Seorang penjaga tandas di Bandar Serang, Banten, Indonesia lebih rela ditahan di lokap selama 24 jam kerana tidak mampu membayar denda akibat kesalahan tidak memakai pelitup muka. Portal Kompas melaporkan, Boni Hamzali, 30, dari Kaliwadas, Bandar Serang ditahan melakukan kesalahan itu oleh pihak berkuasa ketika dia melalui Jalan Maulana Hasanudin, Pasar Lama, Kota Serang pada Rabu.
Oleh kerana tidak mampu membayar denda sebanyak 100,000 rupiah (kira-kira RM29), dia akur apabila perlu ditahan di lokap. "Bagaimana saya mahu membayar denda 100,000 rupiah itu, hendak makan sehari saja sudah susah. "Saya kerja sebagai penjaga tandas saja," kata Boni selepas selesai menjalani perbicaraan di Alun-alun Barat Kota Serang, pada Rabu. Menurut Boni, tiada ahli keluarga yang dapat membantunya membayar denda itu.
"Tiada, keluarga juga tiada wang. Mereka juga susah, jadi bagaimana mahu membantu saya," katanya. Boni diiringi petugas ke balai polis Bandar Serang untuk menjalani hukuman itu. Sementara itu, Ketua Polis Bandar Serang, Kusna Ramdani berkata, seramai 39 orang ditahan kerana melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP). "Salah seorangnya ditahan di lokap kerana tidak mampu membayar denda," katanya. Sumber: Harian Metro
|
Tinot7 replied at 9-7-2021 10:00 AM
Dolu2 ada dgr polis habaq, ada org sanggup curi duit singgit sbb nak masuk lokap. Sbb kat dlm tu, tm ...
Skuau replied at 9-7-2021 10:23 AM
mungkin tu jugak indon berhabis nk msk secara haram ke Msia...lolos boleh 'hidup'..kena tangkap po ...
Tinot7 replied at 9-7-2021 10:55 AM
Hidup marhaen sana berbeza dgn kat sini pada pendapat iols. Hidup depa ramai2 susah.. kat sini, ka ...
Skuau replied at 9-7-2021 11:38 AM
sampai sini...bukan main berlagak juga indon.tu...
ADVERTISEMENT