CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Pengantin Wanita Mengamuk Diceraikan Usai Akad Nikah

7-7-2021 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3345| Komen: 13

Description: Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik seorang pemuda menceraikan isterinya sebaik sahaja diijab kabul, lapor portal berita TribunJateng.com hari ini.
Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik seorang pemuda menceraikan isterinya sebaik sahaja diijab kabul, lapor portal berita TribunJateng.com hari ini.

Rakaman itu diberi judul ‘Pemuda di Bima ceraikan isteri beberapa minit selepas ijab kabul, keluarga pengantin perempuan terus mengamuk.’


Dalam klip video itu, kelihatan si suami  enggan menandatangani surat nikah  selepas ijab kabul selesai. Dia sebaliknya berdiri dan melafazkan talak kepada isterinya.


PENGANTIN lelaki diserang keluarga pengantin perempuan kerana menceraikan isterinya selepas selesai pernikahan. - UN DERCOVER.ID

Perbuatan pemuda tersebut menyebabkan keluarga pengantin perempuan hampir pitam. Insiden itu juga menyebabkan keluarga pengantin lelaki dan pengantin perempuan bergaduh.

Keterangan yang disertakan bersama rakaman itu menyebut bahawa lelaki itu menikahi gadis yang sedang berbadan dua dan dia enggan bertanggungjawab.Bagaimanapun, dia tetap dipaksa untuk melangsungkan pernikahan tersebut.


Lelaki itu tetap hadir dalam majlis pernikahan itu dan menjalankan ijab kabul. Namun, dipercayai akibat  diselubungi  perasaan kecewa,  dia terus menceraikan isterinya.

“Hari ini, aku talak Yati,” katanya dalam bahasa Bima.

Tersentak dengan perbuatan tersebut, keluarga pengantin perempuan  langsung mengamuk dan bertindak menyerang lelaki itu.

Apa yang berlaku seterusnya tidak dapat dipastikan kerana video itu berakhir dengan keduaa-dua keluarga bergaduh.



Lokasi kejadian belum dapat dipastikan tetapi beberapa netizen berkata, insiden itu berlaku di Sumbawa, Kepulauan Sunda Kecil, manakala pengantin lelaki dikatakan berasal dari  Kampung Kalampa dalam Kecamatan Woha.


Sumber: Kosmo!

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AyaqMeloSuam 7-7-2021 01:04 PM
Perantin tu peknen anak siapa agk? Llaki tu pak sanggup kah @ dkamben itamkan?
Quote Artemesiaa 7-7-2021 01:09 PM
Berani betul buat macam tu masa majlis tengah  berlangsung mana tak angin semuanya
Quote pxlbb 7-7-2021 01:12 PM
Kalau bener laki tu pak sanggup dan dipaksa kawin juga mmg padan muka family pompuan {:good
Quote Decaffeinated 7-7-2021 01:26 PM
"Lokasi kejadian belum dapat dipastikan..."

Kualiti journalism zaman copy and paste. Senangnya hidup kan.
Quote noell 7-7-2021 01:38 PM
bahasa bima neh bahasa hapa??bahasa bima sakti ultraman avengers batman ka camna?
Quote awanysss 7-7-2021 02:26 PM
rasanya masa aku kecik pernah dengar cerita camni.. tp kat malaysia.. nismilan kot
sbb bapak pengantin ppuan mintak hantaran tinggi sgt, tanak nego.. laki tu kerja keras sampai ke singapore ke keje kutip sampah gitu la.. lepas je akad, dia terus ceraikan binik dia..
dia buat semua sbb dendam.. maybe nak malukan keluarga tu kot..
Quote nakkomenjugak 7-7-2021 02:49 PM
anak sape cewek tu hamil duluan??
Quote batmana 7-7-2021 02:53 PM
pakse mcmana tu? apa kene tala pistol glock 23 atau senapang patah kt sebelah ke apa?

klu rasa teranaiya, tak payahla hadir majlis tu, apa susah sgt?..

taula ,  yg keluarga pakse tu  pn mmg tk adil, tapi tak perlula buat cmni, malukn famili dorg aja
Quote pxlbb 7-7-2021 03:26 PM
awanysss: rasanya masa aku kecik pernah dengar cerita camni.. tp kat malaysia.. nismilan kotsbb bapak pengantin ppuan mintak hantaran tinggi sgt, tanak nego.. l ...



Psycho juga laki tu. duit habis sbb dendam. Baik la guna modal cari keje kat europe dpt pulak awek kokesen independent tak minta hantaran
Quote I.K.A888990 7-7-2021 04:04 PM
anak dia ke anak org lain.
mcm2 twist cerita ni
Quote tokchik 7-7-2021 05:26 PM
pxlbb: Psycho juga laki tu. duit habis sbb dendam. Baik la guna modal cari keje kat europe dpt pulak awek kokesen independent tak minta hantaran

Cerita kt tiktok
Semua Kos ditanggung Oleh pihak perempuan. Siblelaki dah lama berpacaran
Tau2 dah berisi Dan dia dipksa bertanggung jawab swdangkan katanya bukan dia yg membuntingkn gadis tu
Quote syaz_lina 7-7-2021 05:41 PM
Aneh2 indon ni..otak letak kt lutut ke apa
Quote Suchi 7-7-2021 06:10 PM
Mana bideo nya nak gak tahu lagu mana bahasa bima sakti ituu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.054356 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top