CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China Gesa Israel Henti Roboh Rumah, Usir Penduduk Palestin

11-7-2021 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2184| Komen: 14

China konsisten dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan hak mereka yang sah.

Pendirian itu disuarakan wakil misi China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Jiang Duan ketika berucap dalam sesi ke-47 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Jumaat.


Jiang menyifatkan konflik antara Palestin dan Israel sejak kebelakangan ini suatu yang amat menyedihkan.


Gambar hiasan

Selain mengutuk tindakan kekerasan menyasar rakyat jelata, beliau menggesa Israel bertindak mengikut resolusi dipersetujui PBB bagi menjamin hak dan kepentingan sah rakyat Palestin.

Israel turut digesa berhenti merobohkan rumah dan mengusir penduduk Palestin, menghentikan projek peluasan petempatan Yahudi, serta menamatkan sekatan ke atas Gaza secepat mungkin.

Sementara itu, Jiang menyeru masyarakat antarabangsa berusaha mengukuhkan gencatan senjata antara kedua-dua pihak, memperbaiki situasi kemanusiaan di Gaza, meneroka pendekatan untuk membina kepercayaan ke arah memulihkan rundingan damai melalui "penyelesaian dua negara" berdasarkan garis sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.


Ujarnya, China bersedia bersama masyarakat antarabangsa terus menyumbang kepada pewujudan keamanan sacara menyeluruh, adil dan berkekalan di Asia Barat seawal mungkin. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 11-7-2021 04:20 PM
Adakah panji hitam dari timur tuh ekceli caina?
Quote sidewinder 11-7-2021 04:26 PM
kikikikiki.....china ngan israel plus minus jaa.....china dgn kes uyghur....israel plak dgn palestine
Quote Ciktiekus 11-7-2021 04:54 PM
Tu lah..kes uyghur pn xsetel lagi..
Quote nakkomenjugak 11-7-2021 05:18 PM
erkkkkk you got your own shid in your own backyard, chinoooo. tu pun tak setel lagi
Quote mclaren 11-7-2021 05:24 PM
Rasanya China ni akan do everything yang go against USA now.

Sebab USA sokong Israel so dia pun just oppose je lah.

Race for the world's superpower position.
Quote otai_g 11-7-2021 05:26 PM
Mulia plk china ni menyokong palestin. Tp takat ckp mulut je sp nak heran. Kalo berani hntr la torpedo satu
Quote ChildrenOfBodom 11-7-2021 05:28 PM
China amik kesempatan untuk jadi hero dan dapat pengaruh dari negara arab/ isele dalam isu ni, meanwhile in xinjiang it's worse than Palestine
Quote ctaz 11-7-2021 05:49 PM
ala setakat nak konar baring dari isu laut china selatan la tuuuuu

bila si penipu menasihati si penyanggak



puiii
Quote Skuau 11-7-2021 06:41 PM
saya hanya melihat apa yg berlaku di tanah air...bagaimana liciknya dorang ni....
Quote silencekiller 11-7-2021 07:10 PM
ummah Palestin kaa Palestik kaa tak seteruk ummah uyghur di xinjiang sana... tiba2 China acah2 nak jadi juara hak asasi manusia.... hak org lain pun depa dok langgaq ke hulu ke hilir termasok ceroboh hak negara2 lain...

Tapi lobai2 kaa LobaiNita yg mmg akai 3 suku ni ke sana ke sini hanya nampak Israel ka apa kaa dek kerna daya pemikiran depa lemah... sebab China tadak dalam quran, bila depa tindas ummah uyghur diam membisu.... tapi ummah Palestin kaa Palestik kaa masing2 jadi nak jadi juara wpun hasil sampah tapi acah2 Isle dah menang...
Quote naina 11-7-2021 07:33 PM
Hanya ummah ereb yang keras kepala saja yang berani berperang menentang musuh even tanpa senjata. Kalau tengok Rohingya dan ughyur tak dapekla..peperangan ni sesuai untuk bani ereb saja.
Quote Firenzza 11-7-2021 07:35 PM
At least ada jg wakil cina mualaf rosiko kan nyawa masuk hntr bantuan kt palestin, nak hrp lobai yg mmg sah2 duta taraf muntri timur tengah, idok le dia nak hantar bantuan, hantar doa pun dh cukup katanye.....
Quote mawardia 11-7-2021 07:51 PM
Setan pun confused dgn dua ekor nih
Quote Rainrein 11-7-2021 08:08 PM
Sembang jah tanah besar nih. Ko sendiri pun jahat kottt.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.063025 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top