CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak anjing selamatkan 5 sekeluarga daripada maut dalam kebakaran

25-6-2021 01:14 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3395| Komen: 23

Anak anjing diberi nama 'Anandaveli' menggigit pipi, telinga serta menarik rambut dan baju tuannya ketika api mula marak membakar rumah. - Gambar/ Bernama



IPOH: Kepantasan seekor anak anjing berusia lapan bulan yang diberi nama 'Anandaveli' menggigit pipi, telinga serta menarik rambut dan baju tuannya telah menyelamatkan lima sekeluarga daripada maut dalam kebakaran di Teluk Intan awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi di rumah teres dua tingkat di Eastern Garden itu, seorang daripada mangsa kebakaran A. Vimala, 53, berkata beliau tersedar setelah tindakan anjing betina itu mengejutkannya daripada tidur dan mendapati api sedang marak di bahagian tengah rumah yang juga merupakan tempat sembahyang mereka sekeluarga.


"Pada mulanya saya separuh sedar, saya ingat tindakan Anandaveli itu adalah disebabkan kehausan jadi saya menyuruhnya untuk pergi ke dapur. Tetapi disebabkan Anandaveli terus menarik kaki saya dengan kuat, saya terjaga dan mula sedar kebakaran sedang berlaku di dalam rumah.

"Saya terus menjerit pada anak-anak saya iaitu Raaghi, 23, Prakash, 22, dan Vimalan, 18, untuk menyelamatkan diri dengan keluar daripada rumah," katanya kepada Bernama.

Mengulas lanjut, beliau berkata sejurus berada di luar rumah, didapati bahawa suaminya N. Marimuthu Naidu, 58, yang menghidap penyakit separa lumpuh masih berada di bilik belakang rumah tersebut ketika api sedang marak.

"Saya menyuruh anak bongsu saya Vimalan untuk menyelamatkan ayahnya. Vimalan dengan keberanian dirinya bergadai nyawa dengan meredah api kebakaran dan mendukung bapanya keluar dari rumah," jelasnya yang kini terpaksa menumpang berteduh di rumah ibu di Jalan Laksamana.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Terence Naidu berkata kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh 12 anggota dengan dua jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Teluk Intan pada kira-kira 6.30 pagi dan jumlah kerugian kebakaran dianggarkan bernilai RM50,000.

"Kami akan memberi bantuan kepada Vimala sekeluarga dalam bentuk wang kecemasan, makanan dan mendapatkan wang bantuan daripada dana bencana dari pejabat daerah. Kami juga akan cuba bantu untuk dapatkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dalam masa terdekat," katanya.



Sumber - BERNAMA
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsPercy 25-6-2021 01:24 AM
Good job anjing
Quote lavendernovella 25-6-2021 01:27 AM
Thats why anjing memang sesuai jadi guard kediaman. Setia dan berdedikasi dalam apa keadaan.
Quote I.K.A888990 25-6-2021 01:53 AM
syukur ada anak anjing tu. berjasa dia pada keluarga tu
Quote supernaturalee 25-6-2021 01:56 AM
Man's best friend

Kan fezrul hot khan


Quote sehirkedi 25-6-2021 02:50 AM
Omeinya anjing ni.. Bijak pulak tu. Bertuah ada anjing yg bagus macam ni.

Dulu makcik iols cerita. Dia goreng apetah kat dapur pastu dia tinggal jap. Ntah macam mana terlupa. Lepastu kucing dia mengiyau kuat.. Meow meow sambil pandang arah dapur.

