KUALA LUMPUR: Ibarat jatuh ditimpa tangga. Itu perumpamaan buat ibu tunggal berusia 45 tahun, Siti Suzanne Anton, yang pernah bertugas sebagai penganalisis di sebuah syarikat cari gali.
Lapan bulan lalu, dia kehilangan pekerjaan. Lantaran itu, kehidupannya terus berubah daripada seorang yang berkerjaya dalam golongan M40 kepada golongan susah di bawah kategori B40. Hanya berbekalkan bantuan zakat RM500, hidup perlu diteruskan bagi ibu tunggal lima anak ini meskipun tidak mendapat bantuan lain. "Ada masa (keadaan) saya memang teruk, tiada beras, dan lain-lain keperluan. Saya terpaksa bertanya di mana boleh dapatkan beras.
"Kalau kita buat hantaran di Facebook, meminta bantuan, biasanya ada pihak yang akan respons balik. Alhamdulilah ada yang bagi makanan. "Pernah dua tiga kali beras habis, duit pun tiada. Terpaksa tanya siapa yang ada beli beras," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di kediamannya di Petaling Jaya. Lima anaknya berusia 21, 17, 13, 11 dan 10 tahun, masing-masing masih bersekolah sementara anak sulungnya ketika ini menjadi pelatih di sebuah syarikat. Kisah Siti Suzanne mengusik hati penulis, pilu melihat bagaimana pandemik ini boleh mengubah kehidupan seseorang. Lebih meruntun jiwa, dia yang menghidap penyakit jantung mendahulukan wang yang ada demi memastikan makanan tersedia buat anak-anaknya dan bukan ubat-ubatan yang diperlukannya. "Saya mengalami serangan jantung (lapan bulan lepas), tetapi saya tidak beli ubat-ubat saya sebab tak mampu. Jadi, peruntukan untuk ubat saya tukar ke makanan anak-anak. Itu paling penting bagi saya. "Sebenarnya saya bergantung kepada ubat, saya sudah buat pembedahan masukkan belon di urat jantung. Jadi, saya mengharapkan ubat. "Tetapi buat waktu ini saya tak mampu beli ubat, kecuali ubat cair darah sahaja. Ubat lain saya tak mampu beli sebab agak mahal," kata Siti Suzanne lagi. Ketika menceritakan keadaannya, air matanya berlinang mengenang nasib anak-anaknya. Tekad mahu bangkit, Siti Suzanne terus berusaha mendapatkan pekerjaan meskipun lebih lapan kali permohonannya tidak berhasil. "Walaupun banyak saya mohon kerja, tetapi tiada rezeki. Memang sedih. Tiada sokongan. Dan memang saya tertekan juga. Mencari kerja sekarang tidak macam dulu. "Bagi saya, yang paling utama untuk dapat kerja, kemudian saya nak dapatkan hidup saya macam dulu. "Sebenarnya, semangat saya sudah tiada, tetapi anak-anak yang buatkan saya kuat semangat untuk lalui dugaan ini," jelasnya. Meskipun terpaksa melalui hari-hari sukar, Siti Suzanne tidak mendapat bantuan seperti golongan B40 kerana dia masih dikategorikan sebagai M40. Apa yang diharapkan, ada pihak yang dapat membantunya meringankan beban. Ini realiti kehidupan golongan M40 yang turut terkesan akibat pandemik COVID-19. Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Siti Suzzanne boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB miliknya bernombor 7629047415. -CARI Sumber: Awani |
kelapaparut replied at 24-6-2021 12:08 PM
ex penganalisis syarikat carigali..brp ye gaji sblm ni, xkan xde plan b langsung..anyway simpati jug ...
chandrahusin replied at 24-6-2021 12:12 PM
Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Siti Suzzanne boleh menyalurkan sumba ...
monreyes replied at 24-6-2021 12:11 PM
knp x sambung check up kat spital gomen...
jagalah kesihatan sama...
Makcik.Kiah replied at 24-6-2021 12:07 PM
Harapnya adalah forumer lelaki dalam forum ini yang bersungguh mencontohi Sunnah Nabi Muhammad saw m ...
Babai replied at 24-6-2021 12:13 PM
Aku pun nak tau juga. Kalau sampai level beras pun takde, itu dah tahap betul2 terdesak. Takkan du ...
insulin replied at 24-6-2021 12:17 PM
@brego
chandrahusin replied at 24-6-2021 12:12 PM
Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Siti Suzzanne boleh menyalurkan sumba ...
dua_chzy replied at 24-6-2021 12:19 PM
Aik, mungapa tak calonkan diri sendiri saja?
ADVERTISEMENT