CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekumpulan Individu Diburu Polis Kerana Curi Najis Lembu

24-6-2021 06:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2020| Komen: 8

Polis India memburu sekumpulan pencuri najis lembu yang melarikan lebih 800 kilogram (kg) bahan buangan tersebut dari sebuah perkampungan di negeri Chhattisgarh baru-baru ini, lapor portal berita MailOnline semalam.


Polis berkata, kumpulan tersebut melakukan kegiatan mereka pada waktu malam dengan memecah masuk ke dalam kawasan yang menyimpan najis lembu milik penduduk setempat dan mencuri tahi lembu yang bernilai kira-kira 1,600 rupee (RM89.80).


Beberapa negeri di India menggalakkan para petani di negara itu untuk menjual najis lembu bagi kegunaan pertanian organik. - John W. Poole/NPR

“Kami telah menyoal siasat beberapa suspek, namun tiada sebarang tangkapan dilakukan buat masa ini.

“Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan bagaimana suspek-suspek membawa najis lembu dalam kuantiti yang banyak serta tujuan mereka mencurinya.


“Siasatan masih dijalankan dan kami akan cuba sedaya upaya untuk mencari dalang di sebalik kegiatan ini,” kata pegawai polis tempatan, Harish Tandekar.

Kerajaan negeri Chhattisgarh membeli najis lembu daripada petani tempatan pada harga 200 rupee (RM11.20) bagi setiap 100 kg di bawah skim bagi menghasilkan baja kompos.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa negeri di India menggalakkan petani di negara itu untuk menjual najis lembu bagi kegunaan pertanian organik.

Selain itu, terdapat peningkatan permintaan bagi bahan buangan itu untuk menghasilkan produk mesra alam sekitar seperti pelita.

Beberapa penganut Hindu pula menggunakan najis dan air kencing lembu bagi tujuan perubatan dan amalan keagamaan.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 24-6-2021 06:45 PM
Mende berita kampung..tahi lombu banyak benih rumput
Quote I.K.A888990 24-6-2021 06:46 PM
adoi mcm2 hal sampai taik lembu pn sanggup
Quote Kurex 24-6-2021 07:01 PM
Ubat kulat hitam ke
Quote Skuau 24-6-2021 07:11 PM
Arap..xde la paksa lembu depa berak....
Quote lavendernovella 24-6-2021 07:13 PM
Buat bahan bakar memasak.
Quote Belibis 24-6-2021 07:41 PM
Skuau: Arap..xde la paksa lembu depa berak....

Tak payah paksa2.. bagi je makan kenyang,berak la dia.
Quote LadyCarefree 24-6-2021 11:02 PM
lavendernovella: Buat bahan bakar memasak.


Macam taik yak juga.
Quote matamata 24-6-2021 11:04 PM
CARI Reporter cawangan India

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.081195 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top