Lepastu baru teringat yg tadi dia ada goreng sesuatu. Pergi tengok api dah menjulang sampai syiling. Nasib baik dia sempat padam. Habis dinding umah dan syiling rosak.
Quote pyropura 25-6-2021 03:42 AM
Sebab tu anjeng ada disebut dlm quran, kucing yilek.
Quote missinpiece 25-6-2021 03:58 AM
Hihi kucen kadang2 teruk benau ignorance dia. Kadang2 baby menangis kuat laju je pulak dia datang tengok2 macam makcik jemah.
Quote genUmi 25-6-2021 08:56 AM
depends la

kucing aku masa mula2 pkp dulu teruk dia mengiau luar blk ,  risau  tuan dia tak bangun nak pi kerja

dua tiga hari juga , mungkin  tengok paten tuan dia pagi2, dia pun dah tau tuan dia x gi kerja macam biasa

bulan puasa pun sama



anyway utk tidak ot

good job anjing
Quote Nurul8001 25-6-2021 09:08 AM
missinpiece replied at 25-6-2021 03:58 AM
Hihi kucen kadang2 teruk benau ignorance dia. Kadang2 baby menangis kuat laju je pulak dia datang te ...

Kucing parents saya memang ada sikit jemah. Padahal jantan.
Masa tu kitorang sembang politik, suara tinggi, biasalah, mana puas sembang politik kalo suara perlahan.

Dia tengah menjilat2 bibird, berhenti tengok2 kitorang. Saya toleh cakap ke dia, kitorang tgh sembang pasal Najib dgn Tun M. Dia mcm angguk, terus sambung jilat.
Quote Denco 25-6-2021 09:12 AM
kucing2 aku selalu kejut klu aku dah terlajak 6.30 subuh...aku syak 6.30 dorang dah kebulur sbb biasa  pagi sblm pg keje pkl 6 aku dh bagi makan
Quote Denco 25-6-2021 09:13 AM
genUmi replied at 25-6-2021 08:56 AM
depends la

kucing aku masa mula2 pkp dulu teruk dia mengiau luar blk ,  risau  tuan dia tak bangu ...

kucing pun sebenarnya tau rutin tuan dia...tu sbb kalau dah terlajak waktu dorang dah standby kat hujung katil

btw...good job anjing yg selamatkan tuan dia
Quote Buritan 25-6-2021 10:03 AM
pyropura replied at 25-6-2021 03:42 AM
Sebab tu anjeng ada disebut dlm quran, kucing yilek.

Hensem dan putih pulak hindu nii... awatlaa kande tak putih mcm ni
Quote missinpiece 25-6-2021 10:20 AM
Nurul8001 replied at 25-6-2021 09:08 AM
Kucing parents saya memang ada sikit jemah. Padahal jantan.
Masa tu kitorang sembang politik, sua ...

Sabar jela perangai
Quote Paiya 25-6-2021 12:50 PM
syabas  Anandaveli
Quote Artemesiaa 25-6-2021 01:01 PM
Tak sia2 ia dibela dah berjasa pada tuannya
Quote ciklahcuteII 25-6-2021 02:28 PM
kucingpun bgus..cuma.. kena tgk bgm kita ajar mrk.. kucing sku sblm subuh dh bgun.. bila aku buka pintu..ia dh tercongok depan pintu.. bkn mntk mkn.. tapi.. aku mmg suka bergurau dgnnya.. dia plk byk mainan.. paling suka main lambung bola, tudung pen, tali rafia, kertas dan tangkap semula.. sat agi semua termasuk bwh kereta..
kalau kami buat kerja kebun ke, adik aku baiki kereta atau buat garaje kreta, dia sibuk datang tolong.. tekan plastik bumbung(sb dia tgk mak aku tekan dan adik aku mmg suruh ..tekan..tekan.. ) ..atau cari skru skru utk adik aku..atau naik tangga hingga ke bumbung..sekali dgn adik aku..

Quote cmf_premierleag 25-6-2021 02:30 PM
supernaturalee replied at 25-6-2021 01:56 AM
Man's best friend

Kan fezrul hot khan

akak tgk hanjeng2 tu pun manja sama fezrul hot khan
pehtu fezrul belikan makanan hanjeng satu guni besar utk hanjeng2 tu
Quote cmf_premierleag 25-6-2021 02:31 PM
akak terasa nk bela hanjeng baka chow chow
mcm teddy bear gitu
Quote pyropura 25-6-2021 02:36 PM
Good gurlllllllll

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.284430 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top