CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tekanan Perasaan Bukan Mainan, Ella Bimbang Ramai Melayu Bunuh Diri

23-6-2021 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2633| Komen: 1

Ratu Rock negara, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin meminta semua supaya sentiasa membantu dan memberi sokongan terutamanya ketika negara sedang berhadapan pandemik Covid-19.

Ella berbuat demikian selepas terbaca satu laporan yang melaporkan sebanyak 266 kematian berpunca daripada bunuh diri direkodkan sepanjang tempoh Mac hingga Oktober tahun lalu.



Kredit foto: IG Ella

“60% penyumbang statistik adalah dari komuniti Melayu. Rasa kebimbangan dan kemurungan adalah sesuatu yang benar. Ini adalah pembunuh senyap.

“Tekanan perasaan bukan mainan, jangan perkecilkan keperluan anda atau sesiapa untuk mendapatkan sokongan dan bantuan,” katanya.

Menurut Ella, dia juga berpesan kepada semua untuk sentiasa mengambil berat terhadap keluarga atau kawan terdekat kerana mungkin ada yang perlukan teman bersembang dan mungkin rawatan kaunseling atau psikologi.


Jelasnya, tiada apa yang perlu dimalukan jika seseorang itu memerlukan bantuan sedemikian.

“Saya cuma harap kita semua tahu bila masa yang tepat untuk mendapat dan memberi sokongan.

“Di saat pandemik ini, tanya khabarlah mereka yang berdekatan sama ada kerabat, saudara mara, teman ataupun jiran,” katanya.

Tambahnya, bantuan tidak semestinya dalam bentuk kewangan, menjadi tempan bercakap pun kadang-kadang lebih besar makna dan nilainya. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 23-6-2021 08:59 PM
Apa nk dirisaukan. We have the daughter of our most esteemed corm sebagai pejuang mental health. She has done so much in just a short time despite the pandemic. The best was the collab dgn skincare bff dia. She is so smart! Kdg experts xnampak simple solutions macam ni. And also all those gigantic banners kat KLCC. That was such a brilliant idea. Now everyone knows mental health is real. Yeah. It is real. So.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.046541 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top