CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Kilang Panik Dengar 'Siren' Bukan Lari Dari Serbuan

7-7-2021 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3610| Komen: 32

Description: Video tular mendakwa sekumpulan pekerja sebuah kilang di Seksyen 22 yang melarikan diri daripada serbuan tidak benar sebaliknya situasi berkenaan berlaku disebabkan pekerja terbabit panik akibat bunyi ...
Video tular mendakwa sekumpulan pekerja sebuah kilang di Seksyen 22 yang melarikan diri daripada serbuan tidak benar sebaliknya situasi berkenaan berlaku disebabkan pekerja terbabit panik akibat bunyi siren yang berpanjangan di kilang tersebut pada Selasa.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya mengesahkan kejadian dipercayai berlaku antara jam 4.30 hingga 5 petang itu bukan kerana operasi atau serbuan pihak penguatkuasa.


Tular video di media sosial mendakwa sekumpulan pekerja kilang melarikan diri daripada serbuan pihak berkuasa.

"Siasatan awal dijalankan mendapati berlaku kegagalan fungsi 'alarm' kebakaran, dan difahamkan pihak syarikat dalam proses pemeriksaan sistem pendawaian, bunyi 'alarm' menyebabkan ramai pekerja jadi panik dan lari keluar takut ada kebakaran.

"Kilang ini difahamkan baru sahaja diambil alih oleh sebuah syarikat, memandangkan syarikat ini masih baru iaitu lebih kurang sebulan ramai pekerja dan pengurusan belum di dedahkan dengan ilmu latihan kebakaran seperti tempat berhimpun dan 'evacuatian plan'," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.


Pada Selasa, tular di media sosial video memaparkan sekumpulan pekerja kilang memanjat pagar sebuah kilang.

Rata-rata netizen mendakwa situasi tersebut berlaku disebabkan adanya serbuan pihak berkuasa di kilang terbabit.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 7-7-2021 01:39 PM
Motif nak lari bila dgr bunyi siren...korang dh buat salah ye???
Quote MoonRise 7-7-2021 01:47 PM
susah benor nak percaya statement tu
Quote wirazam 7-7-2021 01:53 PM
Skuau replied at 7-7-2021 01:39 PM
Motif nak lari bila dgr bunyi siren...korang dh buat salah ye???

Kannn...lintang pukang lari..mcm
Quote nononcrux 7-7-2021 02:04 PM
hahaha lawak la
Quote asfaz 7-7-2021 02:06 PM
Kat sekolah dulu bukankah ada latihan kebakaran ?
Quote kucingitam 7-7-2021 02:07 PM
Skuau replied at 7-7-2021 01:39 PM
Motif nak lari bila dgr bunyi siren...korang dh buat salah ye???

takut mati terbakar
Quote mbhcsf 7-7-2021 02:08 PM
serbuan tidak benar ....nice frasa tu

hahahahhaahahahaha hilarious.....
Quote kualibesi 7-7-2021 02:27 PM
pusing selagi boleh pusingggggg oiiiiiii
Quote nora_balqis 7-7-2021 02:37 PM
Edited by nora_balqis at 7-7-2021 02:39 PM

kilang nie tak ada safety officer ker? kalau ada ptt staf dah tau tindakan masa kecemasan. sebulan tue kire lama gak lah..bnda yg awal2 kena bgi briefing pasal kecemasan.

ptt klu kebakaran berkumpul jer kat assembly point.nak panjat pagar kenapa? atau ada udang disebalik mee
Quote nakkomenjugak 7-7-2021 02:44 PM
iyeeeeee ke kebakaran?
Quote Kurex 7-7-2021 03:12 PM
Malas aku nak percaya
Quote Akuler 7-7-2021 03:39 PM
bodohnya percaya, dah tentu2 kilang2 semua ada latihan kebakaran, tau kt mana nk berkumpul bla bla bla. mana datang panjat pagar bila dengar siren??????
Quote Ismacun 7-7-2021 03:45 PM
Coverlah selagi boleh .. x heran lah Selangor boleh jd 3k++ kes hr2...
Quote mejaputih 7-7-2021 03:59 PM
eh takkan lari nk selamatkan diri dari kebakaran sampai panjat pagar??? nmpk sgt nk lari dari penguatkuasa...
Quote ang_bess 7-7-2021 04:04 PM
Membongak sangat. Jika kebakaran berlaku cukup berkumpul kt kawasan yg ditetapkan. Kira orang dulu. Ni semua semberono keluar.
Quote syamzana 7-7-2021 04:07 PM
iyer la sangat
Quote dodolgemok 7-7-2021 04:31 PM
Yo lah tu siren kebakaran
Quote laksmanabentan 7-7-2021 04:54 PM
yooo la tuhhh...
kalau betul latihan kebakaran, xde pun dengar bunyi siren dalam video tu... bunyi siren sayup2 pun okay la....

kalau latihan kebakaran pun, mana ada orang beriya bla camtu... mesti laa dia org berkumpul kat kawasan selamat kannn...
Quote awanearisu 7-7-2021 04:57 PM
siren kebakaran sudah tentu ada ruangan kecemasan untuk berkumpul. perlu ke sampai memanjat pagar serupa drama di kaca tv.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.055504 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top