Sebuah perkampungan di Jawa Tengah mempunyai satu kepercayaan aneh yang melarang penduduknya menjual nasi, lapor laman berita Suara.com hari ini. Penduduk kampung yang dinamakan Desa Penimbun itu mengamalkan pantang larang tersebut kerana dipercayai akan ditimpa musibah sekiranya menjual nasi kepada pelanggan.
Menurut kepercayaan mereka, pada zaman dahulu, terdapat seorang pengembara yang berjalan melalui kampung tersebut dan kerana kelaparan, dia meminta nasi daripada penduduk. Malangnya, Desa Penimbun pada waktu itu sedang dilanda krisis kebuluran sehinggakan tiada seorang pun penduduknya yang memberi nasi kepada pengembara berkenaan. Akibat marah, pengembara itu bersumpah dengan berkata bahawa generasi-genarasi akan datang di kampung itu dilarang menjual nasi dan jika ada yang berdegil, mereka akan ditimpa musibah.
Penduduk percaya, musibah tersebut adalah termasuk gangguan mental secara tiba-tiba atau meninggal dunia dalam keadaan yang aneh. Menurut Ketua Kampung, Desa Penimbun, Saijan, meskipun tidak menjual nasi, penduduk diwajibkan memberikan nasi secara percuma sekiranya ada orang luar yang datang ke restoran mereka. “Sebelum ini, memang ada kejadian seorang penduduk yang melanggar pantang larang itu. Dia secara tiba-tiba menjadi gila sehingga akhirnya meninggal dunia,” ujarnya. Meskipun tidak boleh menjual nasi, penduduk dibenarkan menjual makanan-makanan lain yang diperbuat daripada beras seperti ketupat dan lontong. Sumber: Kosmo
|
ellejo replied at 24-6-2021 09:18 AM
jahatnya pengembara tu.
org dah kebuluran ko nak mintak nasik. tak dapat ko sumpah tempat tu.
ellejo replied at 24-6-2021 09:18 AM
jahatnya pengembara tu.
org dah kebuluran ko nak mintak nasik. tak dapat ko sumpah tempat tu.
Tinot7 replied at 24-6-2021 09:25 AM
Bila dah hangry, mcm2 voley berlaku
Akibat marah, pengembara itu bersumpah dengan berkata bahawa ...
msdummy.2018 replied at 24-6-2021 09:36 AM
Pelik...sumpahan yg ni terbukti jadi..sumpahan kat pm xplak menjadi
stingeralexis replied at 24-6-2021 11:08 AM
Org org bentan dah boleh jjcm ke kota tinggi keww?
Sumpahan dah expire keww belum?
Tinot7 replied at 24-6-2021 11:18 AM
Tak tau... pi tanya depa la..
stingeralexis replied at 24-6-2021 11:19 AM
Kau org bentan takkan tak tahu?
ellejo replied at 24-6-2021 09:18 AM
jahatnya pengembara tu.
org dah kebuluran ko nak mintak nasik. tak dapat ko sumpah tempat tu.
ADVERTISEMENT