Akibat sering diejek tidak handsome, lelaki berusia 27 tahun berdendam dan tekad membunuh rakan sekerjanya di gudang kilang air mineral di Deliserdang, Sumatera Utara, Indonesia. Lelaki dikenali sebagai Z dikatakan berniat untuk membunuh rakannya, Rendy Alias Bagong kerana berasa sakit hati apabila sering diejek mengenai wajahnya yang dikatakan hodoh.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Sunggal, AKP Budiman Simanjuntak, kejadian berlaku ketika suspek bersama mangsa saling mengejek antara satu sama lain di tempat kerja mereka pada 19 Jun lalu. Gara-gara selalu dibuli serta tidak dapat menahan sabar, suspek didakwa menikam leher kawannya itu menggunakan sebilah pisau sebelum melarikan diri. Rakan mangsa yang melihat kejadian terus membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan, namun mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.
Walau bagaimanapun, usaha suspek untuk menyembunyikan diri tidak berjaya apabila pihak polis berjaya menahannya dan suspek bakal berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara jika didapati bersalah kerana membunuh. Sumber: OhBulan
|
Kurex replied at 23-6-2021 06:41 PM
Baca tajuk terus tau dari negara mana
highcastle replied at 23-6-2021 07:46 PM
Dulu ada terbaca kes mengamuk Jaafar Patolah di Pontian yg mengakibatkan 6 orang terbunuh katanya di ...
angelofish replied at 23-6-2021 06:51 PM
sayang nya di bunuh..kenapa tak curah je asid.biar menderita.
Terungkap motif pelaku melakukan pembunuhan kepada temannya.
Kata AKP Elvis, pelaku nekat melakukan hal tersebut karena kecemburuan sosial kepada korban.
Tersangka dan korban sama-sama bekerja di tempat penggilingan padi milik paman pelaku.
"Pelaku merasa sakit hati dengan mamaknya, yang memberikan kasih sayang lebih terhadap korban," jelas dia.
Tambah AKP Elvis, pelaku disangkakan dengan pasal 80 ayat 3 junto 351 ayat 3, dengan ancaman hukuman minimal 15 tahun penjara.
salmon-suki replied at 23-6-2021 09:03 PM
Xde pic ke y mengejek dan y diejek tu?ai nak compare kehenseman dorg
angelofish replied at 23-6-2021 09:38 PM
ai membayangkan gigi kedua dua nya ke depan
ADVERTISEMENT