CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padam Posting Ziarah Pak Lah, Annuar Musa 'Koyak'?

11-7-2021 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4759| Komen: 32

Description: Sekumpulan netizen melahirkan rasa marah, kecewa dan tidak berpuas hati terhadap Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini.
Sekumpulan netizen melahirkan rasa marah, kecewa dan tidak berpuas hati terhadap Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa semalam.

Ia susulan perkongsian Annuar menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan isterinya, selain menjamu makan tengah.


Bagaimanapun, selang beberapa lama selepas ciapan di Twitter, Annuar memadam perkongsian itu akaun media sosialnya diserang tanpa henti oleh netizen yang mendakwa tindakannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan (PKPD) ketika ini.


Kredit foto: Twitter/The Star

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau dan isterinya mengambil peluang menziarahi  Abdullah dan Tun Jeanne Abdullah di kediaman bekas perdana menteri itu di Kuala Lumpur.

Namun, netizen mula menyoal apakah Annuar bersama isterinya melakukan ziarah ketika negara sedang berhadapan dengan ‘total lockdown’ .


Ada netizen meminta Annuar supaya menunjukkan teladan lebih baik kepada umum.

“Walaupun anda tidak pandai, sekurang-kurangnya jadilah teladan yang baik,” kata seorang netizen.

Rata-rata melahirkan rasa tidak puas hati sudah berkurung terlalu lama. Namun, golongan atasan boleh pula sesuka hati mengingkarinya.

“Anda bernasib baik kerana dapat berkunjung. Bagi yang lain, mereka tidak dapat mengunjungi ibu bapa dan sanak saudara mereka.

“Oleh kerana anda bercakap tentang makan tengah hari, adakah anda sudah melawat kawasan (parlimen) anda? Adakah orang di sana cukup makan?” tulis netizen.

Sebelum ini, Annuar pernah dikritik kerana berjoging dengan dua orang lain dari rumah berbeza, beliau juga pernah berdepan kontroversi apabila menyertai acara jamuan makan walaupun ketika itu ianya dilarang. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 11-7-2021 01:49 PM
Da bape kali buat..pastu xde pape tindakan..sembang sop apa lanjo sume tu utk rakyat biasa tempatan je kan..kayangan2 dgn pendatang asing bebas je..ptuihhhh
Quote nakkomenjugak 11-7-2021 01:57 PM
at this point, diorang ni saje je nak flex power deme and its benefits.
Quote Rogue98 11-7-2021 02:01 PM
Menteri PNtat....
Quote LadyCarefree 11-7-2021 02:09 PM
Masih tunggu pasal orang tengah kuarantin rentas negeri tiada kena apa malah dipuja.
Quote Skuau 11-7-2021 02:10 PM
Sian Pak Lah...nak halau dia.....pon tableh...kang dia 'bawa' penyakit pulak....ke tmpt orng...bkn boleh nmpak.
Quote miszclassique 11-7-2021 02:28 PM
I mmg tak suka dia ni start dari masalah dekat MARA... Segala carutan i dah carut kt dia ni, i benci dia ni bawah sikit je dari level i tak suka si ponorogo tu {:freak
Quote lesprincesse 11-7-2021 02:29 PM
Rasakan. Geram pulak aku tgk politikus ni semua. Harap PDRM terus saman sebab sendiri yg up status
Quote mikasa 11-7-2021 02:30 PM
Try rakyat biasa buat macam tu..laju pihak berkuasa buat kerja..

Nak ziarah pun pandai2 nak cover..

Ini laa org kata pandai tak leh ikut
Quote Truefeelings 11-7-2021 02:32 PM
Nak kesian die sebab pangkat tua atuk2 tapi ntah la. Takkan tak bole pk kot
Quote clarizsa 11-7-2021 02:34 PM
Khinzir kan menteri2 ni
Hepi2 berziarah tayang2 summore di kala ummah merhen menjeruk rasa lama terperap terkongkong
Quote syamzana 11-7-2021 02:36 PM
kan main ko ye...siap lunch bagai. pastu beria upload bagitau seantero malaysia yg ko langgar sop. mmg ramai otak ditapak kaki ye politician malaysia skrg ni.
Quote Tinot7 11-7-2021 02:59 PM
Nnt ada la kluar berita, akaun kena hack..
Quote exclusive_vvip 11-7-2021 03:22 PM
aritu kes jogging tu, dia jugak kan? yg kengkonon terserempak lalu bergambar tu? Ke i salah org eh..
Quote tipahketipung 11-7-2021 03:24 PM
Edited by tipahketipung at 11-7-2021 07:54 AM

Koh koh koh... @testly

Quote CtMaryam123 11-7-2021 03:52 PM
Nak suruh Pak Lah jadik PM kah tu? atau pujuk KJ sokong PN?
Quote imransulaiman 11-7-2021 04:36 PM
clarizsa: Khinzir kan menteri2 niHepi2 berziarah tayang2 summore di kala ummah merhen menjeruk rasa lama terperap terkongkong


Memang khinzir hutan perangai dorang! Siput baby betul!
Dahlah tak bijak, ditayangkan pula kepada semua!
Quote rayray28 11-7-2021 04:44 PM
dah nape time2 covid gigih nk ziarah org?
Quote rayray28 11-7-2021 04:45 PM
LadyCarefree replied at 11-7-2021 02:09 PM
Masih tunggu pasal orang tengah kuarantin rentas negeri tiada kena apa malah dipuja.

wowwww sapooo..turun bg bantuan ke
Quote cmf_almondpecan 11-7-2021 05:00 PM
exclusive_vvip replied at 11-7-2021 03:22 PM
aritu kes jogging tu, dia jugak kan? yg kengkonon terserempak lalu bergambar tu? Ke i salah org eh..

Dia la jugak. Kali ni mungkin tengah berjogging tiba2 terserempak rumah paklah dan secara tak sengaja makan kat situ.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.585752 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top