CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Henti Bantuan PPE, Atu Dan Isteri Kumpul Dana Urus Jenazah Keluarga Susah

7-7-2021 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2292| Komen: 4

Description: Sering ditanya tentang bantuan, isteri kepada pelawak Atu Zero iaitu Shafeeqa Johari berkata, mereka terpaksa berhenti memberi sumbangan berikutan wang simpanan yang semakin susut.
Sering ditanya tentang bantuan, isteri kepada pelawak Atu Zero iaitu Shafeeqa Johari berkata, mereka terpaksa berhenti memberi sumbangan berikutan wang simpanan yang semakin susut.


Shafeeqa, 34, berkata, keadaan kewangan mereka hanya untuk perbelanjaan keluarga berikutan suaminya sudah dua bulan tidak bekerja disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.


Kredit foto: mstar


"Sebelum ni kami gunakan simpanan peribadi kami untuk projek PPE dengan harapan virus akan memulih secepat mungkin.

"Jadi bila sekarang nak teruskan bantuan lagi kali ni dah tak ada duit lebih. Simpanan yang ada hanya cukup untuk kami sekeluarga sahaja.

"Sekarang fikir nak survive dikala PKP, Atu pun job tak boleh nak buat, shooting pun masih tak dibenarkan, " ujarnya kepada mStar.

Sebelum ini, Atu dan isterinya aktif menghulurkan bantuan dalam menyediakan Pakaian Perlindungan Peribadi (PPE) kepada petugas barisan hadapan.

Kredit foto: mstar


Biarpun tidak aktif memberi sumbangan, mereka masih lagi prihatin dalam mengumpul dana membantu keluarga yang tidak mampu menguruskan jenazah.

"Sementara tunggu Atu dapat kerja... sambil-sambil kami bagi bantuan uruskan jenazah untuk masyarakat di Kudat, Sabah.


Kredit foto: mStar


"Kami usaha mengumpul dana membeli kit jenazah seperti kain kapan dan sebagainya.

"Maklumlah, kat sana bukan semua ada kad pengenalan yang boleh tuntut bantuan dari kerajaan, ” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 7-7-2021 12:18 PM
aku ingat cikki tudung mana la pelok tok nuaq jen rupanya si atu..

btw gen rambut curl ni kuat btul smpai mnurun ke anak2
Quote LadyCarefree 7-7-2021 12:41 PM
Takpela urusan keluarga dulu didahulukan.
Quote cek_yah 7-7-2021 09:24 PM
Xdapat duit, tenaga..
Quote cupu 7-7-2021 09:58 PM
1 je nak ckp dia ni bagus sgt...so,betul la pepatah inggeris tu. Dont judge a book from their cover.. Sblm pkp solat subuh pun bjemaah dkt surau/masjid okeh... Malu rs diri ni wlupun aku ppuan dan xwajib pun kemasjid.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.043972 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top