Kes ajaran sesat kembali menjadi topik hangat apabila seorang pemimpin sebuah yayasan di Kota Bandung mengaku sebagai Rasul ke-26. Lapor Kompas.com, kes terbongkar selepas sebuah video berdurasi sembilan saat dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram yang memaparkan orang ramai mengunjungi yayasan itu di Cijawura, Buahbatu.
Video itu juga menulis keterangan warga Geruduk mengunjungi tempat pendidikan agama yang menyebarkan ajaran sesat di Cijawura. Unit Siasatan Jenayah Polis Bandung, Adanan Mangopang mengesahkan perkara itu. Katanya, pihaknya menahan lapan orang penting di yayasan itu bagi siasatan lanjut serta mengelakkan ketegangan dalam kalangan penduduk. Sumber: Utusan
|
nakkomenjugak: Dapat ilmu dari mana ni? alam sebalik mata? alam bazrah? alam brazzer?
ADVERTISEMENT