CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Duit Berlakon Tak Berkat? PU Azman Jawab

25-6-2021 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4023| Komen: 10

Menyedari ada persoalan yang ditimbulkan mengenai keberkatan hasil berlakon atau apa jua bidang melinatkan seni hiburan, penceramah bebas dan pelakon, Cik Man menegaskan ia perlu dilihat daripada banyak aspek.


Menurut Cik Man atau sebelum ini dikenali dengan panggilan PU Azman, perkara tersebut subjektif untuk dikupas namun tidak menolak harus dilihat pada apa jenis bayaran yang diterima seseorang itu berdasarkan beberapa faktor.

Foto: IG


“Pendapatan dalam dunia hiburan ini, soal keberkatan itu urusan Allah SWT. Kalau misal kata, dia dibayar dengan melakukan sesuatu perkara yang haram, contoh situasi, sebelum ini pelakon itu berhijab, kemudian dia buka tudung sebab diminta dan dibayar kerana watak, itu yang bermasalah.


“Berlakon jangan sampai melakukan apa yang dilarang dalam agama. Tetapi saya percaya banyak aspek yang harus dilihat jika nak sebut soal ini,”katanya.

Cik Man berkata demikian semasa ditemui dalam sidang media secara virtual bagi mempromosikan sitkom Bujang Tampan Selamba siaran TV9, hari ini.



Selain itu, Cik Man juga menjawab mengenai kecaman yang mungkin diterimanya setelah mula dilihat serius terbabit dalam bidang lakonan setelah sebelum ini memegang status ustaz.

“Pembenci ini ada di mana-mana. Kita pekakkan sahaja telinga tetapi itu tidak bermaksud saya tidak menerima kritikan. Bagi saya, dakwah itu boleh dibuat di mana-mana. Ada yang kata industri lakonan itu hitam, bagi saya kita sendiri yang kena tahu apa nilai yang hendak dibawa.

“Boleh saja bawa nilai murni, bergantung pada penerimaan pemain-pemain industri. Saya berlakon kerana minat dan dalam masa sama boleh juga berdakwah.



“Contoh, kalau berada di set, ada sahaja artis yang bertanyakan hal tentang agama, saya jelaskan dan terangkan. Secara halus kita boleh bina hubungan yang baik dengan pemain industri dan pecahkan tembok rasa malu atau apa sahaja pandangan orang tentang dakwah sebelum ini,”katanya.

Dalam pada itu, Cik Man yang selesa berlakon kini juga melahirkan rasa gembira kerana semakin ramai pengarah dan penerbit memberi kepercayaan dan peluang kepadanya untuk menggalas sesuatu watak.



Lebih menggembirakan, watak yang diberikan juga lebih luas dan terbuka serta tidak terarah pada watak ustaz semata-mata. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ImpianSeroja 25-6-2021 11:07 AM
Steady Cik Man...
Quote ajinomotonosuga 25-6-2021 11:31 AM
Good on u setad

Yg penting kita tahu apa kita buat!
Quote Purina 25-6-2021 11:47 AM
Aku suke cara dia mjawab n explain..
Xde la perasan bgus..
Suke tgok  proogram2 yg  ada dia ni..
Quote LadyCarefree 25-6-2021 02:06 PM
Semua benda pon boleh dijustifykan ikut memasing. Moslem makan babi pun ada dan siap petik ayat quran untuk justifikasi (muslim iran yg i kenal)
Inikan pulak benda yg dia sendiri buat dan dapat duit, haruslah boleh je.
Quote BoongaKertas 25-6-2021 04:39 PM
cara cikman dakwah sejenis tak annoying dan lebih dekat dgn anak2 muda. syabas cikman.
Quote airmineral 25-6-2021 04:40 PM
kalu boleh elak benda2 yg komplot dgn benda x baik, elakkan lah..
Quote I.K.A888990 25-6-2021 07:56 PM
suka dgr dia berceramah byk info dan nasihat yg bagus
berlakon pun byk gak skrg
Quote NekNgah 28-6-2021 09:35 AM
Cik Man ni sempoi, itu sebab ramai anak-anak muda suka.
Quote DayangKirana 28-6-2021 09:45 AM
hari tu tertengok rancangan masak2 time bulan puasa ngan Kak Elly...
Merah padam gak tgk Cik Man kena usik..
but Elly pon quite behave la jugak gediks nye..
but  thumbs up.. memang Cik Man sporting and steady. minat heols since then..
Quote maitang 2-8-2021 06:28 PM
semoga cik man tak hanyut dengan duniawi.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.151806 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top