CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Single terbaharu Tewas, Farahdhiya pilih berkolaborasi dengan penyanyi Korea?

27-6-2021 12:24 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3846| Komen: 16



Penyanyi dan pelakon sensasi, Farahdhiya, 37, memilih untuk berkolaborasi dengan artis kelahiran Korea, DL menerusi single terbaharu berjudul Tewas.

Wanita kelahiran Sarzana, Itali itu berkata, dia memang menantikan kehadiran single baharu. Kali terakhir merakamkan single Tegar yang juga lagu runut bunyi drama Dendam Cinta Arissa, tahun lalu.

"Apa yang unik mengenai single Tewas ini adalah liriknya mempunyai tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Korea. Bagaimanapun, rakaman dibuat secara berasingan.

"Memandangkan bahasa Korea agak asing buat saya, saya perlu memastikan sebutan yang betul. Untuk itu, saya berguru dengan DL sebelum rakaman menerusi panggilan video.

"Alhamdulillah, rakaman berjalan lancar dan kami masih menunggu waktu yang sesuai untuk melancarkan single Tewas ini," katanya kepada BH Online.

Berkongsi bagaimana tercetusnya kolaborasi, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Bertakhta Di Hati itu berkata, segala urusan dibuat oleh syarikat label, COF Music yang menerbitkan single Tewas.

"Saya dan DL belum pernah bertemu, memandangkan rakaman dibuat secara berasingan. Saya dimaklumkan, DL menetap di Kuala Lumpur berikutan bapanya bertugas di sini.

"Saya terima tawaran ini kerana tertarik dengan melodi lagu yang agak berbeza dengan genre saya sebelum ini. Selain berentak rancak, ia juga mempunyai elemen Timur Tengah.

"Mengikut perancangan, COF Music mahu membawa single Tewas ke pasaran Korea. Ia tentunya sesuatu yang baik untuk perkembangan kerjaya nyanyian," ujarnya.




Sumber : Berita Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zack8hunter 27-6-2021 12:42 AM
sangkut terus dgn oppa kt sana
Quote makneng 27-6-2021 12:49 AM
Teringat kata2 tok tan... Apa single2 ni.. Ekau penyanyi kena ada album bukan single.. Gittew..
Quote dudaberhias 27-6-2021 12:52 AM
Edited by dudaberhias at 27-6-2021 12:58 AM

penyanyi Kpop tu iols boleh agak dah sape...

mesti ahjieb hyun min A...

tu bukan kpop dik tu Kelantan Pop atau Ketereh Pop atau Kubang Pasu Pop/Kubang Kerian Pop...

takpun duet dengan che ta jadi Kokdiang Pop

Quote Kurex 27-6-2021 01:02 AM
Runcing dagu. Skali imbas macam ipa rajiah
Quote Star_el 27-6-2021 01:02 AM
DL who?
Kalau tinggal kt KL ni kira penyanyi Korea gak ke? Melainkan merujuk kepada warganegara Korea la kan, bukan kepada industri seni di Korea lol
Quote dudaberhias 27-6-2021 01:06 AM
Star_el replied at 27-6-2021 01:02 AM
DL who?
Kalau tinggal kt KL ni kira penyanyi Korea gak ke? Melainkan merujuk kepada warganegara Kor ...

DL tu Hyun Min A ke kaka?
Quote Star_el 27-6-2021 01:32 AM
dudaberhias replied at 27-6-2021 01:06 AM
DL tu Hyun Min A ke kaka?

Taktau, dlm artikel atas tu yg tulis nama penyanyi tersebut DL, kelahiran Korea tapi menetap di KL. Tak pernah jumpa rupanya, recording separate, dah macam catfish Iak  jk
Quote BungaTepiMeja 27-6-2021 03:08 AM
Oo dia memang lahir kat italy rupanya.. Ingat just mix mat saleh lahir sini
Quote nakkomenjugak 27-6-2021 03:36 AM
DL? Down low?
Quote Tinot7 27-6-2021 11:11 AM
Semoga dipermudahkan urusan
Quote I.K.A888990 27-6-2021 03:58 PM
harap hensem la oppa tu nnt
Quote sleepandream 27-6-2021 06:33 PM
tengok gambar sheols naik moto tu besar jugak peha sheols....
Quote codenamedream 27-6-2021 06:45 PM

DL menetap di Kuala Lumpur berikutan bapanya bertugas di sini.

Selain berentak rancak, ia juga mempunyai elemen Timur Tengah.

Mengikut perancangan, COF Music mahu membawa single Tewas ke pasaran Korea.

Tingginya cita-cita tapi, Nak bawa lagu ala2 Timur tengah , duet with nobody berdarah Korea ke pasaran Korea.
Quote ImpianSeroja 28-6-2021 10:12 AM
Ok la tu dah lama x keluar lagu
Quote Napansahut 28-6-2021 03:26 PM
dudaberhias replied at 27-6-2021 12:52 AM
penyanyi Kpop tu iols boleh agak dah sape...

mesti ahjieb hyun min A...

Hahhaha..tak jadi aiii nak bersin baca komen u ni
Quote watatakut 28-6-2021 03:41 PM
Star_el replied at 27-6-2021 01:02 AM
DL who?
Kalau tinggal kt KL ni kira penyanyi Korea gak ke? Melainkan merujuk kepada warganegara Kor ...


ntah2 mariyam duriankimci


Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.076225 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top