CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Matahari terbit di sebelah utara Sulawesi Selatan bukan petanda kiamat

22-6-2021 02:41 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2337| Komen: 10



Kuala Lumpur: Tiada kaitan langsung dengan kiamat. Itu kesimpulannya selepas tular fenomena kononnya matahari terbit di sebelah utara dan mendakwa berlaku perubahan kiblat untuk umat Islam.

Dakwaan itu dikuatkan lagi dengan sebuah video dirakam di Sulawesi Selatan, Indonesia yang menyatakan bahawa penduduk di kawasan berkenaan merakam fenomena terbitnya matahari di sebelah utara.

Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Razlan Ahmad berkata, ia fenomena biasa terutamanya di kawasan Jenepoto, Sulawesi Selatan, lokasi rakaman video tular itu dibuat seperti mana yang dimaklumkan oleh pihak Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Makassar.

"Itu perkara biasa kerana ketika solstis Jun, matahari berada pada kedudukan jauh ke hemisfera utara (garisan Saratan) dari Khatulistiwa berdasarkan kecondongan paksi bumi mengadap matahari sehinggalah kemuncaknya pada tarikh 21 atau 22 Jun.


"Cuma, disebabkan kedudukan geografi Jenepoto ini lebih ke arah hemisfera selatan bumi, jadi kelihatan seolah-olah matahari itu terbit di bahagian utara sedangkan matahari tetap terbit sebelah timur," katanya kepada Harian Metro, sebentar tadi.

Razlan yang berpengalaman dalam bidang falak berkata, kedudukan bumi pada Jun ini berdasarkan kecondongan paksi bumi, bahagian hemisfera utara lebih condong mengadap ke arah matahari dan terjadilah musim panas bagi negara yang berada di hemisfera berkenaan.

"Bagi negara yang berada di hemisfera selatan akan mengalami musim sejuk seperti di Australia dan New Zealand, jika ditanya adakah itu tanda kiamat, apa yang saya boleh katakan adalah 'Wallahualam', kerana salah satu tanda kiamat ada berkaitan dengan pergerakan matahari juga tetapi untuk fenomena tersebut faktanya seperti yang saya katakan tadi," katanya.

Pada masa sama, jurucakap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan bahawa tiada perubahan kiblat memandangkan arah kiblat tidak mengikut matahari sebaliknya merujuk Kaabah yang terletak di Makkah.

Sumber : harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnyEnglish 22-6-2021 02:44 PM
matahari keluar dari barat akn jd bila dh ujung2 sgt nti.dajal,imam mahdi x keluar lg celah mana nak kiamat.x sbr sgt dah ka
Quote isseliparjepun 22-6-2021 02:51 PM
JohnyEnglish replied at 22-6-2021 02:44 PM
matahari keluar dari barat akn jd bila dh ujung2 sgt nti.dajal,imam mahdi x keluar lg celah mana nak ...

I baru nak tanya benda yang sama. Itu antara tanda tanda besar dan akhir nak kiamat, matahari dah terbit dari barat, segala amal dan taubat dah tak diterima, wallahualam. Setahu yang I baca ni lah.
Quote JohnyEnglish 22-6-2021 02:52 PM
isseliparjepun replied at 22-6-2021 02:51 PM
I baru nak tanya benda yang sama. Itu antara tanda tanda besar dan akhir nak kiamat, matahari dah  ...

agaknya kita belajar dari lobai yg sama
Quote Vellfire 22-6-2021 02:59 PM
kiamat makin dekat.. cuma tidak tahu bila.  hanya Allah SWT sahaja tahu.
Quote Artemesiaa 22-6-2021 03:19 PM
Nasib ada penjelasan pakar demi elak kekeliruan
Quote airfilterkotor 22-6-2021 03:20 PM
Nama bumi nak benti rotation dan komdian pusing balik arah berlawanan utk menerbitkan matahari dari barat ke timur?
Sekonyong kalau bumi benti secara mengejut... semua bandar besar dunia ranap rata, tsunami, gunung runtuh dan macam-macam dah serupa kiamat dah. Tu baru berhenti cara mengejut, belum rotate songsang lagi tu utk menjadikan matahari terbit barat-timur.

Andaikata bumi benti rotate selow-selow(very selow sebab mass bumi) sehinggalah pegun dan, rotate balik lawan arah utk menjadikan matahari terbit barat-timur.... berapa juta tahun plak nak tunggu tu?

Hanya ada satu jer yg memungkinkan matahari terbit barat-timur dan memang akan berlaku.
Quote Belibis 22-6-2021 07:20 PM
Kalau dah betul2 keluar sebelah barat,tetap la jugak ahli sains bijak pandai cakap fenomena alam,bukan sebab kiamat.
Quote Simunggu 22-6-2021 07:25 PM
jangan percaya apa apa dari indon cobid
Quote airfilterkotor 22-6-2021 07:57 PM
Belibis replied at 22-6-2021 07:20 PM
Kalau dah betul2 keluar sebelah barat,tetap la jugak ahli sains bijak pandai cakap fenomena alam,buk ...

Ofkos ahli sains kerak bumi kena cakap fenomena alam.

Contohnya, ahli sains kerak bumi kata gunung gunung terjadi dari pergerakan plat tektonik.
Quran dah lama sebut dah... gunung-gunung tu pasak bumi. Ada jawapan kat situ.

Begitu jugalah matahari... tatau bila, akan terbit belah barat. Dlm islam dah lama bagitau.
Ahli sains kerak bumi pun ada bagitau berkaitan ni.... secara konteksnya adalah selari dgn tanda tersebut.

Namun untuk mengaitkan fenomena matahari timbul dari barat dgn senario putaran bumi berhenti mengejut atau berhenti secara selow-selow adalah tertolak sama sekali.
Quote airfilterkotor 22-6-2021 08:07 PM
Melainkan Plat Sunda terrr rotate 180 derjah esok harinya.
Itupun takleh dikira jugak, sebab negeri JDT akan duduk kat utara mesia.... matahari tetap terbit sebelah timur.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.040504 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top