CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bomba Ingat Kebakaran, Rupanya Bomoh Buat Ritual Sihir

26-6-2021 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 62781| Komen: 373

Cahaya api yang dilihat jiran daripada sebuah unit kondominium di Persiaran Bukit Gambir, Gelugor di sini membongkar kegiatan seorang lelaki dipercayai melakukan pemujaan awal pagi Selasa lalu.

Difahamkan jiran berkenaan yang pada awalnya menyangka ia kejadian kebakaran segera menghubungi bomba kira-kira pukul 1.55 pagi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan berhubung kehadiran cahaya seperti kebakaran di tingkat 31 tersebut.


Kredit foto: FB

Beliau berkata, apabila pasukan bomba tiba, pihaknya mendapati tiada sebarang kebakaran yang berlaku.

“Pemeriksaan bersama polis di sebuah unit mendapati ada bau asap dari rumah tersebut dan kita membuka pintu dengan peralatan khas menyelamat.

“Sebaik pintu dibuka, terdapat seorang lelaki berumur 23 tahun disyaki sedang melakukan aktiviti pemujaan dan tiada sebarang kebakaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Beliau berkata, kes berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan pada operasi itu, pihak berkuasa menemui pelbagai peralatan bagi aktiviti pemujaan seperti patung dan lilin serta beberapa gambar pasangan dipercayai bagi ritual berkenaan.


Loading FB Post...

Sementara itu, insiden itu tular di media sosial hari ini selepas video dipercayai dirakam dari unit berdekatan yang memaparkan tindakan seorang lelaki seolah-olah sedang melakukan upacara pemujaan dalam cahaya api dikongsi pengguna. 


Sumber: K! ONLINE
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Adrif

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Makcik.Kiah 26-6-2021 05:39 PM









Quote Makcik.Kiah 26-6-2021 05:41 PM








Quote Makcik.Kiah 26-6-2021 05:42 PM
Edited by Makcik.Kiah at 26-6-2021 05:50 PM






Quote mawarika 26-6-2021 05:42 PM
wey.... takutnya.. kejamnya....
Quote Makcik.Kiah 26-6-2021 05:43 PM
[fbv]4341377149258978[/fbv]
[fbv]4341377279258965[/fbv]
Quote Suchi 26-6-2021 05:43 PM
Ada jumpa fb salah org yg dlm gambar tu, ermmm berkesan ke ilmu dia ni?
Ramai gak client, india pun ada.
Memang dia ke tok momoh nya atau hanya pembantu?
Quote white_musk 26-6-2021 05:43 PM
Lokasi kejadian?
Quote Makcik.Kiah 26-6-2021 05:48 PM
Edited by Makcik.Kiah at 26-6-2021 05:49 PM

Bukit Gambir




Quote white_musk 26-6-2021 05:50 PM
Gilalah orang penang mengapa semuanya suka berbomoh?
Quote noor2 26-6-2021 05:56 PM
Nak pisahkan hubungan orang ke...dah orang x nak sudahlah. ...main paksa2 main bomoh pulak
Quote cmf_premierleag 26-6-2021 06:01 PM
white_musk replied at 26-6-2021 05:50 PM
Gilalah orang penang mengapa semuanya suka berbomoh?

bukan penang kebangga saja
sedangkan sskjp kardashial kelantam pun suka berbomoh2..siap mengaku lg pi jmpe bomoh
tp malu2 nk mengaku..lps tu kemain melatah kat porem
maklumlah...selama ni dia kemain mendonia dgn landen paris swaroski milan jadah tu sume..ujung2 mengadap mak esah juga rupanya
Quote cmf_premierleag 26-6-2021 06:02 PM
apa ke low class la bomoh ni
akak tgk pun mcm x yakin jah
berkesan ke ilmu heshe tu
ke acah2 je jd bomoh sbb nak income di kala pkp nih
Quote cmf_premierleag 26-6-2021 06:05 PM
mana2 pemilik gambo muka memasing dlm kes ni tu, bolehlah hangpa semua jmpe tokmoh ni pastu terajang je dia sekuat hati hangpa smpi dia lunyai
oh ada hati ye nak bomohkan depa
mampos la ko..dahla IC ko siap ada alamat
eh eh...kampung gelam,tok uban PASIR MAS laaaa
sama kampung dgn jahudi lopak clanz rupanya
patutla low class
Quote white_musk 26-6-2021 06:07 PM
cmf_premierleag replied at 26-6-2021 06:01 PM
bukan penang kebangga saja
sedangkan sskjp kardashial kelantam pun suka berbomoh2..siap mengaku l ...

ummah sarambi makkah juga suka berjumpa dengan bomoh?
Jika dikeluarkan otak akak dari kepala dan memasukkan semula juga akak tidak boleh memikirkan bagaimana ummah sarambi  suka berjumpa bomoh

siapa nama ummah itu dik?
akak takut juga jika dia bomohkan akak

Quote Makcik.Kiah 26-6-2021 06:08 PM
Disangka rumah terbakar, rupanya lelaki 23 tahun disyaki lakukan pemujaan
Dewi Nur Harasha Alias Jun 26, 2021 18:00 MYT



GEORGE TOWN: Cahaya api yang disangka akibat kebakaran berjaya membongkar kegiatan seorang lelaki yang dipercayai melakukan aktiviti pemujaan di sebuah unit kediaman di Persiaran Bukit Gambir, Gelugor di sini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 1.55 pagi Selasa lepas.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan berhubung kehadiran cahaya seperti kebakaran di tingkat 31 bangunan tersebut.

Menurut kenyatan itu, pihak bomba menerima laporan daripada penduduk di situ yang memaklumkan ternampak cahaya seperti api yang menyangka berlaku kebakaran lalu segera menghubungi bomba.

Sebaik tiba di unit kediaman berkenaan pihak bomba mendapati tiada sebarang kebakaran yang berlaku.

Bagaimanapun, pemeriksaan bersama polis di situ mendapati bau asap dari rumah tersebut dan bomba membuka pintu dengan peralatan khas menyelamat.

"Sebaik pintu dibuka, terdapat seorang lelaki berumur 23 tahun disyaki sedang melakukan aktiviti pemujaan dan tiada sebarang kebakaran," kata kenyataan itu pada Sabtu.

Kes berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Semasa operasi itu, pihak berkuasa turut menemui pelbagai peralatan bagi aktiviti pemujaan seperti patung dan lilin serta beberapa gambar pasangan dipercayai bagi ritual berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Sementara itu, video dan gambar dipercayai dirakam dari unit berdekatan yang memaparkan tindakan seorang lelaki seolah-olah sedang melakukan pemujaan dalam cahaya api tular di media sosial hari ini.

Quote tripleid 26-6-2021 06:09 PM
OKT bani melayu ke
Quote cmf_premierleag 26-6-2021 06:10 PM
white_musk replied at 26-6-2021 06:07 PM
ummah sarambi makkah juga suka berjumpa dengan bomoh?
Jika dikeluarkan otak akak dari kepala dan ...

retis yg kawen dgn lobai tu la..yg sokmo langgar SOP tu
pastu siap mengaku mmg family suka jmpe bomoh
tp gigih x nak ngaku kat porem..ye le..malu seyyy...sbb selama ni landen paris milan je kan
alih2 jmpe bomoh??? low class sgt jahudi nih
Quote noor2 26-6-2021 06:11 PM
Umo 25...budak ni belajo mana jadi bomoh ni
Quote makneng 26-6-2021 06:12 PM
Hukaloh sskjp. Ngeri kali perangai mung.

Lihat semua komen(373)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.301454 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top