CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Tumpang Stor Kedai Kawan Harap Bantuan Tempat Tinggal

30-6-2021 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7367| Komen: 79

Sepasang suami isteri terpaksa tinggal di dalam stor sebuah kedai di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Ke-sedar) Chalil di sini selepas tidak mampu menyewa rumah sejak lima tahun lalu.


Farhana Ibrahim, 27, bersama suaminya, Mohammad Faizal Mohd Hashim, 32, yang belum dikurniakan cahaya mata menumpang teduh di stor milik rakan sekampungnya sejak mereka berkahwin.

Katanya, dia tidak mahu menumpang rumah ibu bapanya kerana ramai adik-beradik lain yang sudah berkeluarga tinggal di situ.



“Sebelum ini, saya menyewa stor berkenaan namun tuan kedai bersimpati dan memberi kami tinggal secara percuma.

“Kehidupan kami sekeluarga umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Suami hanya mengambil upah kerja kampung dan mengait kelapa sawit dengan pendapatan RM500 sebulan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Farhana berkata, stor yang dibina daripada kayu dan zink itu sememangnya tidak selesa ke-rana di ruangan yang sama kami turut tidur dan makan.


Tambahnya, dapur dan bilik air juga sudah uzur selain berlantaikan tanah.

“Kami sudah memohon bantuan rumah generasi kedua daripada Kesedar, namun sehingga kini masih belum menerimanya.

“Kami berharap ada pihak yang dapat menghulurkan bantuan tempat tinggal,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Amran Arifin ketika dihubungi maklum mengenai kesempitan hidup mereka dan berjanji akan menyalurkan bantuan kepada pasangan suami isteri itu.


Sumber: Kosmo  

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orion_pax 30-6-2021 02:02 PM
Sepatutnya puan farhana dan mohammad faizal berdoa.. dan terus berdoa..sebab itu adalah saranan berbas daripada nik abduh @ bodoh yang  telah dipilih sebagai ahli parlimen bachok serta menjawat jawatan sebagai pengerusi KESEDAR..
Quote Ciktiekus 30-6-2021 02:03 PM
Bangunan zakat je berapa juta tesergam indah..tp sedihnya masih ada rakyat yg susah..
Quote glump 30-6-2021 02:13 PM
Pasangan ni nampaknya tidak pandemic pun hidup sukar..seolah penduduk area tu memang pendapatan lebih kurang begitu ,sama2 dalam kesukaran.di Mana pendapatan mereka lebih rendah dari pendapatan PATI..wife dia mengandung ke..meh lah merantau kerja kat estate rumah di sediakan, pendapatan boleh lebih tinggi .
Quote JohnyEnglish 30-6-2021 02:54 PM
klu kes sebegini mesti tunjuk muka bini je.muka laki x pnh nmpk
Quote isseliparjepun 30-6-2021 03:02 PM
Suami pun tidak berkemampuan menyediakan tempat tinggal jika begitu. Salah 1 syarat kahwin bukan ke berkemampuan. Moga adik ni dan suami tu pergilah ke pejabat zakat dan pergi pejabat adun, minta bantuan. Mujur juga belum dikurniakan cahaya mata, kena usaha tingkatkan kualiti hidup dulu.
Quote Artemesiaa 30-6-2021 03:09 PM
Dah lima tahun jadi ni kes sebelum covid melanda jadi pasti kesusahan mereka makin bertambah
Quote makadek 30-6-2021 03:10 PM
Gemok molekkk
Jaga la badan umur baru 27 ...
Molek la tk de anak...
Jgn kawin kalau miskin
Quote tagas 30-6-2021 03:14 PM
Edited by tagas at 30-6-2021 03:16 PM

Cam biasa muka bini jer yg nampak

laki nyorok bawah selimut

time nak main br muncul
Quote dua_chzy 30-6-2021 03:22 PM
Kalau miskin tapi nak juga berkahwin berkeluarga,

kena redho hidup umpama tahun 1970an.
Quote otai_g 30-6-2021 03:37 PM
Mercedez lbh penting.
Quote irish_ieka 30-6-2021 03:41 PM
aku terpikir kite ni dok la bayar zakat pendapatan la zakat fitrah la. tp bile time nk apply zakat bapakkkkk susahhhhh. nak dokumen itu ini nak kelulusan pak pengerusi masjid la bilal la whatsoever. eh heloooo kalau org dlm kesusahan emergency ayah nak meninggal perlu dana yg pantas dan tuntas mana sempattttt nak buat tu semua ko tahu ke tidakkk ko lulus SRP ke tidakkkk. last skali aku fedup aku mintak tlg family je kumpul dana sorg sikit. persoalannye duit zakat tu utk ape ?
Quote jazaa100 30-6-2021 03:46 PM
glump replied at 30-6-2021 02:13 PM
Pasangan ni nampaknya tidak pandemic pun hidup sukar..seolah penduduk area tu memang pendapatan lebi ...

Betul.....

Keja estate, rumah disediakan...segala kemudahan ada....ank pi sekolah pun di sediakn transport.....

Mgkin ramai tak tau peluang yg ada....
Quote bakingsoda 30-6-2021 03:50 PM
pejabat agama mmg tak tapis dulu jate yg gatal kote nak menikah ni mampu ke idokkk nak sara anak orang? orang kawin, ko nak kawin, pastu laki bini menempel rumah parents lagi! tak pasal2 parents tu bertambah beban.
Quote mclaren 30-6-2021 04:21 PM
Semalam kandang kambing. Hari ni stor kawan.

Macam2 kesusahan

Tapi yang semalam tu tak cukup makan dan ikat perut. Yang ni... mungkin bab makan cukup. Tapi tempat tinggal je isu
Quote slavehunter 30-6-2021 04:23 PM
makadek replied at 30-6-2021 03:10 PM
Gemok molekkk
Jaga la badan umur baru 27 ...
Molek la tk de anak...

Itu ker Farhana nye 27 tahun? Ermmmm sedih la...
Quote Babai 30-6-2021 04:23 PM
Senangnya tengok ramai gak orang yang main minta2 macam tu je bila nak rumah. Kita ni nak berumah bertahun2 berusaha keras.
Quote mclaren 30-6-2021 04:24 PM
bakingsoda replied at 30-6-2021 03:50 PM
pejabat agama mmg tak tapis dulu jate yg gatal kote nak menikah ni mampu ke idokkk nak sara anak ora ...

Nanti tak bagi, mula tuduh nak galakkan penzinaan. Padahal Allah pesan banyakkan berpuasa sunat dan beribadat untuk elakkan melakukan maksiat.

Lepas tu quote pulak zaman nabi dulu kat rumah sahabat punya lah miskin ada 3 butir kurma je, boleh je nikah zaman tu.
Quote makadek 30-6-2021 04:25 PM
slavehunter replied at 30-6-2021 04:23 PM
Itu ker Farhana nye 27 tahun? Ermmmm sedih la...

Tk de kesedaran ...nk menguruskan badan..
Quote jahcomel 30-6-2021 05:30 PM
Muda lg ...usaha lh sdri...

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.063982 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top