Penyanyi Siti Nordiana menyokong inisiatif kempen bendera putih sebagai usaha murni memandangkan segelintir masyarakat berasa segan untuk meminta bantuan walaupun dalam kesusahan.
Pemilik nama sebenar Siti Nordiana Alias, 37, turut menyifatkan tindakan itu adalah salah satu ikhtiar memandangkan ramai yang kini berdepan kesukaran hidup akibat Perintah Kawalan Pergerakkan 3.0 yang dilaksanakan negara. "Memang ramai sekarang tertekan dan saya rasa kempen bendera putih merupakan satu usaha dan ikhtiar untuk meneruskan kehidupan sebab kita tahu ada yang segan nak cakap mereka dalam keadaan susah. "Jika mereka naikkan bendera putih, mungkin ada jiran-jiran yang perasan dan boleh bantu mereka... kadang-kadang kita tahu orang malu nak meminta-minta.
"Kalau kita tahu mana-mana kawan kita yang dalam kesusahan, kita cuba bantu mereka. Saya pun ada Skuad Prihatin Siti Nordiana yang dijalankan bersama ahli kelab peminat yang mana kami akan tolong mereka yang terkesan sepanjang tempoh ini," katanya ketika dihubungi mStar.
|
nakkomenjugak replied at 1-7-2021 12:39 PM
Iols dont mind kempen2 gini tapi rakyat bangsarddd yang kaut rezeki orang kat food bank macam nak ba ...
ADVERTISEMENT