CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Penawar' Covid-19 Dirampas

7-7-2021 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1994| Komen: 4

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merampas 101 kotak produk yang didakwa berupaya merawat jangkitan Covid-19 secara kendiri bernilai RM2,500 dalam satu serbuan di sebuah premis di Petaling Jaya pada Khamis lalu.


Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, produk berjenama ‘Lianhua Qingwen Jiaonang’ disyaki tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan merupakan rampas kali kedua ke atas produk itu selepas Oktober tahun lalu.


101 kotak produk yang didakwa berupaya merawat jangkitan Covid-19 secara kendiri yang dirampas. - Foto FB JKNS

”Produk yang tidak berdaftar ini telah didakwa berupaya merawat jangkitan Covid-19 secara kendiri dan dikhuatiri akan mendatangkan kesan-kesan sampingan yang buruk terhadap kesihatan sekiranya digunakan berterusan tanpa pemeriksaan rawatan perubatan dari pengamal perubatan berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Dr Sha'ari berkata, siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan, pemilik premis tersebut boleh dikenakan hukuman iaitu denda tidak melebihi RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, JKNS menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati sewaktu membeli apa-apa produk kesihatan dan kosmetik yang dijual secara dalam talian serta memastikan produk kesihatan dan kosmetik yang dibeli di pasaran mematuhi keperluan undang-undang yang dikuatkuasakan.

Orang ramai boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.moh.gov.my/ atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 7-7-2021 12:09 PM
Hat ni ka?
Quote mclaren 7-7-2021 12:20 PM
Rasanya biar je lah mereka2 ni nak makan apa pun.

Biasanya yang sanggup ambil ubatan macam ni ialah those yang tak prefer pergi hospital and  tak percaya doktor2 konvensional ni.

So if apa2 mudarat pun mereka akan sanggup tanggung sendiri sampai mati. Bila sekat2 rampas macam ni, myla mengamuk dan buka thread berderet2 nanti kat sini. Biar je lah asalkan bahagia
Quote LadyCarefree 7-7-2021 12:42 PM
mclaren: Rasanya biar je lah mereka2 ni nak makan apa pun.Biasanya yang sanggup ambil ubatan macam ni ialah those yang tak prefer pergi hospital and  tak perca ...


Tu la. Lantakkan je. Cuma masalahnya kalau dah sakit sibuk ke sepital kejaan. Menyusahkan staff kkm dan perabis resources rakyat.
Quote ufc214 7-7-2021 01:16 PM
Cuba la kaji,.  Malas la doktor nak kaji...tp bila semua ok... doktor tak de kerja pulak..nak makan ape, kereta merc kena byr bulan2

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.057732 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top