CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Atuk-atuk' Paling Ramai Ambil Pil Viagra Semasa Lockdown

26-6-2021 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2618| Komen: 4

Lebih ramai lelaki di Britain berusia melebihi 80 tahun termasuk seorang datuk berusia 102 tahun mengambil pil Viagra sepanjang pelaksanaan perintah berkurung Covid-19  bagi menambah baik kehidupan seksual, lapor akhbar The Sun semalam.


Tahun lepas sahaja,180,000 preskripsi pil seperti Viagra diberikan kepada lelaki berusia dalam lingkungan 80-an, manakala  hampir 5,000 biji lagi diambil mereka yang berusia 90-an.

Data dikeluarkan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) itu turut menunjukkan bahawa pil Viagra turut digunakan oleh lelaki berusia 99, 100 dan 101 tahun.


Gambar hiasan

Ini sekali gus menyumbang kepada statistik peningkatan jumlah preskripsi pil berkaitan masalah ereksi yang meningkat sebanyak 42 peratus dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. 

Secara keseluruhan, sebanyak 4.4 juta preskripsi seumpama itu telah diberikan pada tahun lepas yang bernilai £21.3 juta (RM122.9 juta).


“Saya tidak terkejut melihat ramai lelaki yang berumur lebih 80 tahun menggunakan Viagra untuk mengekalkan kehidupan seksual yang normal.

“Dalam dunia yang dipenuhi dengan perkara-perkara berkaitan seksual ini, warga emas berada dalam keadaan tertekan untuk mengikuti trend semasa,” kata seorang profesor sosiologi dari Universiti Kent, Frank Furedi.

Data NHS itu adalah termasuk semua preskripsi yang dikeluarkan oleh para pengamal perubatan am di England bagi membantu pesakit menangani masalah ereksi.


Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mohamad134 26-6-2021 04:36 PM
Dari pengeluar no 1 paling dibenci para penganut anti-vaxx dan teori konspirasi.. semestinya Pfizer
Quote whimsicalmusic 26-6-2021 09:24 PM
Trend semasa?? Kehidupan seksual more like keperluan batin kot
Quote green~tea 26-6-2021 09:27 PM
Memang la atok2 je ambil mende gini.. abe2 muda mana perlu "bantuan" hayat pun.. eksesais running 5-10 km konsisten pun dah cukup utk jaga stamina
Quote nakkomenjugak 27-6-2021 04:12 AM
curlasstttttt {:run

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.062591 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top