakai sebagai bahan kalis bunyi. Segala ubah suai di rumahnya juga dibuat sendiri tanpa mengupah kontraktor. Malah, salji yang diambil di halaman rumah juga digunakan untuk mencuci. "Air daripada sinki juga meningkatkan kos jadi saya ambil salji di luar rumah untuk digunakan. "Anda boleh ambil apa saja di dunia ini dengan anggaran 80 hingga 90 peratus untuk digunakan, malah ada yang boleh digunakan percuma," katanya. Suaminya, Jay juga akan dikenakan bayaran jika memakan makanan lebih daripada yang sepatutnya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Tinot7 replied at 12-7-2021 11:02 AM
Nak suruh suami diet le tuhh
ninja9 replied at 12-7-2021 11:56 AM
yap nak suruh diet.. lemak bergentayangan sebenarnya pembuziran .. tak perlu pun lemak berlebih tu ...
NonaNaga replied at 12-7-2021 12:04 PM
aku ada kenal kawan ...laki nya bagi belanja makan RM10 sehari jer....kalau dia makan lebih dari tu ...
NonaNaga replied at 12-7-2021 12:04 PM
aku ada kenal kawan ...laki nya bagi belanja makan RM10 sehari jer....kalau dia makan lebih dari tu ...
ADVERTISEMENT