CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Perasan Bagus, Tapi Leher Pun Aurat"- Ezlynn Tolak Job Drama

25-6-2021 09:56 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 2797| Komen: 5|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "Saya pernah dapat offer watak isteri. Dia tak kisah saya bertudung, cuma beri syarat untuk adegan dalam bilik tidur bersama ???suami", saya diminta mengenakan serkup kepala sahaja."



"Saya pernah dapat offer watak isteri. Dia tak kisah saya bertudung, cuma beri syarat untuk adegan dalam bilik tidur bersama ???suami", saya diminta mengenakan serkup kepala sahaja."

Biarpun dalam pandemik Covid-19 yang membuatkan artis hilang punca pendapatan, artis Ezlynn tetap yakin ada rezeki untuknya biarpun kekal bertudung.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Hi Hi Bye Bye itu mendedahkan pernah mendapat tawaran drama tetapi dengan syarat perlu memakai serkup kepala. Biarpun tidak mendedahkan rambutnya, Ezlynn, 40, tidak kesal menolak tawaran tersebut.


Foto :IG


Kepada portal Kosmo, Ezlynn turut tidak menolak tawaran jika boleh berhijab penuh.

"Bukan perasan bagus, saya terpaksa tolak secara baik. Saya tahu masih ada yang tak faham biarpun serkup tak nampak rambut, tapi aurat lain termasuk leher masih kelihatan. Jadi lebih baik pendirian ini saya tegaskan supaya tak susahkan pihak produksi nanti."


Foto : IG


Pernah berimej seksi satu ketika dahulu, Ezlynn sedar dirinya banyak kekurangan, jadi dia mahu berkongsi perkara yang baik dengan pengikutnya membuatkan dia memadam gambar-gambar lamanya. 

"Saya juga padam gambar lama, segan ingat kekhilafan lalu namun jika ada video atau gambar tak berhijab dalam medium lain, itu semua di luar bidang kuasa saya, janji Allah tahu saya sudah berubah."

Bagi Ezlynn, rezeki ada di mana-mana. Bakat berlakon dan menyanyi akan dimanfaatkan sebaik mungkin. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakgarang 25-6-2021 10:13 AM
la hari tu memanjang je rambut pelesu dgn album yg sendu.. now da tobat ke?
Quote Raline 25-6-2021 10:15 AM
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1257078&page=1#pid72828313


sula adaa oooo
Quote Kurex 25-6-2021 01:34 PM
Lembabnya kau azza
Quote hyie 25-6-2021 01:38 PM
semakin kita meningkat usia, automatik semakin kita mendekatkan diri dengan Tuhan. Takda benda yang nak dikejar pon kat dunia ni. Baguslah sheols ada pendirian.
Quote doubleharmonic 25-6-2021 01:50 PM
gigihnya nak censor gambar lengan dah kenapa? boleh jah cari gambar lain kan ataupun crop bagi nampak muka tu jah?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.052387 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top